BAB 33 - Bangang Abadi

5.3K 218 1
                                    

SARAH NIA melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk di rumahnya. Wajahnya masam mencuka sambil matanya tertumpu pada televisyen di hadapannya.

"Saya tak menggatal la wak..." Pujuk Harris Amsyar dengan nada sayu.

Tangan disilang di paras dada. Sarah Nia mencebikkan bibir tanda menyampah. "Siapa kata awak menggatal?" Soal Sarah Nia sinis.

Harris Amsyar dengan segera melutut di hadapan Sarah Nia yang sedang duduk di atas sofa. Tangan isterinya dicapai. Mata redupnya merenung menembusi bebola mata isterinya. "Awak, awak janganlah merajuk macam ni. Tak syoklah... Nanti takleh nak sweet-sweet dengan awak" dia menyerlahkan wajah minta belas kasihannya kepada Sarah Nia.

Sarah Nia hanya mendiamkan diri.

"Awak..." Suara gemeresik Harris Amsyar menyapa halwa telinga Sarah Nia.

Sarah Nia mengherotkan bibir. Dia cuba untuk bertahan lebih lama. Manalah tahu kalau-kalau suaminya jadi hyper sweet kan? Fikir hatinya. Dengan itu, dia menoleh wajahnya ke arah lain. Tidak memandang Harris Amsyar untuk menunjukkan protes.

Mashaallah... Aku tak tahu pulak dia pandai merajuk, bisik hati kecil Harris Amsyar. Sejurus itu, dia putuskan untuk meningkatkan lagi tahap keromantisan dia.

Sarah Nia masih memandang ke arah lain. Tidak memandang ke wajah kacak suaminya.

"Pandanglah sini" ujar Harris Amsyar sambil meletakkan ibu jari di bawah dagu dan jari telunjuk di bawah mulut Sarah Nia. Dia menolehkan wajah isterinya supaya menghadapnya.

Fuh... Sabar Nia, sabar! Jangan tergugat, please. Hatinya sedang memujuk dirinya sendiri. Matanya ditalakan ke lantai. Nak ke pandang mata Syar? Oh, No! Memang tidaklah. Mahu pengsan dia disitu.

"My lovely bride, pandanglah saya. Awak pandang lantai tu buat apa" Harris Amsyar menyengih.

Sarah Nia mengemam bibir lalu menggigit bibir di bahagian sudut kanannya. Tiada pilihan lain. Dia terus memandang sepasang mata menggoda suaminya. Tetapi hanya bertahan untuk tiga saat sebelum dia memandang kembali ke lantai.

"Awak tahu tak awak sangat special untuk saya? And i can't even explain why. Please forgive me, dear"

Hmm... Okaylah! Saya maafkan awak! Awak tahu tak hati saya dah cair gila ni? Sarah Nia hanya mampu melepaskannya di dalam hati.

"Please forgive me..." Pujuk Harris Amsyar sambil mengusap tangan Sarah Nia yang berada di genggamannya.

Okaylah, i can't stand anymore but lemme do something, detik hati Sarah Nia. "Bagi sebab kenapa saya perlu maafkan awak?" Perkataan 'perlu' sengaja ditekankan.

Harris Amsyar yang diajukan soalan itu terus tersenyum manis. Dia terus berdiri dan mengambil tempat duduk di sebelah Sarah Nia. "Kenapa awak perlu maafkan saya?" Soalnya kembali.

Sarah Nia hanya mengangkat kening.

"Sebab saya pilih awak dan saya akan sentiasa pilih awak hari ni, esok dan seterusnya tanpa ragu-ragu dalam setiap degup jantung saya. Tak ada yang lagi penting dari awak, Nia" Harris Amsyar mula bertukar dari seorang yang amat kerek kepada seorang yang amat romantik.

Okay. Siapa je yang tak blushing? Arh... Hati Sarah Nia menjerit keriangan. Dia terbatuk-batuk kerana malu. Play it cool, Nia. Kau boleh! Hati kecilnya memberi semangat.

Dia menoleh ke arah Harris Amsyar. "Kenapa awak pilih saya?" Sarah Nia tersenyum sinis sambil mengangkat kening kanannya.

"Jap" balas Harris Amsyar sepatah sebelum berlari pantas ke bilik di tingkat atas.

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now