"Uncle nak tahu tak, kawan saya nama Raifal tu kan dia masuk taekwando. Boleh ke kalau saya nak masuk juga?" Soal Zufar saat dia dan Noah berjalan masuk ke dalam lif.
"Kau tahu tak taekwando tu macam mana?" Noah mengangkat keningnya tanda bertanya.
"Entah. Ifal cakap macam lawan-lawan. Kalau saya belajar taekwando tu, bolehlah saya lawan orang jahat." Tiba-tiba Zufar menunjuk gaya menumbuk.
"Memanglah lawan-lawan. Tapi dia ada banyak teknik nak kena belajar. Kau masih kecil. Dan tubuh kau masih belum pulih sepenuhnya. Buat masa sekarang baik jangan," jelas Noah.
Tubuh Zufar itu masih belum sembuh sepenuhnya selepas kemalangan beberapa bulan lalu. Hurin dan Tengku Farhan juga tidak mengizinkan Zufar bermain dengan ganas.
"Kenapa dengan tubuh saya, Uncle? Saya tak sempurna ke?"
Soalan Zufar menyentak lamunan Noah. Tiba-tiba dia berasa sayu dengan soalan si kecil itu.
"Tak lah begitu. Kau sempurna. Cuma kau kan baru sembuh daripada kemalangan dulu. Jadi sekarang masa untuk kau pulihkan badan kau dulu. Kau kena jadi kuat semula," pujuk Noah dengan baik.
"Oh...jadi badan saya masih sakit lah ya Uncle lepas kemalangan tu? Patutlah saya selalu rasa sakit dekat sini," jelas Zufar dan memegang bahagian pinggangnya.
"Kau sakit dekat mana tadi?" Noah mula terkejut saat me dengar kata-kata Zufar.
"Dekat sini?" Beritahu Zufar sambil memegang bahagian pinggangnya.
Noah terus berasa risau saat itu. Dia perlu memberitahu Tengku Farhan dan Hurin akan hal itu. Selama ini mereka fikirkan Zufar baik-baik sahaja. Ternyata si kecil itu mula berasa tidak selesa dengan bekas pembedahan itu.
"Tapi kalau saya beritahu mama dengan papa. Mesti mama dengan papa sedih. Macam mana ni Uncle?" Riak wajah Zufar mula berubah takut.
Dan kebetulan juga pintu lif terbuka. Noah lantas memegang tangan Zufar dan berjalan keluar.
"Kalau mama dengan papa kau tak tahu. Nanti dia orang lagi sedih. Better kau beritahu. Kau nak ke mama dengan papa kau sedih macam waktu kes tadika lama kau tu?" Soal Noah semula.
"Tak nak. Jadi saya kena beritahu mama papa lah ya?"
"Ya Zufar. Kalau kau sakit dekat mana-mana. Kau kena maklumkan pada mereka berdua. Mereka berdua tu boleh jadi gila kalau dapat tahu kau sakit nanti. So better kau beritahu cepat-cepat," pesan Noah lagi.
"Baik Uncle. Uncle ni baik lah. Saya suka."
"Uncle kau ni memang baik. Kau je yang anggap aku ni jahat. Sebab apa?" Noah memandang ke arah Zufar dengan kening yang terjungkit sebelah.
"Sebab Uncle suka buli saya!" Jerit Zufar dan tergelak kecil. Noah hanya tersenyum mendengar jawapan Zufar.
Mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah Tengku Farhan. Tiba-tiba Zufar di depan Noah berhenti selepas menanggalkan kasutnya.
"Kenapa?" Soal Noah dengan nada pelik. Beg Zufar di bahunya dipegang ke tangan.
"Ada orang dalam rumah ni. Tapi bukan mama dengan papa," ucap Zufar dan memandang ke arah Noah dengan pandangan takut.
"Aik. Macam mana kau tahu?" Noah memandang semula rak kasut. Dia baru perasan ada satu kasut perempuan di rak kasut itu.
"Sebab bau minyak wangi ni busuk. Bau macam orang tua," ucap Zufar dan mengepit hidungnya.
Noah mula berasa berdebar. Bau orang tua pula. Lagilah dia debar.
Saat mereka berdua berjalan ke masuk, Noah terus menghentikan langkah saat terpandang akan Nik Aminah yang duduk di sofa hadapan televisyen itu. Zufar juga berhenti sama seperti Noah.
YOU ARE READING
HAK MILIK TENGKU
RomanceDua takdir yang tidak pernah terjangkau akan berlaku. Dua hati yang tidak pernah bertemu lama lalu jatuh cinta. Dia, seorang tukang masak terkenal dan merupakan anak lelaki tunggal daripada Dato' T. Amirsyah dan Datin Aisyah. Perwatakan yang cukup...