BAB 53 - Abang Dah Balik

5K 201 11
                                    

TING TONG! Bunyi loceng rumah apabila ditekan oleh Sarah Nia. "Assalamualaikum, bu! Nia dah sampai ni!" Jerit Sarah Nia daru luar pintu utama Puan Zunaida.

Harris Amsyar di sisi Sarah Nia tersenyum. Tidak sabar pula ingin melihat reaksi ibu mertuanya nanti.

Beberapa minit kemudian, Puan Zunaida membuka daun pintu rumah agamnya dengan senyuman lebar. Dia dari tadi tidak sabar menunggu kehadiran Sarah Nia, Harris Amsyar serta tetamu istimewanya. Pelbagai jenis lauk dan masakan western dia sudah sediakan. Amirul Zikrie juga tidak kurangnya ternanti-nanti kehadiran tetamu istimewa itu. Dia bersungguh-sungguh menolong ibu susuannya untuk menyiapkan semua hidangan.

"Ibu! Rindunya Nia dekat ibu. Ibu sihat?" Soal Sarah Nia mesra sambil memeluk erat tubuh separuh usia itu.

Puan Zunaida membalas pelukan Sarah Nia. "Alhamdulillah, sihat je. Dah-dah, lepaskan ibu. Ketat sangat kamu peluk ibu ni. Naik lemas ibu" usik Puan Zunaida sambil tergelak kecil.

"Alah, ibu ni. Nia rindulah..." Sejurus itu Sarah Nia melepaskan pelukan. Dia memeluk tubuh dan memuncung. Muncung melebihkan muncung itik!

"Aku, kau tak rindu? Tak nak peluk?" Usik Amirul Zikrie yang sejak tadi memerhati sahaja gelagat anak-beranak di hadapannya itu.

Spontan Sarah Nia membuat muka sedang kegelian. "Kau tu hari-hari aku jumpa kau dekat ofis. Naik muak aku" membalas usikan Amirul Zikrie.

"Mulut tu aku cili kang baru tahu. Ada je jawapan" balas Amirul Zikrie sambil mencubit pipi kanan Sarah Nia. Acah-acah geram.

"Sakitlah..."

"Eh, dah-dah. Kalau nak buat drama pergi masuk dalam dulu. Ni ibu nak jejak kasih dengan menantu ibu pula" halau Puan Zunaida.

Harris Amsyar yang tersengih terus menuju ke arah Puan Zunaida dan mencapai tangan ibu mertuanya. Dia dengan sopan mencium tangan yang sudah membesarkan jodohnya itu.

"Kamu sihat, Syar? Nia ada buli kamu tak? Kalau ada kamu piat je telinga dia. Dia memang macam tu, keras kepala sikit" tegur Puan Zunaida mesra.

Harris Amsyar hanya tergelak lalu mengangguk gembira. Terhibur pula dengan ibu mertuanya itu. "Setakat ni Syar yang banyak buli Nia, bu. Hehe..."

"Hah, kalau kamu yang buli tak apa" balas Puan Zunaida selamba.

"Eh, apa ni! Ibu ni tak baiklah mengumpat orang. Dah lah orang merajuk, ibu tak nak pujuk" bertambah sedepa muncung Sarah Nia.

Ikhwan Hakim yang sudah berdiri lama di dinding yang berdekatan dengan daun pintu itu hanya tersenyum mendengar gurauan dan kebahagiaan mereka. Terubat rindunya apabila mendengar suara ibunya yang sangat dia rindui. Tidak sangka dia sudah menemui ibu dan adiknya. Bagai mimpi yang menjadi kenyataan!

"Hah? Mana tetamu istimewa kamu ni? Dah lama ibu tunggu. Dia tak jadi datang ke?" Soal Puan Zunaida setelah bergurau senda dengan anak dan menantunya. Hatinya berkobar-kobar ingin melihat tetamu istimewa yang khas dibawa untuknya. Rasa seperti kejutan untuk hari lahirnya pula.

"Ehhh... Of course ada! Tapi ibu kena tutup mata dulu" arah Sarah Nia. Sudah tidak menghiraukan rajuknya tadi. Sekarang ini lebih memfokuskan untuk menyatukan kembali si ibu dengan si anak.

"Alah kamu ni, apa nak tutup-tutup mata pulak ni" bantah Puan Zunaida comel.

"Aip, ikut je cakap Nia. Awak, tolong tutup mata ibu. Nanti ibu curi-curi tengok pulak" usik Sarah Nia lantas tergelak kecil apabila dicubit oleh Puan Zunaida.

Harris Amsyar terus menghampiri Puan Zunaida dan menutup sepasang mata Puan Zunaida dari belakang. Tangannya dipastikan tidak mempunyai jarak langsung antara jari lain.

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now