BAB 56 🦋

4.8K 511 28
                                    

Hurin memandang lama ke arah Zufar di hadapannya. Anaknya itu akan ditinggalkan untuk beberapa hari bersama dengan Noah. Noah juga sudah tiba di rumah mereka.

"Zufar kena dengar cakap Uncle Noah. Jangan buat Uncle Noah susah. Jangan buli Uncle Noah. Jangan ponteng tadika Zufar. Faham?" Pesan Hurin dengan nada serius.

"Baik mama. Zufar akan jadi anak yang baik untuk beberapa hari," jawab Zufar dengan bersungguh.

Noah yang mendengar jawapan Zufar berasa was-was. Betul ke budak kecil itu mahu menjadi anak yang baik di bawah jagaannya nanti? Serasa seperti mustahil sahaja.

"Good." Hurin mula mengusap lembut pipi Zufar. Hatinya terasa berat untuk meninggalkan Zufar di situ.

"Papa kena jaga mama baik-baik. Jangan buli mama. Jangan pukul mama. Jangan buat mama menangis," pesan Zufar pula kepada Tengku Farhan yang baru tiba di ruang tamu bersama dengan beg pakaiannya dan Hurin.

"Okay Zufar. Zufar pun jangan buat Uncle Noah stress. Nanti Uncle tak nak kawan dengan Zufar dah."

Zufar terus memandang ke arah Noah dengan wajah yang takut. Noah hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

"Uncle tak nak kawan dengan saya ke kalau saya tak jadi budak baik?" Soal Zufar dengan nada sedih.

"Depends. Zufar kena jadi anak yang soleh dan penyejuk hati," jawab Noah dengan selamba.

Zufar terus menarik muncung itiknya. Dia tahu Noah sengaja mahu memerlinya.

"Ingat ya Zufar. Jangan susahkan Uncle Noah," pesan Hurin sekali lagi.

"Okay mama."

Selepas itu Hurin dan Tengku Farhan bergerak pergi. Kini tinggallah Zufar dan Noah sahaja di rumah besar itu.

Mereka berdua memandang antara satu sama lain buat beberapa detik. Masanya akan bermula. Gumam Noah di dalam hati.

"Dah. Dah. Tak payah nak tenung aku macam tu. Kau kena bersiap untuk pergi tadika," ucap Noah dan bergerak ke dapur untuk menyediakan sarapan buat Zufar.

"Tak boleh ke kalau saya tak pergi tadika harini?" Soal Zufar dengan nada lembut.

"Haaa. Kau nak jadi anak derhaka ke dekat mama kau? Tadi mama kau dah pesan jangan ponteng tadika. Ayok!!"

"Ish Uncle ni. Janganlah bagi tahu mama. Mama kan takde dekat sini." Zufar terus menyilangkan tangan tanda marah.

"Memanglah mama kau takde dekat sini. Tapi Allah kan maha mendengar. Dan papa dengan mama kau amanahkan aku untuk beritahu semua kegiatan kau selama 3 hari ni," jelas Noah dan menghulurkan segelas susu kepada Zufar di hadapannya.

"Ala..." Zufar terus menjatuhkan wajahnya ke atas meja itu. Wajah monyok terus dipaparkan.

"Tak payah nak bersedih sangat. Kau balik dari tadika nanti, aku bawa kau jalan-jalan. Beritahu je nak pergi mana. Nak pergi kubur boleh, nak pergi gunung boleh. Haa apa lagi," ucap Noah dan menyuap roti bakar ke mulut.

"Betul ni Uncle. Uncle jangan tipu saya. Berdosa nanti," balas Zufar.

"Eh eh kau. Tadi nak ponteng, takde pula nak fikir dosa. Dosa orang lain je yang kau kisahkan," perli Noah.

"Suka hati saya lah. Uncle ke yang bakar roti ni?" Soal Zufar dan menayangkan roti bakar di pinggannya.

"Ye lah. Takkan hantu papa kau pula yang bakar."

"Masin. Uncle ni mesti tak pandai masak kan? Papa saya masak sedap," komen Zufar dan tetap mengunyah roti bakar itu.

"Masin-masin pun kau telan. Lepas ni kau komen lagi, jangan makan. Biar perut tu diisi dengan angin je."

HAK MILIK TENGKUWhere stories live. Discover now