BAB 59 🦋

4.1K 499 56
                                    

Zufar membaling bola tepat ke arah muka Noah. Noah yang tidak sempat untuk berbuat apa-apa, seolah-olah redha dengan tamparan bola ke wajahnya.

"Kenapa Uncle tak elak?" Soal Zufar

"Macam mana Uncle nak elak? Kan Uncle cakap jaring tu dekat situ. Bukan dekat muka Uncle," bebel Noah.

Punyalah panjang dia menjelaskan cara bermain bola keranjang kepada Zufar. Alih-alih wajahnya pula yang menjadi sasaran.

"Oh. Aah kan. Saya lupa lah Uncle. Sorry," balas Zufar dan mengambil bola dan melantunkan semula ke atas gelanggang.

"Kau buat macam tu lagi, aku tak nak bawa kau keluar," ugur Noah.

Pada hari itu, dia sengaja membawa Zufar berjogging di sebuah taman berdekatan dengan kawasan hotel. Kebetulan juga di taman itu mempunyai gelanggang basketball dan bolanya sekali.

"Saya beritahu dekat papa nanti yang Uncle buli saya," balas Zufar semula.

"Okay. Uncle beritahu pada mama kau yang kau ponteng tadika."

Zufar terus mengetap giginya kerana berasa geram. Bola ditangan segera dibaling ke arah Noah. Tetapi kali ini Noah dapat menangkapnya dahulu.

"Tak kena!" Ejek Noah dengan gelakan besar.

"Uncle sepet ni!!" Jerit Zufar dan mengejar Noah di dalam gelanggan itu. Noah terus melarikan diri. Dia mahu membuli budak kecil itu. Kenakan orang lagi.

"Saya penat dah..." Luah Zufar dan terbaring di atas court basketball itu.

"Itulah kau. Nak lawan dengan orang besar," perli Noah.

"Uncle. Pinggang saya rasa sakitlah," adu Zufar sambil memegang bahagian pinggangnya.

Noah terus melepaskan bola di tangan dan segera bergerak ke arah Zufar. Dia hampir terlupa yang Zufar pernah mengalami pembedahan di bahagian tubuh kecil itu kerana kemalangan.

"Sakit dekat mana?" Soalnya cuak.

Zufar terus menguntum senyum sebelum melepaskan satu tumbukan padu ke arah perut Noah. Noah yang tidak sempat berbuat apa-apa, terus terduduk kerana terkejut dengan tumbukan daripada Zufar.

"Padan muka Uncle. Uncle ejek saya lagi kan. Rasakan tumbukan daripada saya!" Ucap Zufar dengan nada bangga.

Noah terus ternganga saat itu. Dia tidak sangka dirinya dikenakan oleh Zufar. Kali ini dia pula yang mengejar budak kecil itu. Zufar dengan seronok melarikan diri daripada Noah.

"Jangan fikir nak lari ya. Uncle dapat kau, nahas," tutur Noah dan melajukan langkahnya.

Zufar terus berasa cuak saat melihat Noah yang sudah hampir di belakangnya. Hujungnya tubuhnya diangkat tinggi oleh Noah dan kepalanya diusap kasar oleh Noah.

"Kau ni punya nakal, tak boleh dibendung," bebel Noah dan mengendong Zufar bagaikan bantal peluk di ketiaknya.

"Turunkan saya! Saya bukannya bantal peluk Uncle!" Marah Zufar.

"Takde. Kalau aku turunkan kau nanti, kau sepak aku pula kan. So biar kau jadi bantal peluk macam ni. Mudah nak usung," balas Noah dan berjalan keluar dari court itu.

"Uncle ni macam budak kecil. Tak boleh kalah sikit," bebel Zufar.

"Dengan budak lain Uncle bolehlah beralah. Dengan kau, tak boleh."

"Kenapa pula? Saya pun budak kecil."

"Sebab kau ni banyak akal. Cuba kau bagi aku pula menang. Boleh?" Soal Noah.

HAK MILIK TENGKUWhere stories live. Discover now