KEESOKAN MALAMNYA,
Suasana di dalam panggung wayang itu sedikit bising apabila bahagian seram muncul. Kebanyakannya menjerit terkejut... Oh, termasuk jugalah Harris Amsyar!
Sarah Nia di sisi Harris Amsyar hanya gelak terbahak-bahak. Muka sahaja macho, tetapi penakut. Yang paling tidak boleh tahan itu, apabila lelaki ini yang mencabarnya untuk menonton cerita hantu, tetapi dia pula yang penakut. Dia di sebelah hanya watlek watpeace sahaja.
Dua minit setelah menyedari keterlanjuran dari diri sendiri, Harris Amsyar segera buat seperti tiada apa-apa telah berlaku. Dia berdehem perlahan dan menyilangkan tangan di paras bawah dada. Dengan muka tidak reti malu, dia menyuakan popcorn kepada Sarah Nia.
Sarah Nia hanya tersenyum kecil. Hanya dengan lirikan hujung mata, dia mengambil sedikit popcorn yang disuakan kepadanya.
2 Hari Lagi...
Tasha tiba-tiba menyiku Sarah Eryna.
"Ish, sakitlah" Sarah Eryna mendengus perlahan. Dia sedang fokus melayan movie ini, tetapi kena kacau pula.
Wajah Tasha beriak serba-salah. Perhatiannya dihalakan ke arah tempat spesifik. "Aku rasa kalau kau tengok tu, lagi kau sakit kot"
Sarah Eryna mengerutkan kening. Secara pantas, dia terus menoleh kepalanya menghadap apa yang diujarkan Tasha itu. Rahangnya terus jatuh apabila melihat di tempat duduk sebelah sana, Sarah Nia dan Harris Amsyar sedang duduk bersama-sama dan mereka kelihatan mesra ketika ini.
"Tulah kau, aku suruh hantar haritu, kau sibuk dengan 6 hari kau la, 5 hari kau la, sekarang kan dorang dah rapat. Kan dah menyesal..." Tasha sudah mula dengan sesi leterannya sambil menggeleng-geleng kepala.
Sarah Eryna mengecilkan matanya memandang Tasha. Kalau tidak fikirkan bantuan yang boleh dihulurkan oleh Tasha ini, sudah lama dia ingin tinggalkan perempuan mulut potpet ini. Seperkara lagi, dia memang tidak pernah menganggap Tasha sebagai sahabatnya. Hanya perempuan itu sahaja yang menganggapnya sebagai sahabat. Orang macam dia, perlukan sahabat ke?
"Eh, kau diam jap boleh tak? Aku nak sambung tengok. Lantak doranglah" rengus Sarah Eryna. Bengang dapat kawan membebel ini. Bukan meredakan perasaannya, malah mengusutkan fikirannya sahaja.
Tasha terdiam. Lalu dengan muka masam, dia terus menumpukan kembali perhatiannya terhadap movie yang sedang ditayangkan.
Hanya Allah sahaja yang mengetahui apakah yang sedang dirancangkan Sarah Eryna ketika ini.
KELIHATAN Sarah Nia dan Harris Amsyar sedang berjalan keluar mengikut laluan yang disediakan. Muka Sarah Nia kelihatan ceria manakala Harris Amsyar masam mencuka.
"Ah, takde! Awak kalah. So, awak akan didenda" ujar Sarah Nia mengejek.
Harris Amsyar mencebik tanda dia sedang menolak ujaran isterinya itu. "Kita takde buat apa-apa perjanjian pun, so saya tak akan didenda ye Puan Nia"
"We made it okay" balas Sarah Nia, tegas. Dia geram dengan perangai Harris Amsyar yang tidak reti mengalah itu. Sudah kalah itu, kalah sahajalah.
"No, we didn't" dengan muka tidak bersalah, Harris Amsyar menggeleng kepalanya dengan membuat muka minta pelempang.
YOU ARE READING
Taming The Bad Girl
Romance"She is a bad girl but I don't care" Mata hazel yang memukau. Senyuman manis. Rambut yang cantik terletak. Cukup membuatkan dirinya menjadi perhatian ramai. Tetapi... Jangan tertipu! Dia baran. Tidak reti mengalah. Kaki taekwondo. Dialah Sarah Nia...