BAB 54 - Banjir Dekat Bilik

5.4K 193 4
                                    

BILIK kerja arwah Encik Hasry yang sudah lama tidak digunakan Sarah Nia tenung dengan pelbagai rasa. Dia perlu mencari bukti yang membawa dia kepada si pembunuh. Dia perhati dengan lama. Nak masuk ke tak? Jam dinding dikerling. Sekarang adalah pukul 2 pagi dan penghuni rumah agam ini semuanya telah tidur. Dia di sini pula sedang keliru.

"Ah! Kau masuk jelah sebelum ada orang lain nampak" gumam Sarah Nia perlahan.

Perlahan-lahan dia memusing tombol pintu. Tidak mahu mengejutkan penghuni di dalam rumah itu. Setelah tombol dipusing, dia menolak perlahan daun pintu bilik itu.

Klik!

Sarah Nia menekan suis lampu pendaflour dan sekaligus cahaya menerangi ruang itu. Ternyata ruang di dalam bilik ini tiada satu pun ynag berubah. Tiada satu pun yang tidak teratur. Pasti ibunya sentiasa mengemas bilik ini.

Dia menghalakan kakinya ke meja kerja yang suatu ketika dahulu pernah dihuni Encik Hasry. Meja kerja itu dia pandang dengan rasa hiba. Dulu, di sinilah tempat dia selalu mengacau abahnya ketika dia bosan. Di sini jugalah abahnya mengajar dia tentang ilmu agama. Tubir mata terasa panas namun dengan pantas dia mengesat. Sekarang ini dia ingin fokus untuk mencari senarai jemputan enam belas tahun lalu. Dia tidak pasti sama ada senarai itu masih wujud atau pun tidak. Dia hanya bertawakal kepada Allah semoga diberi petunjuk untuk mengesan si pembunuh.

Laci di bawah meja kerja itu dia tarik berhati-hati kerana laci ini mungkin sudah rapuh. Lagipun tidak diganti lebih enam belas tahun sejak pemergian abahnya. Di dalam laci tersebut, terdapat banyak buku-buku agama dan dokumen guru. Dia menyelongkar lagi. Tiada apa-apa yang boleh dijadikan maklumat. Sarah Nia masih tidak berputus asa. Dia kemudiannya membuka laci kedua.

Di dalam laci kedua tersebut terdapat satu album gambar yang sederhana besar dan satu kotak yang sudah berhabuk. Seolah-olah tiada sesiapa yang tahu kewujudannya sebelum ini. Dengan pantas dia mengambil kotak dan album gambar tersebut lalu dilabuhkan punggungnya di kerusi di hadapan meja kerja tersebut. Dia membuka kotak yang sudah berhabuk itu memandangkan objek itu yang lebih menarik perhatiannya. Dia langsung tidak menyangka bahawa di dalam kotak tersebut terdapat banyak gambar Puan Zunaida berserta helaian kertas yang jika dikumpul boleh dijadikan sebagai satu jurnal ringkas.

Setiap helaian kertas itu mempunyai tarikh-tarikh tertentu dan ditulis oleh abahnya sendiri, Encik Hasry. Dia memang kenal sangat dengan tulisan menyerong abahnya dan kerana itulah dia turut mempunyai tulisan seperti abahnya. Dia mengeluarkan semua kertas-kertas tersebut manakala gambar ibunya dia biarkan di dalam kotak tersebut. Sebelum dia menyusun mengikut tarikh yang telah tercatat, dia memandang ke arah pintu bilik tersebut. Dia risau jika ibunya atau suaminya tiba-tiba muncul. Setelah pasti mereka tiada, dia dengan tekun dan sabar menyusun kertas-kertas tersebut.

Hampir 30 minit dia menyusun dan akhirnya siap juga. Jumlah helaian tersebut adalah sebanyak 20 helai. Dari tarikh 21 September 1989 hingga 29 August 1993. Sarah Nia memulakan bacaannya. Helaian pertama pada tarikh 21 September 1989 dibaca.

21 September 1989

Di sini aku mulakan perjalanan hidupku. Pada hari pertama aku di UM, aku tiada kawan sehinggalah seorang lelaki dan dua orang perempuan bertudung menegurku. Mereka kelihatan rapat. Mungkin mereka juga baru berkenalan. Seorang demi seorang memperkenalkan diri mereka kepadaku. Lelaki sasa itu ialah Hisham, gadis bertudung yang sedikit tinggi itu ialah Suhaila dan gadis kecil molek itu pula ialah Zunaida. Tetapi aku sangat tertarik dengan gadis ayu itu, Zunaida. Aku memasang niat untuk mengenali gadis itu dengan lebih rapat.

Sarah Nia berhenti membaca setelah helaian pertama habis dibacanya. Dia terfikirkan sesuatu. "Ouhh... Dari sinilah abah dan ibu rapat dengan parents Amsyar. Patutlah beria-ria suruh Amsyar kahwin dengan aku" omelnya sendirian.

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now