BAB 24 - Part 2 of Tak Puas Hati?

6.5K 299 14
                                    

SARAH NIA menolak pintu bilik dari luar secara mengejut. Sengaja ingin membuat Harris Amsyar terkejut. Sekali-sekala ingin juga lihat wajah terkejut suaminya itu. Baru sebentar tadi dia terdengar bunyi pintu bilik air dibuka. Itu maknanya mesti suaminya sudah selesai mengenakan pakaian, mengikut sangkaannya.

Krekk...

Masuk-masuk sahaja ke dalam bilik itu, matanya bertemu dengan bola mata Harris Amsyar yang sedang duduk di penjuru katil.

Harris Amsyar yang tiba-tiba disergah dengan kehadiran isterinya itu terus terjerit kecil. "Eh, apa awak buat ni, mengintai saya ke?" Sedikit kuat juga lontaran suara yang diberikan kepada Sarah Nia.

Spontan Sarah Nia menutup matanya sekuat hati sehingga terasa sakit jugalah tirai matanya. Tidak cukup dengan itu, kedua-dua tangannya juga ditekapkan di mata. "Ee, tak de masa saya nak mengintai awak! Lain kali pakailah baju terus, ni duk berkemban macam perempuan pulak. Huh!" Sarah Nia terus memusingkan badan dan berjalan keluar dengan menghentakkan kaki tanda geram.

"Eh, eh perempuan ni. Dia pulak yang melebih. Patutnya aku yang marah dia" omel Harris Amsyar. Sekilas lalu dia memandang tubuh badannya. "Aku pakai towel, okey apa. Bukannya tak pakai apa-apa langsung" Harris Amsyar membuat muka tidak puas hati.

Sarah Nia sedang berjalan laju ke luar rumah. Ingin menenangkan gelojak hati yang sedang tidak menentu. Melihat sahaja tubuh suaminya yang berketak-ketak itu, sudah cukup membuatkan hati dia bergetar. "Ergh, Nia. Kau ni kenapa? Boleh tak buang perasaan pelik ni sekarang? Kau tak boleh suka lelaki. Semua lelaki bukannya baik. Semua penipu je. Nanti tak pasal-pasal kau kena tipu lagi. Naya je" bebelnya seorang diri.

Sedang Sarah Nia membebel seorang diri, tiba-tiba dia terasa ada benda kecil sedang merayap di atas kakinya. Oleh kerana dia masih dalam keadaan marah, dia terus sahaja menundukkan mukanya untuk melihat benda di atas kakinya tanpa perasaan ragu-ragu. Melihat sahaja satu objek kecil berwarna coklat pekat, dia terus mengibas seluarnya. Melihat lipas yang sedang 'lari' untuk menyelamatkan diri, dia dengan segera mengambik kasut di sebelah pintu dan mengejar lipas tadi.

Lipas tadi sedang berusaha untuk menyelamatkan nyawanya. Dikejar pula oleh Sarah Nia, memang macam gergasilah hentakkan yang dirasai lipas itu.

Sarah Nia dengan muka seram berkata "hehe... mana kau nak lari ha? Sorry dude, you enter the wrong house, so this is your result" boleh dikatakan berikut adalah kata-kata terakhir Sarah Nia untuk lipas itu.

Papp! Papp!

Maka tamatlah riwayat lipas tersebut. "Sorry weh, tapi aku nak guna jasad kau untuk buat sesuatu. Dah settle, baru aku tanam kau. Don't worry. Jasamu akan dikenang" ujar Sarah Nia kepada lipas yang sudah tidak bernyawa itu.

HARRIS AMSYAR yang sedang memakai pakaian, hairan apabila terdengar bunyi riuh diluar bilik. Isteri aku ni meroyan ke tengok body aku tadi? Dengan yakinnya, dia berjalan menuju ke arah cermin. Sampai sahaja di hadapan cerminm badannya ditilik. "Hmm... patutlah isteri aku meroyan. Seksi macam Chris Hemsworth rupanya" melambung-lambung dia memuji diri sendiri. Al-maklumlah, isteri sendiri tak puji, itu pasal kena puji sendiri.

Selesai berangan di hadapan cermin, dia menyisir rambut hitam pekatnya agar kelihatan lebih kemas. Barulah boleh pikat Sarah Nia.

SEMENTARA Sarah Nia di luar sedang mengambil plastik kecil di dapur dan disarungkan ke tangan. Tanpa membuang masa, dia terus mengangkat lipas tersebut menggunakan sesungutnya. Tiada langsung riak takut, geli atau apa-apa pun terhadap lipas tersebut. Dalam fikirannya, dia cuma mahu memuaskan dirinya sahaja.

"Himawari, I'm coming for you. Wait for me!" omel Sarah Nia teruja.

Perlahan-lahan dia membuka langkah ke hadapan pintu bilik dia dan Harris Amsyar. Semangatnya semakin membuak-buak ingin mengenakan suaminya. Seronok pula rasanya. Selangkah sahaja dari pintu tersebut, dia menekapkan telinga kanannya ke pintu untuk memastikan dia sudah bersedia untuk mengejutkan Harris Amsyar.

1... 2... 3!

Countdown di dalam hati Sarah Nia betul-betul memihak kepadanya.

Krekk... Harris Amsyar membuka pintu seperti berserah kepada takdir.

Bahhh!

Sergah Sarah Nia sambil menayangkan lipas coklat pekat itu di hadapan muka Harris Amsyar. Mukanya sedaya upaya diseramkan untuk menakutkan Harris Amsyar.

"Opocot nenek kerepot!" latah Harris Amsyar spontan. Badannya terundur ke belakang dan bertembung dengan pintu bilik yang tidak tertutup, terus tubuhnya terduduk ke belakang. Memberi hentikan kepada punggungnya.

Melihat gelagat gelabah Harris Amsyar, spontan ketawa Sarah Nia meledak. "Hahahahaha... Harris... Hahahaha..." tidak mampu menahan lagi, dia terus melepaskan apa yang dia rasakan. "You are so funny! Betul-betul made my day" Sarah Nia terduduk di hadapan Harris Amsyar sambil memegang perutnya menahan tawa.

Harris Amsyar membuat muka ketat. "Awak tunggulah nanti, jangan fikir saya berserah macam ni. This is Harris Amsyar laaa! Tunggu je nanti. Ada masa nanti saya pulak balas" dengus Harris Amsyar kegeraman.

"I will wait, my darling. Hahahaha..." balas Sarah Nia galak mengusik suaminya.

Harris Amsyar mengangkat kening kanannya "I told you, you supposed not to challenge me but you did it. So wait for mine, Nia" ujar Harris Amsyar menayangkan sengih ke arah Sarah Nia.

"Who cares? I like challenge. Especially when it comes from you" balas Sarah Nia dengan yakin.

Harris Amsyar dan Sarah Nia berpandangan. Menafsrikan apa yang bakal berlaku kepada Sarah Nia. Tetapi Sarah Nia sukakan cabaran. Jadi, dia langsung tidak takutkan ugutan suaminya yang agak comel itu.

"Let the games begin" Sarah Nia tersenyum sinis ke arah Harris Amsyar yang sedang membuat muka poyo ke arahnya.

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now