BAB 66 🦋

3.9K 489 57
                                    

Hurin memandang dua insan yang sedang rancak berbual di hadapannya. Dia cuba untuk mengawal reaksi mukanya saat itu tetapi bibirnya tidak dapat menguntum senyum. Malah rasa marah yang menyelubungi dirinya.

"Wan dah beritahu Farhan yang Wan datang sini?" Soal Hurin dan memandang ke arah Nik Aminah di depannya. Diana di sebelah juga terus berhenti berbual dengan Nik Aminah.

"Dah beritahu. Dia minta aku ke sini untuk jumpa dengan kau. Tak sangka pula yang Diana kerja dekat sini juga," jawab Nik Aminah dan melemparkan senyum ke arah Diana di sebelahnya.

"Itulah Aunty. Diana pun terkejut bila tengok Aunty dekat depan kafe ni tadi. Aunty dengan Hurin ada hubungan apa?" Soal Diana bagaikan tidak tahu semua itu.

"Aunty ni nenek pada Farhan. Cucu Aunty yang pernah Aunty cerita pada mak ayah kamu tu. Dia ni isteri Farhan. Baru je nikah balik lepas cerai dulu," jelas Nik Aminah dengan nada menyindir.

Hurin hanya mengunci mulut. Jujur dia tidak suka berada di situ. Sabarnya juga semakin menipis.

"Wan nak apa-apa ke? Saya masih lama dekat sini. Balik selalu jam 9 malam," ucap Hurin.

"Eh tapi Hurin boleh balik bila-bila je kan. Macam semalam tu, Hurin balik petang," celah Diana tiba-tiba.

"Kenapa kau buat macam tu? Kafe ni bukannya milik kau. Sesuka hati je balik ikut masa kau. Lama-lama nanti kena buang kerja. Lepas tu cucu aku juga yang nak kena tanggung kau," bebel Nik Aminah tiba-tiba.

"Diana. Awak boleh pergi sambung kerja awak. Wan datang ke sini sebab nak jumpa dengan saya. Tolong pergi belakang semula," tegur Hurin dengan nada serius.

Wajah Nik Aminah dan Diana terus berubah kelat. Mereka berdua tidak menyangka Hurin akan menegur seperti itu.

"Kenapa cakap macam tu? Dia ni anak kawan aku. Aku nak berborak dengan dia kejap," marah Nik Aminah.

"Dia baru bekerja tak sampai satu hari. Takkan disebabkan Wan seorang, dia ponteng kerja. Kalau awak tak nak saya beritahu Abang Hamdan, pergi sambung kerja awak. Saya yang akan layan Wan sebab Wan adalah nenek suami saya," tekan Hurin.

Dia tidak mahu direndahkan lagi saat itu. Cukuplah sebelum ini dia bersabar. Tetapi selepas dirinya disindir di hadapan orang asing iaitu Diana, maruahnya terasa tercalar.

Diana terus menarik muka dan berlalu pergi ke bahagian kaunter semula. Dia juga berasa geram dengan cara Hurin saat itu.

"Besar kepala kau ya. Macam lah kafe ni milik kau," perli Nik Aminah.

"Wan datang sini sebab nak jumpa saya kan? Jadi apa yang Wan nak cakap dengan saya sekarang? Saya pun tengah bekerja sekarang." Wajah tegang dipasang ke muka. Dia perlu kuat saat itu.

Nik Aminah terus menarik muka. Dia fikirkan Hurin seperti sebelum ini. Hanya tertunduk dan terlihat lemah.

"Aku nak tanya kau, betul ke yang budak kecil tu anak Farhan? Aku masih tak percaya yang budak tu zuriat Farhan. Macam mana Farhan boleh nak kahwin dengan kau semula? Kau mesti guna-gunakan dia kan?" Luah Nik Aminah.

"Wan. Saya sendiri yang jauhkan diri saya dan anak saya daripada Farhan dulu. Tapi takdir mempertemu semula kami berdua dan Farhan sendiri yang buat ujian darah sama ada Zufar anak dia atau tak. Dan keputusannya adalah 99.9% anak Farhan. Wan expect saya tidur dengan lelaki lain ke selepas bercerai dengan Farhan dulu? Sedangkan waktu saya dicerai tu pun saya dah mengandung. Semuanya sebab saya dengan Farhan sempat berkasih sayang," jelas Hurin dan menggaris senyuman.

Wajah Nik Aminah terus berubah merah kerana berasa marah. Dia agak terkesima dengan ayat yang digunakan oleh Hurin itu.

"Dasar perempuan tak tahu malu. Kau tu Farhan kutip dekat kampung je tau. Jangan nak berlagak depan aku!" Suara Nik Aminah yang ternaik sedikit menarik perhatian beberapa pengunjung.

HAK MILIK TENGKUWhere stories live. Discover now