BAB 19 - Lari

11.9K 459 5
                                    

TERASA pantas sahaja waktu berlalu. Hari ini, Sarah Nia akan diakad dan diijab kabulkan sekaligus menjadi hak kepada lelaki itu, iaitu Harris Amsyar. Kelak, dia bukanlah remaja lagi. Panggilan dari 'Cik' turut akan bertukar menjadi 'Puan'. Dia tidak boleh bersikap keanak-anakkan lagi. Itulah antara pesanan yang dititipkan buat Sarah Nia oleh Puan Zunaida buat anak kesayangannya itu.

Sarah Nia menghembuskan nafas berat. Dia sedang disolek oleh mak andam yang ditempah khas oleh Datin Suhaila. Matanya sedang terpejam mengikut arahan mak andam. Dia seperti cacing kepanasan. Kakinya dari tadi tidak duduk diam. Sekejap disilang, sekejap bergerak-gerak. Tiba-tiba darah gemuruhnya datang.

"Nia, boleh duduk diam tak? Aku tengah touch-up kau ni. Habis comot nanti" bebel Rina selaku mak andam Sarah Nia. Rina juga adalah rakan sekelasnya semasa sekolah menengah dahulu.

Muka Sarah Nia sudah bertukat pucat. Bibirnya bergerak-gerak seperti ingin mengungkap sesuatu tetapi tidak terkeluar melalui kerongkongnya.

"Kau ni kenapa? Rileks lah..."

"Weh... Hmm... Kau rasa okey tak kalau aku lari sekarang? Lagipun aku bukannya sukakan dia. Apa kau rasa?" Soal Sarah Nia laju.

Tiba-tiba dia terasa kepalanya disekeh. Habis senget mahkota di atas kepalanya itu. Terus dia membuka matanya. Dia memandang Rina dengan wajah hairan.

"What?" Soal Sarah Nia hairan sambil membuat mimik muka.

"Aku rasa kau dah gila! Kau gila ke apa nak tinggal majlis last minute macam ni? Apa kau fikir kau tengah main pondok-pondok? Kau duduk sini diam-diam. Kau lari, kau tahulah apa aku nak cakap dekat mak dengan mertua kau tu" marah Rina. Kemudian solekan diteruskan tanpa menghiraukan wajah cemberut Sarah Nia.

Sarah Nia mengembungkan pipi sambil mulut dimuncungkan. Tak akan salah kut? Lari je pun, nanti dah habis tu aku datanglah balik. Ada lagi dua puluh minit. Sempat apa... Omel hatinya.

Tok... Tok... Tok!

"Masuklah!" Rina menjerit kecil.

"Rina, dah siap belum touch-up Nia?" Kelihatan kepala Puan Zunaida terjegul di balik pintu.

Rina tersengih. "Lagi sikit je aunty. Lagipun muka Nia ni sesuai natural make-up je aunty. Tak payah nak tebal berinci-inci tu. Sekejap eh..."

"Hmm... Yelah. Tapi cepat sikit tau, lagi lima minit pengantin lelaki dah nak sampai" balas Puan Zunaida sebelum menutup pintu.

Lima minit? Aduh... macam mana aku nak larikan diri ni!! Jerit hatinya.

"Okey, dah! Sekarang kau dah boleh tengok cermin" ujar Rina sambil tersenyum manis.

Perlahan-lahan Sarah Nia menoleh ke arah cermin di kanannya. Terkejut sakan dia apabila melihat wajahnya itu. Dia memegang kedua-dua belah pipinya sambil mulut terlopong. Terus dia berlari ke arah cermin. Merapatkan wajahnya ke arah cermin untuk melihat dengan jelas wajahnya itu.

"Hoi! Kau kenapa? Buruk ke cantik?" Sergah Rina dari belakang. Cuak dia apabila mendapat reaksi sebegitu. Risau juga kalau-kalau Sarah Nia ingin memadam kembali solekan itu. Sudahlah lama dia make-up gadis itu.

Tergagap-gagap Sarah Nia membalas. "C... Ca... Cantik! Ya Allah cantiknya aku, Rina! Betul ke ni aku, weh? Ke bunian ni?" Soal Sarah Nia laju.

"Ish... Bengonglah kau ni. Mestilah kau. Ke kau ada 'membela?' " Rina tergelak kecil.

Sarah Nia tidak menghiraukan guraun Rina. Dia terus-terusan menilik wajahnya di cermin sambil terjerit kecil. "Terima kasih tau Rina! Terima kasih... Sangat-sangat!" Ucap Sarah Nia terlampau ceria lalu memeluk tubuh rakannya itu erat.

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now