BAB 56 - Otak Cair Ke Beku

4.1K 164 6
                                    

DUA hari setelah bermalam di rumah Puan Zunaida, akhirnya Harris Amsyar dan Sarah Nia pulang kembali ke rumah mereka dan pagi ini mereka sudah mula bekerja seperti biasa.

Sarah Nia dan Harris Amsyar akan bergerak ke ofis bersama-sama kecuali apabila salah seorang daripada mereka bercuti. Setakat ini, Sarah Nia sahaja yang pernah meminta cuti. Harris Amsyar belum pernah lagi. Setia betul dengan tugasan syarikat yang diamanahkna oleh Dato' Hisham kepadanya.

Sesampai sahaja di ofis, Harris Amsyar dan Sarah Nia terus masuk ke ruangan kerja masing-masing.

Baru sahaja Sarah Nia melabuhkan punggungnya di kerusi empuk miliknya, tiba-tiba daun pintu ruangannya dikuak kasar. Bahunya terhinjut sedikit akibat rasa terkejut. Melihat sahaja tubuh langsing Sarah Eryna di hadapannya, dia terus mendengus.

Sarah Eryna pula dengan senang hati tergelak kecil. Gembira pula apabila wajah Sarah Nia bertukar mendung. Dengan gaya model separuh usia, dia duduk di atas meja Sarah Nia.

"Kau blah. You don't deserve here. Bangunan ni just untuk orang yang otak cair sahaja and unfortunately, you don't" ujar Sarah Nia pedas sambil jari-jemarinya menari di atas papan kekunci, menyiapkan tugasannya.

Sarah Eryna mendengus kasar. "Otak cair ke beku ke, aku kesah apa! Aku datang sini just nak ingatkan kau je yang kau tu sebenarnya perampas. Dah rampas boyfriend aku lepastu boleh pula berlagak sombong. Kau tak layak sebenarnya untuk dapat Amsyar. Aku seorang je! Tapi takpe, sebab tak lama lagi rumah tangga kau akan musnah. Oops... Terlepas cakap pulak. Okay, bye!" Sarah Eryna tergelak gaya mak datin sebelum melangkah keluar.

Genggaman Sarah Nia sejak tadi hanya ditahan. Risau pula wajah cantik Sarah Eryna dia rosakkan. Dia memandang tajam langkah Sarah Eryna. Ada hati nak rosakkan rumah tangga aku. Diri pun dah rosak! Bentak hatinya. Dia terus menenangkan kembali emosinya. Dia tidak mahu tumbuh jerawat di dahi. Dia kembali menyambung tugasannya.

Sarah Eryna terus menuju ke bilik Harris Amsyar dengan senyuman tersungging. Baru ingin memulas tombol, tiba-tiba seseorang menepuk bahunya dari belakang. Dia menoleh dan wajah Amirul Zikrie berada di hadapannya.

"Kau tak boleh masuk"

"Excuse me, he is my boyfriend! So what's the problem, huh?" Balas Sarah Eryna selamba. Ini jika pekerja-pekerja lain teedengar, pasti akan tersebar fitnah mengenai hubungan mereka.

Amirul Zikrie tergelak. Lawak budak ni. "Sorry kalau kau tak tahu lagi. Ni mesti tak dijemput datang majlis kahwin Amsyar kan. He's not your boyfriend. He's Sarah Nia's husband" perli Amirul Zikrie dengan wajah sinis.

"So, what?! Aku kesah apa dia suami orang ke tak? Kau blah boleh tak. Yang kau menyemak dekat sini apahal?" Bentak Sarah Eryna sambil menghentak-hentakkan kakinya. Naik darah dengan lelaki di hadapannya itu.

"Buat apa dekat sini? Aku dekat sini dengan segala hormatnya ingin menghalau kau pergi dari sini. Jangan kacau Amsyar. Dia tak nak diganggu. Terutamanya dari kau" balas Amirul Zikrie lagak msmpersilakan Sarah Eryna pergi.

Sarah Eryna mencerlung tajam. Dia bercekak pinggang. Dia geram betul dengan lelaki di hadapannya itu. Apa hubugan dia dengan Nia? "Bukan tugas kau untuk halau aku! Dah sana, aku nak masuk" dia cuba menolak tubuh sasa Amirul Zikrie malangnya gagal. Kudratnya dengan kudrat Amirul Zikrie berbeza dan terang lagi bersuluh Amirul Zikrie lagi kiat daripadanya.

"Kau tak faham bahasa Melayu ke?"

"Eh, sepatutnya yang halau aku P.A Amsyar tau. Yang kau halau aku ni kenapa? Tak cukup kerja ke sibuk nak tolong halau aku?" Deras sahaja nafas Sarah Eryna.

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now