BAB 4 - Auch, Thank You

21.1K 777 14
                                    

Diary Sarah Nia.

Hmm... Aku pun manusia juga.

Ada adab dan sopan.

Sekasar-kasar aku, aku masih reti mengucap kata hikmat yang penuh bermakna untuk orang yang menolong aku.

Untuk itu, aku ingin mengucapkan terima kasih sebab tolong aku wahai sahabat.

Auch, thank you!

◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆ ~~~ ◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆

SELEPAS solat maghrib, Sarah Nia menerima mesej daripada Harris Amsyar yang menyatakan dia akan datang untuk menjemput Sarah Nia di rumahnya pada pukul lapan setengah. Sarah Nia hanya akur. Malas untuk membantah.

Dia mengenakan t-shirt hitam dan menyarungkan cardigan berwarna merah jambu. Memang dari dulu hingga sekarang, warna itu akan tetap menjadi warna kegemarannya. Berilah apa-apa pun benda berwarna merah jambu, dia sanggup terima. Seluar jeans hitam juga dipadankan dengan pakaiannya. Solekan langsung tidak dikenakan di wajahnya. Wajahnya kelihatan lebih semulajadi apabila tidak mengenakan sebarang solekan. Tidak lupa juga dengan topi yang telah lama berkhidmat kepadanya.

Dia ke tingkat bawah dan memaklumkan kepada ibunya yang dia ingin keluar berjumpa kawan. Sampai sekarang, dia masih belum menceritakan hal yang sebenar kepada ibunya. Dia mahu membuat kejutan. Tetapi sudah masuk hari kedua, dia masih terlupa untuk memaklumkan berita gembira tersebut.

Sarah Nia berjalan laju ke arah kereta Harris Amsyar. Dia mengambil tempat duduk di sebelah pemandu. Sebelum meninggalkan perkarangan rumah, dia sempat melambai ke arah ibunya.

"Hari ni aku nak makan luar. Esok je lah kau start masak makan malam. So, aku belanja eh?" Senyum Harris Amsyar.

"Bagus jugak kau belanja aku. Jimat sikit duit simpanan. Lagipun, kau kan kaya" Sarah Nia tersenyum sinis.

Harrus Amsyar menoleh sekilas untuk melihat wajah Sarah Nia. "Nasib baik kau ada. Kalau tak..."

"Kalau tak kau sunyi kan? Auch, thank you! Terharu sangat" potong Sarah Nia. Sudah tahu apa yang hendak disampaikan lelaki itu, sebab itu dia memotong sahaja percakapan lelaki itu dengan yakin.

Lantas Harris Amsyar tertawa. Terbahak-bahak dia mentertawakan Sarah Nia. Belum apa-apa lagi gadis itu sudah mengatakan yang dia akan sunyi tanpa gadis itu? Lawak!

"Betul kan? Tu pasal kau gelak kan? Dah malu lah tu sebab terkantoi!" Sarah Nia tersenyum mengejek.

Tawa Harris Amsyar mulai reda. Lantas dia menggeleng-gelengkan kepalanya tanda menafi. "Eh, sorry sikit eh. Aku tadi bukan nak cakap yang aku sunyi tanpa kau. Tapi aku nak cakap, nasib baik kau ada, kalau tak makanan tu semua mesti tak habis. Yelah, kau kan kuat makan. So, bila kau ada, confirm-confirm makanan tu akan habis. Tak adalah membazir nanti" jelas Harris Amsyar. Kali ini dia pula yang tersenyum mengejek ke arah Sarah Nia apabila melihat wajah gadis itu yang sudah membahang menahan malu.

Eh, kenapa kau nak malu pulak ni Nia? Wake up! Bebel hatinya. Dia berdehem kecil. "Aku cakap je apa yang terlintas. Bukannya aku saja nak buat macam tu, tapi kau lembab sangat. Nak cakap tu, cakap jelah. Ni nak gantung-gantungkan ayat pulak. Sebab lembab, tu pasal aku potong!" Bidas Sarah Nia lalu menjelirkan lidah.

"Heleh, dah kalah tu kalah jelah!" Pantas sahaja tangannya menarik rambut Sarah Nia.

"Woi! Agak-agaklah nak tarik rambut aku pun. Sakit tahu tak!" Cubitan keras hinggap di lengan Harris Amsyar. Kepalanya pula diusap-usap untuk menghilangkan pedih akibat ditarik lelaki itu.

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now