BAB 38 - Taehyung ke Jungkook

5.3K 228 12
                                    

"ARGH, siap pun!" Harris Amsyar menggeliat puas. Dia memerhati timbunan dokumen yang sudah siap diperiksa. Senyuman tersungging di bibir sebelum bibir diherotkan.

Aduhh... Aku kena selesaikan masalah aku dengan Nia secepat mungkin. Tak sanggup aku nak kena pulau dengan dia, detik hatinya.

Mata Harris Amsyar bersinar-sinar. Tiba-tiba satu idea menjelma di kotak fikirannya. Penuh satu baldi dengan semangatnya. Dia menggenggam tangannya dan berkata dengan penuh bersemangat. "Balik ni, aku kena jugak pujuk Nia. Tak kira macam mana sekali pun"

"So, kita akan guna plan pertamaaaa!" Jerit Harris Amsyar gembira.

"ASSALAMUALAIKUM!" Harris Amsyar memberi salam sebaik sahaja memulas tombol pintu rumah agamnya. Plan pertamanya harus dijayakan. Cayokk!

Sarah Nia yang sedang menonton televisyen hanya memandang sekilas ke wajah suaminya. Wajah slenge dihadiahkan. Kelihatan mulutnya terkumat-kamit seperti sedang bercakap dengan nada perlahan. Entah mengumpat apalah tu.

Harris Amsyar hanya menahan tawa. Comel pula bila lihat wajah masam mencuka Sarah Nia. Rasa macam nak cari gaduh lagi selepas berbaik ni. Haih...

"Nia, awak masak apa malam ni?" Harris Amsyar bertanya dengan nada paling lembut. Dia membuka tali lehernya dan mengambil tempat duduk di sebelah Sarah Nia.

Sarah Nia mengerling sekilas. "Ayam masak lemak" sambil tangannya menekan punat remote control untuk menukar siaran.

"Wahhh, sedapnya! Ha jomlah makan" Harris Amsyar teruja ingin merasa air tangan Sarah Nia. Macamlah tak pernah rasa. Over je ni.

Sarah Nia menjuihkan bibir. "Pergilah makan. Saya dah makan tadi sementara tunggu awak balik" dia sedang memberi tumpuan terhadap drama kesukaannya iaitu... Cinderella and The Four Knights.

Harris Amsyar terus mencebik manja. Dia bangun dan berdiri di hadapan Sarah Nia supaya menghalang pandangan isterinya terhadap drama korea itu. "Alaa... Makanlah sekali dengan saya" dia menarik-narik lengan Sarah Nia seperti budak kecil.

"Ish, Apa awak ni? Tepilah. Saya nak tengok scandal saya ni. Hish..." Rungut Sarah Nia. Berkerut-kerut kening dia dibuatnya.

Harris Amsyar bercekak pinggang. Scandal? Dia terus mencapai remote control dan menutup televisyen. "Sekarang scandal awak dah takde. So, sudi tak awak temankan saya makan?" Soalnya dengan renungan redupnya.

Terbuntang biji mata Sarah Nia. Berani dia tutup drama korea aku tu. Siott... Dia memalingkan wajah. Malas hendak melihat wajah Harris Amsyar yang selalu mencari gaduh dengannya itu.

"Awak, cepatlah teman saya makan. Saya dah lapar dah ni" rengek Harris Amsyar, manja.

"Tak. Nak" Sarah Nia masih berdegil. Dia menyilangkan tangan di paras dada. Gila ke? Fikir aku nak termakan dengan pujukan dia? Pidahh...

"Nia..." Masih tak berputus asa.

"Saya dah makanlah..." Dia ni tak faham bahasa ke? Omel hatinya.

Tiada jalan lain lagi. Harris Amsyar menggunakan pilihan terakhirnya. Iaitu veto. "Sampai hati awak biar saya makan sorang-sorang. Saya kan suami awak. Awak kenalah layan saya elok-elok. Nanti jadi isteri derhaka tau!"

Sarah Nia memandang wajah kacak plus poyo suaminya itu. Dia mengecilkan mata dan merungut. "Ish, membebel je kerja. Yelah-yelah"

"Yeay! Sayang my twinkle bride. Hehehe..." Harris Amsyar tersengih sumbang.

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now