BAB 48 🦋

4.7K 510 26
                                    

"Ini bilik untuk cucu kesayangan Atuk," ucap Dato' T. Amirsyah sewaktu membuka pintu bilik itu.

Zufar yang berada di atas kerusi roda memerhati susun atur dan warna yang berada di dalam bilik itu. Bilik yang cukup besar itu membuatkan dia ternganga sedikit. Bilik ini dua kali ganda besarnya dari biliknya di rumah Tengku Farhan.

"Besarnya. Ini bilik saya ke?" Soal Zufar dengan nada tidak percaya.

"Betul. Ini bilik Zufar," balas Datin Aisyah yang berdiri di sebelah Dato' T. Amirsyah.

Dia masih berasa risau dengan penerimaan Zufar padanya. Saat Zufar tiba juga, dia sudah menerima jelingan tajam daripada si kecil itu.

"Besar kan? Lagi besar dari bilik papa kamu," celah Noah dan merendahkan tubuhnya ke arah Zufar.

"Nanti mama duduk dengan saya kan?" Soal Zufar.

"Betul. Mama kamu akan duduk dengan Zufar."

Dato' T. Amirsyah sudah berjalan masuk bersama dengan Datin Aisyah. Manakala Noah menolak kerusi roda Zufar ke dalam. Talhah pula sudah pulang ke rumahnya kerana mempunyai hal.

"Papa?"

"Papa kamu tak boleh duduk sebilik dengan mama kamu. Mereka berdua tak halal lagi. Maksudnya mereka berdua tak kahwin lagi. Jadi tak boleh duduk sebilik," jelas Dato' T. Amirsyah lagi.

"Oh...okay. Uncle, saya nak baring. Saya penat lah duduk atas kerusi bergerak ni," luah Zufar dan mengeluh perlahan.

"Okay kejap."

Noah segera mendukung tubuh Zufar dengan penuh berhati-hati. Dia juga berdebar kerana bimbang Zufar akan berasa sakit di bahagian pembedahan itu.

"Cucu atuk ni nak makan apa? Atuk belikan. Nenek kamu pun boleh masak."

"Tak nak. Papa cakap papa nak masak sendiri untuk Zufar. Uncle. Bila papa dengan mama nak sampai? Papa cakap nak ambil mama kejap je kan?" Soal Zufar dan menoleh ke arah Noah.

"Dalam perjalanan ni. Zufar rehat dulu ya. Kalau nak apa-apa, beritahu Uncle, Atuk dengan Nenek Zufar," jelas Noah.

"Nenek akan marah mama saya lagi ke nanti? Saya dah tak kuat untuk lindungi mama sekarang."

Soalan Zufar membuatkan Datin Aisyah tersentak. Dia terus berasa bersalah saat itu.

"Tak Zufar. Nenek dengan mama kamu dah okay. Mama kamu dah maafkan Nenek kamu," tutur Dato' T. Amirsyah dengan lembut. Dia tahu pasti perasaan isterinya sedang terluka saat ini.

"Betul ke nenek? Kenapa nenek tak bersuara?"

Noah yang mendengar soalan Zufar terasa mahu ketawa. Budak kecil ni memang suka buat orang rasa geram.

"Nenek dah minta maaf dekat mama kamu. Dan mama kamu dah maafkan nenek. Nenek minta maaf ya sebab marah mama kamu dulu," ucap Datin Aisyah dengan nada getar.

"Okay. Maaf diterima. Jadi sekarang saya ada nenek dengan atuk kan? Sukanya..."

Datin Aisyah terus berasa sebak. Jika dulu dia tidak berdendam dengan Hurin pasti semuanya akan baik-baik sahaja dan indah. Malah anak yang dipaksa untuk digugurkan itu pasti tidak akan dapat hidup sehingga sekarang.

Noah hanya tersenyum melihat wajah ceria Zufar. Budak sekecil itu seharusnya hidup dalam lingkungan keluarga yang positif sahaja. Mujurlah sekarang, semuanya sudah membaik. Hanya Hurin dan Tengku Farhan sahaja yang masih ada jurang antara mereka.

🦋

Hurin melangkah turun dari kereta Tengku Farhan dan memegang kemas tali beg bajunya. Dadanya mula berdegup kencang. Peristiwa hitam mula menerjah isi kepalanya.

HAK MILIK TENGKUWhere stories live. Discover now