Zufar dengan ceria mengunyah roti bakar yang diletakkan di hadapannya. Dia masih dengan mood bahagia di pagi hari itu. Tengku Farhan pula sudah keluar sejak awal pagi kerana mempunyai urusan. Kini hanya dia dan Hurin sahaja di rumah.
"Mama tak makan?" Soal Zufar dengan nada hairan. Dia perasan Hurin hanya memandangnya sahaja sejak tadi.
"Mama dah makan dengan papa kamu tadi. Mama ada sesuatu nak tanya Zufar ni. Boleh Zufar jujur dengan mama?" Soal Hurin dengan berhati-hati.
"Boleh mama. Zufar mana pernah menipu mama."
"Bagus anak mama ni. Mama nak tanya Zufar nak tak pindah tadika lain?" Soalan Hurin membuatkan kunyahan Zufar terhenti. Zufar terus memandang ke arah Hurin dengan pandangan debar.
"Mama tanya ni sayang. Zufar nak tukar tadika tak? Papa Zufar yang minta," jelas Hurin semula.
"Betul ke Zufar boleh tukar tadika mama? Mama tak marah?"
"Tak sayang. Buat apa mama nak marah Zufar. Lagipun tadika yang papa Zufar nak masukkan ni lebih dekat dengan rumah kita sekarang. Jadi Zufar nak tak?" Soal Hurin semula.
"Nak. Zufar nak tukar tadika. Zufar nak cari kawan ramai-ramai," jawab Zufar dengan ceria.
"Okay. Nanti mama beritahu papa kamu ya. Sekarang mama nak tanya Zufar lagi ni, Zufar ada sorokkan apa-apa daripada mama tak?"
Air muka Zufar terus berubah kendur. Saat itu dia mula berasa berbelah bagi. Dia tidak pernah berbohong kepada Hurin. Jadi sekarang dia perlu memberitahu hal yang sebenar.
"Uncle Noah beritahu mama ke?" Tanya Zufar dengan gugup.
"Beritahu apa Zufar? Zufar ada sorokkan sesuatu kan daripada mama? Zufar tak nak mama tahu sebab Zufar risau mama bersedih ya? Kalau Zufar tak beritahu mama, mama lagi rasa sedih," terang Hurin dengan lembut.
"Zufar minta maaf mama. Zufar tak berniat pun nak sorokkan daripada mama. Tapi Zufar kesian tengok mama bekerja untuk Zufar sebelum ni. Mama selalu tidur awal sebab penat. Jadi Zufar tak nak mama sedih dengan masalah Zufar," jelas Zufar dengan nada sebak. Air matanya juga mula bertakung.
"Ya Allah anak mama ni. Kenapa Zufar pendam sendiri? Mama rasa bersalah sangat sebab tak dapat nak bantu Zufar. Mama minta maaf ya." Tubuh Zufar dipeluk erat dengan air mata yang mengalir ke pipi.
"Zufar tak kisah kalau Zufar sakit. Tapi Zufar tak nak kalau mama yang sakit. Zufar sayangkan mama sangat-sangat. Zufar minta maaf ya mama sebab sorokkan," luah Zufar dan memeluk erat tubuh Hurin.
"Mama pun sama dengan Zufar. Kalau Zufar diamkan, sampai bila-bila mama tak tahu. Mama minta maaf sebab tak dapat jaga Zufar dengan baik sebelum ni." Tangan Hurin menyapu lembut air mata di pipi Zufar.
"Mama adalah mama yang paling kuat untuk Zufar. Zufar sayang mama sangat-sangat. Mama hidup bahagia ya dengan papa. Zufar rasa happy sangat bila mama dengan papa sweet-sweet. Lepas ni kawan Zufar takkan ejek Zufar anak luar nikah lagi. Zufar anak mama dengan papa yang sah," tutur Zufar dan menayangkan senyuman tipisnya dengan air mata yang mengalir.
"Anak mama ni bukan anak luar nikah. Zufar anak kesayangan mama dengan papa. Zufar anak yang sah pada mama dan papa. Jangan fikir macam tu lagi ya."
"Baik mama..."
Zufar hanya tersenyum saat Hurin mencium lembut pipi dan dahinya. Dia mula berasa sedikit lapang saat memberitahu hal tersebut kepada Hurin. Selama ini dia akan berusaha untuk kuat dan seronok saat Hurin menghantarnya ke tadika walaupun dia bencikan tempat itu. Dan sekarang semuanya akan berubah.
🦋
Tengku Farhan menayangkan wajah ketatnya saat berdiri di hadapan pemilik tadika Zufar itu. Dia cuba untuk menahan marah saat itu. Mujurlah Noah berada sekali dengannya. Jika Noah tiada, sudah hancur kawasan tadika itu diamuknya.
"Sekarang saya nak cikgu minta maaf dekat saya sekarang atas segala yang berlaku pada anak saya. Bukti rakaman cctv pun kita dah tengok tadi. Walau macam mana sekalipun, saya nak tadika ni ditutup," ujar Tengku Farhan dan menyilangkan tangannya.
"Maafkan saya, Tengku. Saya bersalah sebab tak ajarkan anak buah saya tentang cara mendidik. Tapi saya mohon jangan tutup tadika saya. Ini sahaja punca rezeki saya," mohon Puan Adibah. Dua orang cikgu di belakangnya sudah menunduk ke lantai. Mereka berdua agak terkejut dengan kehadiran suami Hurin dan juga ayah Zufar itu.
"Macam mana ya. Saya tak suka bila hal peribadi isteri saya dicanang oleh para guru pada ibu bapa yang lain. Dalam rakaman cctv tu sendiri jelas kita dengar yang cikgu pakai spek bulat tu hina isteri saya sebagai janda tak tahu malu. Cikgu sedar tak isteri saya tu tak pernah cari masalah dengan orang lain. Apa yang cikgu tak puas hati dengan my wife? Huh cikgu?" Tekan Tengku Farhan. Api kemarahannya bagaikan menyala saat itu.
Guru perempuan itu hanya menunduk kepalanya ke bawah. Dia juga gerun saat mendengar suara kasar Tengku Farhan saat itu.
"Saya harap lepas ni cikgu boleh ubah perangai masing-masing. Tugas kamu semua adalah mendidik budak bukan bergosip tentang parents budak. Saya takkan benarkan Zufar belajar dekat sini lagi. Buat masa sekarang saya hanya akan saman cikgu sebab dah lempar fitnah pada isteri saya. Dan untuk cikgu, saya harap cikgu boleh ubah environment tadika cikgu ni. Assalamualaikum," sambung Tengku Farhan dan terus berlalu keluae dari perkarangan tadika itu.
Jika difikirkan marahnya, tadika itu pasti akan ditutup olehnya. Tapi dia masih ingat dengan ayat Hurin yang meminta supaya jangan memperbesar lagi masalah yang ada saat itu.
"Kau yakin nak maafkan dia orang macam tu je?" Soal Noah saat mereka di dalam kereta.
"Hurin tak nak masalah ni jadi besar. Kalau aku tutup tadika tu, nanti mesti akan ada beberapa cikgu yang akan merayu dekat Hurin untuk tarik balik keputusan aku. Jadi aku malas nak besarkan isu," jelas Tengku Farhan dan bersandar di kerusi.
"Aku geram betul dengan cikgu pakai spek bulat tu. Dia lah yang pukul Zufar haritu. Mujur dia perempuan je, kalau lelaki memang aku bantai cukup-cukup."
"Takpe. Untuk dia memang aku akan saman. Bukti cctv semua kita dah ada. Dia cari pasal dengan anak aku, jadi dia kena terima padah dia." Tengku Farhan melepaskan satu nafas berat.
"Aku ada soalan untuk kau ni. Maaf lah kalau aku ni penyibuk, tapi aku curious sekarang," ucap Noah tiba-tiba.
"Apa dia?"
"Apa yang Wan kau beritahu kau waktu dekat airport tu? Aku perasan muka Hurin macam cemas je waktu tu."
"Ya Allah. Mujur kau tanya. Aku lupa nak beritahu dekat Hurin."
Dahinya terus ditepuk kerana baru teringat. Disebabkan terlalu sibuk menguruskan hal Zufar, dia hampir terlupa dengan kata-kata Nik Aminah itu.
"Beritahu apa?"
"Wan aku tu minta aku kahwin sekali lagi. Dengan anak Tok Imam kampung dia. Aku tak nak," ucap Tengku Farhan dengan helaan panjang.
"Ya Allah. Wan kau masih tak nak terima Hurin ke?" Noah juga menggelengkan kepala saat mengetahui hal tersebut.
"Aku pun tak tahu. Aku dah cakap dekat Wan aku untuk terima Hurin sebagai isteri aku. Isteri aku hanya seorang sahaja. Takde orang lain," ucap Tengku Farhan.
"Kau kena pujuk lagi Wan kau tu untuk terima kenyataan. Orang tua ni dia susah sikit nak terima. Keras kepala sangat," bebel Noah.
Tengku Farhan hanya mengeluh perlahan. Di dalam hatinya sahaja sudah terletak nama Hurin sepenuhnya. Mustahil dia akan menduakan Hurin selepas ini. Segala yang telah dia lakukan kepada Hurin sebelum ini agak sukar untuk dimaafkan. Tetapi hati isterinya itu terlalu baik untuk dia terima. Disebabkan itu, dia tidak akan mensia-siakan lagi peluang yang diberi itu.
*Sorry guys, rasa macam tak tersusun pula storyline bab ni 🥲🤧
YOU ARE READING
HAK MILIK TENGKU
RomantikDua takdir yang tidak pernah terjangkau akan berlaku. Dua hati yang tidak pernah bertemu lama lalu jatuh cinta. Dia, seorang tukang masak terkenal dan merupakan anak lelaki tunggal daripada Dato' T. Amirsyah dan Datin Aisyah. Perwatakan yang cukup...