Hujan turun membasahi bumi Malaysia. Kawasan ibu kota Malaysia itu dihujani sejak malam semalam. Seharian hujan di ibu kota yang sentiasa sesak itu.
Motor yang mengaum kuat memasuki ruang lobi parking hotel mewah itu. Helmet yang tersarung di kepala ditanggalkan dan diletakkan di atas motorsikal berkuasa besar miliknya.
Jaket yang dipakai ditanggal dan dilibas untuk menghilang kesan air yang melekat. Rambut yang agak basah juga digeleng supaya air hujan pergi.
Cermin mata hitamnya ditanggalkan dan diletakkan ke tepi beg sandangnya. Selepas itu, dia terus melangkah masuk ke dalam lif di tingkat bawah itu.
Pintu yang tertutup itu ditolak dengan tangan sebelum kaki melangkah masuk dengan salam yang agak perlahan.
Suasana yang agak kalut itu sentiasa menjamah matanya. Sejak dia bekerja di hotel itu selama 5 tahun, itulah rutinnya. Beberapa pekerja yang melihatnya masuk terus menunduk hormat.
"Ada majlis penting ke harini?" Soal Tengku Farhan kepada salah seorang pekerja di ruang itu.
"Aah Tengku. Dato' T. Amirsyah maklumkan ada dua buah syarikat akan datang ke hotel ni. Jadi dia minta kita untuk bersedia dengan beberapa masakan," jelas Hamid.
Tengku Farhan hanya mengangguk kecil. Fahamlah dia dengan semua itu. Tambah pula hotel terkemuka itu sentiasa menerima kunjungan daripada beberapa buah syarikat hebat untuk melakukan majlis di situ.
"Saya nak tukar baju dulu. Mana Noah?" Soal Tengku Farhan dan memerhati sekeliling.
"Tuan Noah ada dekat tingkat atas. Dia tengah settlekan dewan," jelas Hamid dengan rasa sedikit gusar.
"Okay takpe. Yang lain teruskan apa yang korang buat. Kejap lagi sediakan ruang untuk saya. Pastikan semua bahan ada dan dalam keadaan bersih," pesan Tengku Farhan dan berlalu pergi.
Mereka semua melepaskan nafas lega saat pintu tertutup. Suasana tegang kerana kehadiran Tengku Farhan sahaja sudah membuatkan mereka semua kecut perut.
Hamid segera mengarahkan mereka semua untuk bersiap sedia. Jika Tengku Farhan sudah masuk ke dalam ruang dapur itu, mereka semua dilarang untuk melakukan kesalahan. Jika terbit satu kesalahan, maka bergemalah dapur luas itu dengan suara lantang Tengku Farhan.
🦋
Suasana yang agak kalut tetapi masih nampak tenang memenuhi ruang dapur itu. Mereka hanya mempunyai masa sebanyak 3 jam sahaja sebelum majlis itu bermula. Malah segala persiapan harus disiapkan 1 jam awal bagi mereka menyusun juadah di dewan.
Masing-masing fokus dengan masakan yang sudah diaturkan oleh Tengku Farhan. Bahagian masakan timur agak tertekan kerana jumlah masakan mereka lebih banyak berbanding masakan barat. Tambah pula Tengku Farhan hanya mengendalikan bahagian VVIP sahaja.
Bunyi dentingan kuali menambahkan rasa debar di hati masing-masing. Wajah ketat Tengku Farhan saat itu hampir meletakkan rasa takut buat mereka semua.
Selepas 2 jam berlalu, akhirnya masakan yang diinginkan selesai disiapkan. Mereka perlu meletakkan semua itu ke dewan atas secepat yang mungkin. Info yang mereka terima juga, sudah ada beberapa tetamu yang sudah tiba di dewan tersebut.
"Semuanya dah selesai?" Soal Tengku Farhan sambil bercekak pinggang.
"Dah Tengku. Kejap lagi budak pelayan akan datang ambil," jelas Hamid dan menelan air liur.
Tengku Farhan terus meneliti setiap juadah yang sudah diletakkan ke dalam bekas buffet yang tersusun kemas di meja panjang itu.
YOU ARE READING
HAK MILIK TENGKU
RomanceDua takdir yang tidak pernah terjangkau akan berlaku. Dua hati yang tidak pernah bertemu lama lalu jatuh cinta. Dia, seorang tukang masak terkenal dan merupakan anak lelaki tunggal daripada Dato' T. Amirsyah dan Datin Aisyah. Perwatakan yang cukup...