BAB 55 🦋

4.5K 482 34
                                    

Tengku Farhan meletakkan kasutnya ke dalam rak. Mujurlah dia bercuti pada hari itu. Jadi tidaklah dia bergegas untuk ke ruang dapur. Dato' T. Amirsyah juga sudah mengizinkan dirinya untuk masuk kerja pada minggu hadapan.

Bau sambal yang ditumis membuatkan Tengku Farhan berdebar. Dengan laju dia melangkah ke bahagian dapur. Di situ dia dapat melihat Hurin yang sedang mengaul sambal di dalam kuali.

"Hurin?" Sebut Tengku Farhan dengan nada tidak percaya.

Hurin yang sedang merasa sambal ikan bilis itu terus tersentak. Dia hanya tersenyum tipis sahaja.

Tengku Farhan segera bergerak ke arah Hurin dan melihat sambal ikan bilis yang sedang ditumis itu. Selepas itu dia memandang pula pada Hurin di sebelahnya.

"Kenapa masak? Saya boleh masakkan untuk awak," tutur Tengku Farhan dan mengambil sudip dari tangan Hurin.

"Okay. Saya tak nak ikut awak pergi Indonesia. Nah ambil apron ni dan masak sendiri," balas Hurin dan menanggalkan apron di tubuhnya dan ditolak ke dada Tengku Farhan.

Tengku Farhan terus menutup api dapur dan segera mendapatkan Hurin. Tubuh Hurin terus ditarik ke dalam pelukannya. Hurin pula cuba untuk menolak pelukan Tengku Farhan tetapi tidak berjaya.

"Lepaskan saya!"

"Tak nak. Isteri saya ni tengah merajuk dengan saya ke?" Soal Tengku Farhan dan menunduk untuk melihat wajah Hurin.

Ketinggian Hurin pula hanyalah separas dadanya sahaja. Jadi dia terpaksa menunduk untuk melihat wajah comel isterinya itu.

"Buat apa nak merajuk. Kalau orang tu tak yakin dengan kita, sampai bila-bila pun dia tak kan yakin. Lepaskan saya, saya nak mandi. Bau saya dah macam bau sambal," jelas Hurin dan mendongakkan kepalanya bagi memandang Tengku Farhan.

Tengku Farhan pula merendahkan wajahnya sebelum menjatuhkan satu kucupan di hidung Hurin. Hurin terus membulatkan matanya kerana terkejut.

"Saya minta maaf. Kita masak sama-sama ya. Saya nak cuba rasa sambal ikan bilis awak. Nampak macam pedas je," tutur Tengku Farhan dan menyarungkan semula apron ke tubuh Hurin.

"Awak complain masakan saya, saya kurung awak dalam bilik," ugut Hurin.

"Okay. Tapi awak kena ada dalam bilik tu sekali. Kalau tak nanti saya bosan," balas Tengku Farhan sebelum berjalan ke arah sinki.

Hurin hanya menjeling tajam sahaja ke arah Tengku Farhan. Selepas itu dia membuka semula dapur gas dan menyambung tumisan sambalnya.

Tengku Farhan pula hanya mengupas telur rebus dan memotong timun. Hurin hanya mengeluh sahaja saat melihat bagaimana telitinya potongan timun Tengku Farhan itu. Caranya sahaja seperti mahu dihidangkan untuk VVIP sahaja.

"Mari makan."

Hurin meletakkan sepinggan nasi lemak di hadapan Tengku Farhan. Selepas itu, dia meletakkan 5 sudu sambal ikan bilis ke dalam nasi Tengku Farhan.

"Banyaknya sambal. Macam mana kalau pedas?" Soal Tengku Farhan yang nyata terkejut.

"Makan juga. Awak cakap nak rasa masakan saya kan? Pedas atau tak, awak tetap kena telan."

"Jadi kalau saya telan, awak setuju untuk ikut saya kan esok?" Nada suaranya mula riang.

"Hurm." Hurin hanya tunduk ke bawah sahaja.

"Yes. Bismillah. Saya cuba ni," ucap Tengku Farhan sebelum menyuap ke dalam mulut.

Hurin mula berdebar. Terasa seperti dihakimi oleh seorang chef terkenal. Walaupun Tengku Farhan memang chef terkenal. Tetapi sekarang lelaki itu adalah suaminya saat itu.

HAK MILIK TENGKUWhere stories live. Discover now