BAB 49 🦋

4.8K 561 44
                                    

Sampai sahaja di penthouse miliknya, suara Zufar mula kedengaran pada telinga mereka berdua. Tengku Farhan terus berlari ke arah bilik Zufar diikuti dengan Hurin.

Mereka berdua dapat melihat Zufar yang sedang menangis sambil dipujuk oleh Dato' T. Amirsyah dan Datin Aisyah. Noah sudah memaklumkan kepada Tengku Farhan untuk pulang dahulu.

"Papa..." Rengek Zufar dan terus mengangkat tangannya.

Tengku Farhan terus memeluk lembut tubuh Zufar. Dato' T. Amirsyah dan Datin Aisyah mula berundur untuk memberi ruang pada Tengku Farhan dan Hurin.

"Kenapa dengan anak papa ni?" Soal Tengku Farhan sambil mengusap belakang tubuh Zufar.

"Papa dengan mama nak tinggalkan Zufar. Mama nak lari jauh daripada Zufar. Papa halau mama keluar," luah Zufar dengan air mata yang mengalir deras.

Hurin terus berasa sebak saat mendengar luahan Zufar. Pasti anaknya itu bermimpi tentang hal itu.

"Tak Zufar. Papa tak halau mama kamu pun. Papa sayangkan mama kamu. Percaya pada papa ya," pujuk Tengku Farhan. Hatinya juga terasa sedih dengan ayat Zufar.

"Betul ke mama?" Zufar meleraikan pelukannya kerana mahu memeluk Hurin pula.

Tengku Farhan hanya membiarkan sahaja Zufar memeluk Hurin pula. Hurin sudah menangis sama dengan Zufar.

"Ya sayang. Mama takkan tinggalkan Zufar. Zufar kan jantung mama. Takde Zufar, mama tak kan hidup," pujuk Hurin pula.

Zufar hanya menangis semahu-mahunya di dalam pelukan Hurin. Tengku Farhan mula berasa bersalah. Adakah kehadirannya saat ini telah membuatkan semuanya berantakan? Andai dia tidak bertemu dengan Hurin sewaktu di atas kapal, pasti anaknya itu tidak mengalami semua rasa sakit itu.

Selama beberapa minit Hurin dan Tengku Farhan memujuk Zufar, akhirnya Zufar kembali lena. Zufar hanya mengalami mimpi ngeri sahaja tentang pemergiaan Hurin daripadanya.

🦋

Mereka semua berkumpul di ruang tamu. Dato' T. Amirsyah dan Datin Aisyah juga mahu mengetahui perancangan mereka berdua.

"Jadi macam mana sekarang? Apa keputusan Hurin buat masa sekarang?" Soal Dato' T. Amirsyah.

Tengku Farhan menoleh ke arah Hurin. Dia juga ternanti akan jawapan Hurin. Adakah Hurin mahu menukar rancangan mereka atau sebaliknya? Dadanya mula berdebar saat menanti akan hal itu.

"Hurin setuju untuk kahwin semula dengan Farhan," jawab Hurin dengan senyum tipis. Dia tidak berani untuk memandang ke arah Tengku Farhan.

"Betul ke ni Hurin? Hurin yakin?" soal Datin Aisyah.

Bukanlah dia tidak bersetuju Hurin dan Tengku Farhan kembali bersama, tetapi dirinya masih diselimuti dengan rasa bersalah dengan hal sebelumnya.

"Papa juga sama dengan mama, Hurin. Hurin yakin? Anak papa ni ego dia lain sikit. Asyik nak menang je. Baran pun tak boleh nak kawal," tutur Dato' T. Amirsyah dengan pakej jelingan ke arah Tengku Farhan.

Tengku Farhan hanya mengunci mulut. DIa tiada hak untuk membela dirinya saat itu kerana itu sudah menjadi sikapnya sejak dulu.

"Hurin yakin mama, papa. Hurin sendiri yang beri peluang dulu pada Farhan. Jadi Hurin tak nak hancurkan harapan Farhan sebelum ni. Hurin nak kami berdua baiki semula demi masa depan Zufar." Hurin tersenyum tipis dalam mengungkapkan hal itu.

"Mama minta maaf ya Hurin. Disebabkan perbuatan mama dulu, kamu takut untuk balik ke rumah kami. Mama minta maaf sangat-sangat," luah Datin Aisyah.

"Takpe mama. Hurin dah maafkan mama. Tentang trauma Hurin, biarlah Hurin sendiri yang pulihkan."

HAK MILIK TENGKUWhere stories live. Discover now