BAB 64 🦋

4.1K 523 27
                                    

Zufar terus berlari ke arah bilik tidur Tengku Farhan. Dia baru sahaja mendapat tahu daripada Noah tentang demam Hurin. Tengku Farhan yang baru keluar dari bilik terus menangkap Zufar yang berlari dengan begitu laju ke arahnya.

"Kenapa dengan anak papa ni?" Soal Tengku Farhan dan mendukung Zufar.

"Mama demam ke papa? Saya nak tengok mama. Bolehlah papa," pinta Zufar dengan bersungguh.

"Bertenang Zufar. Mama kamu baru je tidur. Badan mama kamu pun dah tak panas sangat. Nanti mama dah bangun, Zufar pergi tengok eh. Sekarang kita beri masa untuk mama rehat. Boleh tak?" Jelas Tengku Farhan dan berjalan ke ruang tamu semula.

"Alah. Zufar nak tengok sendiri keadaan mama." Bibir sudah dicebik ke depan tanda merajuk.

"Nanti Zufar pula demam. Mama pula sedih. Zufar nak ke?" Umpan Tengku Farhan. Dia tahu kelemahan Zufar adalah Hurin.

"Papa ni sengaja je kan tak nak bagi saya jumpa mama. Saya rindu dekat mama," luah Zufar dengan rasa sedih.

"Ya Allah lah anakku ni. Jomlah papa bawa. Macamlah mama awak tu terbang keluar tingkap," bebel Tengku Farhan dan membawa Zufar semula ke dalam bilik.

Saat mereka berdua masuk ke dalam bilik, terdengar suara Hurin yang meracau-racau. Tengku Farhan terus meletakkan Zufar ke bawah dan bergerak mendekat ke arah Hurin.

"Sayang?" Soalnya lembut sambil menyentuh pipi Hurin.

"Farhan!!" Jerit Hurin dan terus membuka mata. Nafasnya juga menjadi laju saat itu.

Zufar yang sudah naik ke atas katil juga memandang risau ke arah Hurin. Hurin terus mengalirkan air mata saat memandang ke arah Zufar di hadapannya. Dengan segera dia bangun dan memeluk tubuh kecil itu. Tengku Farhan terus duduk di birai katil dengan rasa debar.

"Kenapa ni sayang?" Soal Tengku Farhan.

"Saya takut...saya mimpi awak dan Zufar tinggalkan saya.." lirih Hurin dan mencium lembut pipi Zufar.

"Mama...Zufar takkan tinggalkan mama. Zufar kan sayang mama sangat-sangat," pujuk Zufar dan mencium lembut pipi Hurin semula.

Hurin hanya mengalirkan air mata atas tingkah Zufar itu. Dia berasa sebak saat melihat anaknya cuba untuk menenangkan dirinya.

"Hurin. Saya dah janji dengan awak untuk sentiasa ada dengan awak. Saya takkan tinggalkan awak dengan Zufar lagi. My heart belongs to you, sayang," luah Tengku Farhan sambil memegang lembut tangan kiri Hurin.

"Tapi awak pernah tinggalkan saya dulu, Farhan. Awak lupa ke?" Soal Hurin dan memandang ke arah Tengku Farhan dengan mata yang sudah berair.

Tengku Farhan terus terdiam. Memori lama mula menyinggah ke dalam kepalanya. Dia pernah meninggalkan Hurin di rumah selama beberapa minggu kerana mempunyai kerja di Sepanyol. Sehari pun dia tidak pernah bertanya khabar pada Hurin saat itu.

"Awak sendiri tahu hidup saya masih dengan trauma yang lepas. Bila awak takde depan mata saya, saya dapat rasakan yang awak pergi jauh dan pilih untuk abaikan saya," luah Hurin dan menarik tangannya daripada genggaman Tengku Farhan.

"Papa tinggalkan mama ke dulu?" Soalan Zufar membuatkan mereka berdua tersentak.

"Zufar. Mama nak tidur dengan Zufar malam ni boleh? Mama rindu nak tidur sama-sama dengan anak mama ni" ucap Hurin sebagai pengalih topik.

"Tapi nanti papa sendiri. Mama tak nak tidur dengan papa ke?"

"Papa kamu dah besar Zufar. Mama lebih selesa tidur dekat bilik Zufar. Boleh ya," pinta Hurin lagi.

HAK MILIK TENGKUWhere stories live. Discover now