BAB 52 - Jazlina

3.8K 181 4
                                    

MALAM itu Jazlina dan Mizan sekali lagi bersemuka di kelab malam yang sering mereka singgah. Suasana yang bising memang membingitkan telinga mereka berdua. Tetapi lama-kelamaan telinga mereka sudah kebah dengan keadaan gamat itu.

"Kau ada dapat apa-apa information tak pasal Hakim?" Soal Jazlina serius. Dia sekarang ini memang ingin mencungkil latar belakang Ikhwan Hakim. Baginya, jika tuan punya badan dia tidak dapat balas dendam, dapat keluarganya pun jadilah.

"Nah" Mizan mencampak sampul surat bersaiz A4 kepada Jazlina. Dia yakin dengan maklumat ini dia dapat menghadirkan senyuman bibir Jazlina.

Jazlina mengangkat kening kanannya. Sambil dia mengunyah chewing gum, dia membuka sampul surat putih itu. Terdapat beberapa helai kertas A4 di dalam sampul surat itu. Pantas dia mengeluarkan kertas-kertas itu. Melihat sahaja maklumat yang tersedia ada di tubir matanya ini benar-benar memudahkan lagi kerjanya untuk membalas dendam.

"Thanks bro. Aku tahu kau memang berguna" senyuman jahat terukir di bibir Jazlina.

"So, bila kau nak start?" Soal Mizan sambil meneguk air yang tidak mengandungi alkohol. Dalam masa perbincangan penting seperti ini, dia tidak menggemari dirinya dalam keadaan mabuk.

Mendengar soalan yang diutarakan Mizan itu, Jazlina hanya tersenyum jahat. Kali ini dia hanya ada satu matlamat sahaja. Kak, Jaz janji akan balas balik apa yang Hakim dah buat dekat akak! Azam hatinya. Dia terimbau kembali semalam dia ada terdengar perbualan Ikhwan Hakim dengan Iman di atas talian.

"Im! Aku dah jumpa adik dengan ibu aku. Tadi kitorang terserempak masa meeting dengan Herz Holdings pasal projek dekat Seremban tu" tegur Ikhwan Hakim dengan suara yang tidak tertahan bahagianya.

Kedengaran suara Iman di hujung talian sedang bercakap-cakap tetapi telinganya tidak cukup tajam untuk mendengarnya. Dia kemudiannya kembali terdengar ayat yang meniti di bibir Ikhwan Hakim.

"Yalah... Dia rupa-rupanya wife Harris Amsyar tu"

Jazlina mengerutkan kening. Dia berjalan meninggalkan Ikhwan Hakim yang sibuk dengan telefon bimbitnya itu. Dia menyelak rambutnya ke belakang telinga. "Hakim ada adik ke selama ni? Kenapa akak tak pernah cakap pun? Aku pun tak pernah nampak adik dia" pelbagai soalan menerjah masuk ke otaknya. Harris Amsyar adalah CEO Herz Holdings, dan adik Hakim bekerja dengan Herz Holdings. Hmm... Setelah lama berfikir, dia akhirnya sudah dapat mengangak posisi adik Ikhwan Hakim di dalam Herz Holdings. Perlahan-lahan senyuman terukir di bibir. Sekarang dia hanya perlukan kepastian.

Kini Jazlina sudah senang hati. Bukti dan maklumat berada di hadapan mata. Peluang ini tidak akan sesekali dia lepaskan. Dia sudah bertindak bijak dengan menghadirkan diri ke temu duga bagi pencarian pekerja baru yang kebetulannya memang dia sangat memahiri bidang tersebut. Dia akhirnya boleh mula bekerja pada esok hari. Ini Jazlina lah! Aku tak kenal erti menyerah kalah.

PADA masa yang sama, Ikhwan Hakim sedang berborak di hadapan televisyen bersama Iman. "Bro, aku bersyukur gila aku terserempak dengan adik aku tadi" berkali-kali Ikhwan Hakim memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi. Dia juga sudah melakukan sujud syukur. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang dan Maha Pemurah.

Iman tersenyum meleret. Dia juga tumpang gembira dengan sahabatnya itu. Dia menepuk-nepek belakang bahu Ikhwan Hakim. "Aku dah cakap dah kan perempuan kau jumpa tu, Sarah Nia. Kau tu je yang lembab sangat nak perasan. Kan dah lambat berminggu-minggu. Sia-sia je. Dahlah tu dia kerja dengan Herz Holdings kan? Aiyoyo..." Bebel Iman.

"Kau ni sehari mulut kalau tak laser memang tak sah! Ni aku nak bagitahu ni"

Iman mengangkat kening. "Bagitahu apa?"

"Aku fikir aku nak tinggal dengan ibu akulah. Aku memang dah tak nak kehilangan lagi dah orang yang aku sayang dalam hidup aku. Allah je yang tahu macam mana rindunya aku dekat dorang. Aku harap kau faham keputusan aku ni. Dan terima kasih juga untuk usaha yang kau dah buat untuk cari adik dan ibu aku. Terima kasih sebab ada masa aku susah, senang. Kau memang sahabat aku dunia akhirat walaupun perangai macam sakai!" Terang Ikhwan Hakim panjang lebar. Dia sedih juga untuk meninggalkan sahabatnya itu. Tetapi hendak dibuat bagaimana kerana keluarga adalah menjadi keutamaannya.

"Hah?! Kau nak pindah ke Kim? Alhamdulillah... Memang dah lama aku nak tengok kau tersenyum 24 jam macam ni Kim. Aku tak kisah kita tak tinggal serumah pun. Kalau ada masa lapang kita boleh je jumpa. Kau tu cepat-cepatlah cari calon isteri. Adik kau sendiri pun dah kahwin. Kau bila lagi?"

"Ha kau jangan nak jadi macam mak nenek kebayan eh. Kau tu yang pergi cari calon isteri. Muka ada, harta ada, pakej soleh lagi. Tapi calon je tak ada. Jangan membujang sampai kerepot je sudahlah" Ikhwan Hakim memulangkan paku buah keras.

"Sengal!" Iman mencampak remote televisyen ke perut Ikhwan Hakim dan tepat mengena perut jejaka itu. Ah, dia sudah tidak kisah jika alat elektronik itu rosak kerana boleh diganti.

Ikhwan Hakim mengusap-usap perut bersix packsnya. Haih apalah nasib kena 'sentuh' dengan remote televisyen itu.

Iman membantai gelak dahulu sebelum menyambung perbualan mereka yang tergendala. "Kau nak pindah sana bila?"

"Malam esok"

"Ouhhh... Aku bet ibu kau mesti happy gila nak mati esok. Wahhh..."

"Ah, kau takyah nak over pulak eh" juling Ikhwan Hakim dengan muka menyampah. Suka pula menyakat sahabatya itu.

"By the way, kau ingat Jazlina lagi tak?" Tiba-tiba Iman menyebut nama perempuan yang cukup dikenalinya selepas Hazlina dan Syazlina.

"Ingat, dia akak Hazlina kan. So?" Dia menegakkan posisi badannya yang sedang duduk menyandar pada sofa rumahnya. Seperti ada sesuatu serius yang ingin diungkapkan Iman kepadanya.

"Macam ni, haritu aku ada terjumpa dia dekat Herz Holdings. Dengar cerita dia pergi interview nak jadi pengurus dasar dan perancangan" terang Iman dengan nada risau.

Ikhwan Hakim menjungkitkan kening. "Kalau dia nak interview jawatan tu pun apa kaitan dengan aku? Biarlah dia nak cari kerja apa sekalipun, tak ada kaitan langsung dengan aku" balasnya sekadar berbasa-basi. Tidak berminat untuk bercerita mengenai perempuan itu.

"Ish, memanglah! Tapi tempat yang dia nak mohon tu dekat syarikat suami adik kau. Kau tak pelik ke? Banyak lagi syarikat lain, tapi Herz Holdings juga yang dia nak. Lepas kena buang dengan syarikat lama dia tu, dia terus mohon situ pula" bentak Iman dengan nada keras. Lelaki di hadapannya ini bukan tidak faham tetapi sengaja tidak mahu mengambil tahu.

"Lah yang dia nak mohon HH pun apa salahnya? Kau ni kenapa, suka dia ke? Sampai semua benda pasal dia kau tahu. Jangan-jangan..."

"Haish, jangan nak merepeklah! Aku ni tahu dari mulut-mulut Herz Holdings tu jugalah. Aku kan kerja situ. Kau lupa ke ngok! Lagipun si Jazlina tu kan lawooo! Mananya tak hot cerita pasal dia tu" dalih Iman.

"Aku malaslah nak bincang pasal dia tu. Aku nak tidur, ngantuk ni. Kau kalau tak tengok tv, tutup. Membazir current!" Leter Ikhwan Hakim sebelum melangkah masuk ke biliknya.

Iman mencebik. Cakap pasal Jazlina je, lari! Macam inilah Ikhwan Hakim. Masih dihantui rasa serba-salah mungkin. Apabila dia teringat kembali wajah Jazlina itu, boleh tahan juga. Kalau dia jadi isteri kau, uish bahagia hingga ke hujung nyawa gitu! Dia sudah mula memasang angan-angan. Tidak mengapa, dia akan cuba bahagiakan perempuan itu. Siapa sangka jika dia memang ditakdirkan untuk Jazlina? Tiada siapa tahu.


♥♥♥♥♥♥♥♥

Sorry, bab ni pendek! 😭👻 !! Btw, yg request utk cover story dorang tu, saya kumpul dulu tau. Untuk sesiapa yg nak cancel req boleh inform awal-awal eh. Taknak la saya dah buat nanti tapi tak pakai pulak. Nanti membazir tenaga saya je (hukhuk)

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now