BAB 41 - Make A Move

4.8K 238 2
                                    

"HISH! Menyampah betullah. Susah sangat ke nak balas cinta aku ni?!" Jerit Sarah Eryna di dalam bilik tidurnya. Dia menghempaskan beg tangannya ke atas katil. Dia mengusutkan kepalanya. Nafasnya dihembus kasar.

Ni semua sebab perempuan kampung tu! Kalau dia takde kat dunia ni, Amsyar dah lama jadi milik aku. Tak guna betul! Matanya memandang tajam ke dinding. Sungguh, dendamnya meluap-luap terhadap Sarah Nia.

Tiba-tiba dia tergelak. Daripada perlahan ke kuat. Lagak seperti orang gila. Sebiji! Dia dengan pantas mengeluarkan telefon bimbitnya yang berada di dalam beg tangan. Papan kekunci ditekan untuk mencari nombor telefon seseorang. Dia tahu, siapa yang betul-betul dapat menjalankan arahannya ini. Setakat ini tidak pernah gagal lagi.

"Hello, malam ni pukul 8, jumpa aku dekat tempat biasa. Aku ada tugas untuk kau dengan Lan"

"Okay, boss"

Sejurus itu talian diputuskan. Perbualan yang cukup ringkas untuk menerengkan rancangan yang tersemat di hati Sarah Eryna.

Lepas ni, Amsyar akan jadi milik aku! Jerit Sarah Eryna kemenangan.

__________

"TUGAS apa pulak yang boss nak bagi kali ni?" Soal Tony sambil mengangkat kening.

Sarah Eryna tersenyum sinis. Sampul surat yang berisi penuh dengan duit diletakkan di atas meja makan tersebut. Kemudian gambar Sarah Nia diletakkan bersama dengan sampul itu. "Aku nak korang bunuh perempuan ni"

Tony dan Lan berpandangan sesama sendiri. Jika bunuh, sudah tentu bayaran yang diupah adalah mahal.

Lan mengambil sampul surat berwarna coklat yang disua oleh Sarah Eryna sebentar tadi. Isi dalamnya dilihat. Melihat sahaja ketebalan itu, sudah mampu mengukirkan senyuman di bibir mereka berdua.

"Ni je?" Uji Lan.

Rambut diflip ke belakang. Sekali lagi Sarah Eryna tersenyum sinis. Setakat duit berjumlah lima puluh ribu, petik jari jelah! "Bayaran full aku bagi selepas korang jalankan tugas yang aku bagi. Kalau tak berjaya, aku akan cari orang lain untuk aku upah. Faham?"

Tony tergelak kecil. "Beres, boss"

__________

"Number two, make a move"

"AWAK, minggu lepas awak pergi tak appoinment dengan Doktor Hazlina?" Soal Harris Amsyar sambil jarinya sedang sibuk menari-nari dia atas papan kekunci laptop.

"Hah? Err..." Aduhh... Nak jawab apa ni! Aku dah lah tak pernah pergi appoinment tu. Takkan nak menipu pulak. Alamak... Alah tibai jelah!

"Pergi. Kenapa?" Balas Sarah Nia dengan nada perlahan. Sebenarnya dia serba-salah hendak menipu.

Sejurus itu, Harris Amsyar terus memusingkan badannya menghadap Sarah Nia. Dia menyilangkan tangan di paras dada. Dia mengeluh kecil lalu bangun menghampiri Sarah Nia.

Mata Sarah Nia sudah membulat. Gulp! Dia dah tahu ke aku menipu? Dia cepat-cepat memandang ke bawah. Takut pula untuk bertentang mata dengan Harris Amsyar.

Harris Amsyar tersenyum kecil. Dia ni sekejap berani, sekejap tak, detik hatinya. Dia memegang kedua-dua bahu Sarah Nia. Matanya memandang redup ke dalam anak mata Sarah Nia. "Saya tahu awak menipu"

Kening Sarah Nia terangkat sambil wajah diangkatkan. Comel sangat! Macam budak-budak. "Macam mana awak boleh tahu?"

"Doktor tu call saya. Dia bagitahu saya yang awak tak pernah datang appoinment. So dia nak make sure yang awak okay ke tak" terang Harris Amsyar sambil tangannya masih di bahu Sarah Nia.

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now