Hurin memerhati pakaian yang disarung ke tubuhnya. Ianya tampak sedikit formal iaitu baju kemeja bewarna soft blue dan dipadankan dengan seluar slack bewarna cream. Tengku Farhan pula sudah keluar lebih awal daripadanya petang tadi.
Rambut yang diikat dilepaskan semula. Tiba-tiba dia teringat dengan ayat Tengku Farhan semalam. Entah kenapa dia mahu menyorokkan belakang lehernya itu. Rambut depannya dikemaskan sedikit supaya tidak menampakkan garis parut itu.
Selepas mengambil beg tangannya, Hurin terus melangkah keluar dari bilik hotel itu. Kaki dibawa ke arah lif sebelum dia melangkah masuk selepas pintu lif dibuka.
Saat tiba di tingkat 5 hotel itu, Hurin mula berasa berdebar. Itu pertama kali dia menyertai event besar seperti itu. Pada mulanya dia tidak mahu menyertai event itu, tetapi Tengku Farhan memintanya untuk menyokong Tengku Farhan yang dijemput sebagai juri.
Disebabkan tidak mahu membuatkan Tengku Farhan bersedih, dia turutkan sahaja.
Sampai di pintu masuk dewan itu, Hurin didatangi oleh seorang pekerja di event itu. Saat itu, Hurin terus cuba untuk berlagak tenang.
"Hello Miss. Do you have an invitation to this event?" Soal pekerja lelaki itu.
"Ya. Saya ada kad jemputan. Ini dia," jawab Hurin dan segera mengeluarkan kad jemputan yang diberikan oleh Tengku Farhan pada pagi tadi.
"Oh. Miss orang Malaysia kah?"
"Ya betul. Boleh ke saya masuk?" Soal Hurin dengan nada teragak. Berdebar sudah dia berdiri di situ.
"Sure. Thank you for support our event. Have a good time," ucap pekerja itu dan membuka pintu masuk.
Hurin terus mengucapkan terima kasih sebelum berjalan masuk ke dalam. Saat itu dia dapat mendengar suara pengacara yang sedang menjelaskan tentang peraturan pertandingan memasak yang akan bermula sebentar sahaja lagi.
Hurin segera bergerak ke arah bahagian penonton. Di situ dia juga dapat melihat wajah ketat Tengku Farhan yang sedang berbual dengan dua orang chef. Pertama kali dia melihat Tengku Farhan berpakaian seorang tukang masak. Nampak benar-benar profesional.
Hurin hanya memerhati sahaja pertandingan yang berlangsung itu. Dia juga dapat melihat gerak-geri Tengku Farhan yang bergerak dari satu dapur ke satu dapur untuk menilai proses masakan yang dihasilkan.
"That man is handsome right?"
Tiba-tiba telinga Hurin menangkap perbualan dua orang gadis yang duduk di hadapannya. Pada mulanya dia malas hendak mendengar dengan lebih lanjut tetapi saat nama Tengku Farhan disebut, barulah dia tahu gerangan lelaki handsome yang dimaksudkan mereka berdua itu.
"Sudah berpunyakah agak-agak?" Soal rakannya pula.
"Katanya dia duda sih," jawab rakannya pula.
Hurin di belakang hanya mampu menahan sabar. Mahu ditegur juga nanti hanya menambahkan kekecohan pula. Hujungnya dia hanya memfokuskan pada pertandingan yang berlangsung.
Selesai pertandingan memasak, mereka semua diberikan masa untuk berehat buat seketika. Selepas ini akan disambung pula dengan sesi perjurian.
Hurin sudah bingung saat itu. Rata-rata tetamu sudah bangun dan kelaur untuk mengisi perut mereka. Dirinya pula hanya sendiri di situ. Bayang Tengku Farhan juga sudah hilang daripada pandangannya.
"Hye miss. Are you alone?" Tegur seorang mat salleh dari arah belakang Hurin.
Hurin terus menggeleng kepalanya dengan laju. Dia mula berdebar saat itu. Muka lelaki itu sahaja sudah menakutkan dirinya.
YOU ARE READING
HAK MILIK TENGKU
RomanceDua takdir yang tidak pernah terjangkau akan berlaku. Dua hati yang tidak pernah bertemu lama lalu jatuh cinta. Dia, seorang tukang masak terkenal dan merupakan anak lelaki tunggal daripada Dato' T. Amirsyah dan Datin Aisyah. Perwatakan yang cukup...