BAB 57 🦋

4.1K 485 35
                                    

Enjin kereta dimatikan dan Noah segera turun dari keretanya. Kakinya terus dilajukan ke dalam kawasan tadika. Dia terus ternganga saat melihat penampilan Zufar yang nampak kusut dan juga terdapat satu garisan luka di pipi kanan itu.

"Apa yang dah berlaku ni cikgu?" Soal Noah apabila muncul seorang cikgu perempuan.

Zufar pula hanya duduk di kerusi dengan wajah yang ketat. Wajah Noah tidak langsung dipandangnya.

"Maaf ya Encik. Zufar ada bergaduh sikit dengan kawan dia tadi," ucap cikgu itu.

"Gaduh? Lepastu cikgu buat apa? Pandang je? Tak hentikan?" Nada suara Noah mula meninggi.

"Maaf Encik. Tadi kami uruskan pelajar 4 tahun. Jadi tak sempat nak pantau pelajar 5 tahun," jelas cikgu itu dengan nada terketar.

Noah terus merengus kasar sebelum bergerak ke arah Zufar. Tubuh Zufar terus didukung dan dia menoleh semula ke arah cikgu perempuan itu.

"Saya nak tengok cctv," pinta Noah dengan serius.

"Eh. Maaf Encik. Itu privasi tadika kami," tutur cikgu itu dengan nada cemas.

"Uncle. Zufar nak balik," tutur Zufar tiba-tiba.

Noah yang mahu memaksa cikgu tersebut terus membatalkan niatnya. Dia hanya melemparkan jelingan tajam sebelum beredar pergi ke arah keretanya.

Di dalam kereta Zufar hanya berkalih ke belah kirinya sahaja. Dia langsung tidak bersuara dan mengeraskan dirinya sahaja di dalam kereta itu.

Noah mula berasa bengang. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang disorok oleh Zufar dan cikgu tadika itu. Amanah yang diberikan itu perlu dijaga dengan baik.

🦋

Noah duduk melutut di atas karpet manakala Zufar duduk di atas sofa. Mereka baru sahaja tiba di rumah Tengku Farhan.

"Zufar. Cerita dekat Uncle apa yang dah berlaku? Uncle perlu tahu hal sebenar," pujuk Noah dan memandang ke arah luka di pipi Zufar itu.

"Nanti Uncle beritahu mama. Saya tak nak mama sedih," jawab Zufar dan mula mengalirkan air mata.

"Tak. Ini rahsia kita berdua. Uncle janji."

Zufar memandang ke arah Noah yang sedang tersenyum ke arahnya. Lama dia berdiam diri dan akhirnya dia bersuara.

"Sebenarnya cikgu saya selalu marah dan pukul saya," luah Zufar dengan tundukan kepala.

"Huh? Ulang semula? Uncle tak berapa dengar." Jantung Noah mula berdegup laju.

"Budak lain selalu buli saya dekat tadika tu. Bila saya mengadu dekat cikgu, cikgu tu marahkan saya. Kata saya budak lemah. Lepastu cikgu selalu salahkan mama sebab tak pandai jaga saya. Saya tak nak mama sedih kalau mama tahu saya kena buli dekat tadika," jelaa Zufar.

Noah terus meraup wajahnya tanda kecewa. Barulah dia mengerti kenapa Zufar tidak mahu ke tadika. Ternyata persekitaran Zufar di tadika adalah sangat berbeza.

"Jangan risau. Esok Zufar tak perlu pergi tadika. Uncle jaga kamu dekat rumah je," pujuk Noah.

"Tapi nanti mama marah saya kalau saya tak pergi tadika. Saya tak nak mama sedih kalau mama tahu."

"Jangan risau. Tentang tu Uncle akan settlekan. Zufar pergi mandi dulu. Lepasni Uncle nak bawa Zufar pergi makan. Nenek dengan atuk Zufar pun akan ada sekali."

"Huh? Atuk dengan nenek pun? Macam mana dengan pipi saya ni Uncle? Ada darah," ucap Zufar dengan nada takut.

"Uncle ubatkan. Jangan risau." Tangan Zufar dipegang lembut oleh Noah. Zufar hanya menurut sahaja langkah Noah ke bilik tidurnya.

HAK MILIK TENGKUWhere stories live. Discover now