BAB 71 🦋

3.4K 453 18
                                    

"Maaf mama sebab buat mama dengan papa sedih," ucap Zufar dengan wajah monyok. Dia baru sahaja ditempatkan di dalam sebuah bilik VIP.

"Anak mama tak buat mama dengan papa sedih pun. Mama tahu Zufar ni anak yang kuat. Lepas ni Zufar kena beritahu mama ya kalau Zufar sakit dekat mana-mana. Mama tak nak Zufar simpan dalam diri Zufar. Janji ya sayang," tutur Hurin sambil mencium tangan Zufar.

"Baik mama. Zufar takkan buat mama dengan papa sedih lagi."

"Anak papa ni strong sangat. Tapi sekuat mana pun anak papa ni, kalau Zufar sakit. Beritahu mama dan papa. Zufar adalah nyawa kami berdua. Sakit Zufar adalah sakit kami," tambah Tengku Farhan pula.

"Okay Papa. Papa jangan sedih tau. Zufar kan akan jadi pelindung pada mama kalau papa takde. Itu kan janji Zufar pada papa," tuturnya dengan senyuman lebar.

"Ya anak papa. Zufar ni kan hero pada mama dan papa." Tengku Farhan mengusap lembut kepala Zufar. Sayangnya dia pada Zufar tidak pernah kurang.

Kemunculan Noah ke dalam bilik itu membuatkan mereka bertiga memandang ke arahnya. Zufar terus tersenyum lebar saat melihat kehadiran Noah di situ.

"Uncle pun datang tengok saya," ucap Zufar.

"Mestilah aku datang. Kau kan kawan baik aku. Betul tak?" Soal Noah dan meletakkan satu plastik di hujung katil Zufar.

Hurin dan Tengku Farhan hanya tersenyum melihat ragam anak mereka dan juga Noah. Betul-betul rapat.

"Hehehe. Terima kasih Uncle jadi kawan baik saya. Tapi Uncle suka sakitkan hati saya juga," sempat Zufar menambah lagi ketidakpuasan hatinya.

"Banyak lah kau. Nah, aku beli buah pisang untuk kau."

Satu pisang dikeluarkan dari plastik dan dibuka. Tengku Farhan juga yang meminta Noah untuk membelinya buah buat Zufar.

"Strawberi takde ke Uncle?" Soal Zufar.

"Memilih eh kau," tegur Noah dengan rasa geram.

Selepas itu, Zufar terus ketawa dan diikuti dengan Tengku Farhan dan juga Hurin. Noah hanya mengecilkan matanya saat memandang ke arah Zufar. Dia tahu budak kecil itu mahu mengenakan dirinya.

🦋

Seminggu berlalu daripada peristiwa yang agak memberikan tekanan buat diri Hurin dan Tengku Farhan. Zufar juga sudah dibenarkan pulang ke rumah dan tahap kesihatan Zufar semakin membaik. Hurin dan Tengku Farhan benar-benar menjaga Zufar supaya tiada lagi luka yang muncul.

Hurin dan Tengku Farhan juga sudah kembali ke tempat kerja masing-masing manakala Zufar sudah kembali ke tadikanya.

Diana yang menjaga di kaunter hanya memasang wajah ketat. Dia sudah mendapat makluman daripada Atiqah bahawa Nik Aminah sudah pulang ke Pahang. Malah rancangan mereka juga hancur kerana Nik Aminah hanya memilih diam sehingga kini. Jadi apa lagi yang boleh dia buat saat itu.

Sedang dia mengelamun, muncul satu bunyi ketukan jari di hadapannya. Diana terus mengangkat wajahnya dan memandang ke arah Tengku Farhan yang berdiri di hadapannya. Saat itu, dia cukup terkejut dengan kehadiran Tengku Farhan di situ.

Tiba-tiba dadanya berasa berdebar. Dia fikirkan Tengku Farhan tidak akan datang ke situ lagi kerana Hurin sering pulang bersama dengan pembantu Tengku Farhan.

"Kau kenapa tersengih-sengih macam tu?"

Teguran Tengku Farhan mematikan lamunan Diana. Diana terus menelan air liur kerana berasa takut.

"Maafkan saya, Encik. Encik nak order air atau dessert?" Soal Diana dengan nada getar.

"Beri aku latte dengan chocalate satu. Itu je," jawab Tengku Farhan sambil menunding ke arah nama minuman yang tertera di menu.

HAK MILIK TENGKUWhere stories live. Discover now