BAB 45 - Hancur

4.2K 191 7
                                    

"Dia merenungku setiap saat dan menjumpai seribu satu sebab mengapa dia sayang kepadaku"


WAJAH putih mulus Sarah Nia ditenung Harris Amsyar dengan sengihan. Makanan yang sedia terhidang di hadapan mata tidak disentuh lagi. Hanya sudu dan garfu sahaja yang dipegang. Jika orang lain terlihat perbuatannya itu, pasti mereka akan terfikir mengenai kewarasan otaknya.

Tiba-tiba Sarah Nia mengangkat wajahnya dan melihat Harris Amsyar. Sebenarnya sudah lama dia perasan dengan tindakan 'tidak senonoh' Harris Amsyar itu, tetapi dia hanya buat dunno sahaja.

Ambil kau, terkantoi sudah! Harris Amsyar sepantas kilat memandang ke arah lain. Buat jatuh air muka sahaja tindakannya sebentar tadi. Dia juga tidak reti untuk mengawal rasa cintanya terhadap Sarah Nia. Kadang-kadang terdetik juga di hatinya bahawa dia sungguh bertuah kerana dapat memiliki orang yang dia sayang. Tidak semua orang akan berkahwin dengan orang yang dia sayang dan orang itu pula tidak sayang dengannya. Rasanya umpama kaca jatuh terhempas ke batu. Ha... gitu!

"Hello..." Sarah Nia melambai-lambai tangannya dihadapan wajah Harris Amsyar. Sudah beberapa kali dia memanggil suaminya itu, tetapi masih tidak disahut. Berangan pula tu.

Harris Amsyar tersentak. Pantas dia memberi tumpuan kepada Sarah Nia. "Yes, my twinkle?" Ingin mengaburi 'kecacatannya' sebentar tadi.

Kedengaran keluhan dari mulut Sarah Nia. Sudah sedepa muncungnya itu. "Saya cakap, saya nak beli something. Tapi guna duit awak dulu boleh tak? Nanti saya ganti balik eh"

Kening Harris Amsyar berkerut. "Something? Untuk siapa?"

Tiba-tiba mulut Sarah Nia gugup. "H-hah? Hahaaha... untuk siapa lagi, untuk kawan sayalah. Next week birthday dia"

"Betul ke ni?" Soal Harris Amsyar sedikit ragu.

"Betul..." jangan dia tanya jantina sudahlah, bimbang hati Sarah Nia.

"But as usual, I want a favour" ujar Harris Amsyar dengan senyuman jahat.

Urgh, dia ni memang bijak ambil peluang, umpat Sarah Nia di dalam hati. "Okay, apa yang awak nak?"

"Saya nak..."

Jeng jeng jeng!

Irama sindiran seolah-olah bergema di hatinya.

"Malam esok kita tengok horror movie dekat wayang" sambung Harris Amsyar.

Mata Sarah Nia terbuka sedikit luas. Gulp! Dia menelan liur. Memang sudah tiada cerita lain ke sampai cerita hantu juga yang dipilih?

"Awak takut eh? Takpelah kalau macam tu. Saya pun tak tahu yang awak ni penakut. Saya fikirkan awak ni berani. Hmm... tapi tulah" ujar Harris Amsyar dengan penuh sarkastik.

"Ee... saya bukan penakutlah. Siapa cakap saya tak berani hah? Okay, saya terima. Malam esok kita tengok wayang cerita hantu. Deal!"

"Yey! Sebab kita akan tengok cerita Annabelle Creation tau esok. I bet you won't regret it"

What the heck... i just regret it now. Malam-malam tengok cerita hantu. Sepatutnya aku boleh tidur, tetapi disebabkan perjanjian yang kurang bijak ni, aku yang 'dikorbankan', rungut hati Sarah Nia.

Sementara Harris Amsyar sedang membayangkan Sarah Nia ketakutan dan memeluknya. Ah, bahagianya!


JARI-JEMARI Jazlina sedang menari-nari di atas papan kekunci. Dia sedang khusyuk mencari sesuatu di dalam internet. Internet, semuanya ada.

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now