BAB 23 - Moonlight

7.8K 313 12
                                    

Disarankan part lagu tu, korang dengar audio yang saya dah letak kat atas ni 😄 Saya ubah lirik dia. Cuba sesuaikan ye dengan rentak. 😜 Enjoy!

◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇ ~~~ ◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇

SARAH NIA sedang memegang mikrofon. Dengan wajah ceria, dia mula mendekatkan bibirnya ke permukaan mikrofon. "Lagu ni, saya tujukan khas untuk abah saya. Sempenan hari lahir abah saya yang ke-45. Terima kasih bah, sebab jaga Nia dari kecil sampai besar. Pengorbanan abah tak terbalas. Tapi Nia akan cuba untuk menjadi anak yang terbaik untuk abah. Nia sayang Abah!" Ujarnya seikhlas hati. Seluruh isi dewan terdiam. Terharu dengan ucapan Sarah Nia mungkin.

Dia mula menekan papan piano mengikut rentak. Matanya dipejamkan. Menghayati alunan muzik yang dihasilkan. Suara mula dilantunkan. Mengiringi alunan piano.

The sun is setting in his eyes
Here by my side and he started singing
But i won't sleep early tonight
Every voice every song makes me wanna dance

I be lovin' on you father
Stay the way you are cause
I never knew I never knew
You could have moonlight in your voice 'till the night you sing me
In the moonlight

Sarah Nia membuka matanya dan memandang wajah abahnya. Air mata mulai bergenang di tubir matanya. Senyuman manis terukir indah di bibir.

I kiss him everyday as a wish and he's my father forever
He's giving me a star with some diamond in his eyes
Put my lips on his hands makes me feel don't wanna lose him

I be lovin' lovin' father
And i just can't stop cause
I never knew I never knew
You could have moonlight in your voice 'till the night you sing me
In the moonlight... moonlight

He is so bossy
He makes me smile
Resolute like a lion
But he such a man

He knows just what it does
When he's holding me tight
And he calls me moonlight too!

Sarah Nia mengakhiri nyanyiannya dengan menekan rentak terakhir di papan piano.

Satu tepukan gemuruh diberikan kepada Sarah Nia sebaik selesai sahaja nyanyian merdunya diatas pentas sekolah. Ramai pelajar lelaki bersiul. Pelajar perempuan hanya terpegun. Selama ini mereka tidak pernah dengar suara Sarah Nia. Hari ini adalah kali pertama.

Encik Hasry yang mendengar turut bangun dan memberikan tepukan gemuruh buat anak perempuannya itu. Dia berasa sangat terharu dengan nyanyian Sarah Nia buatnya.

Cikgu Razif berjalan ke atas pentas. "Ya baiklah, itulah nyanyian dari pelajar cemerlang kita, Sarah Nia untuk abahnya, Encik Hasry. How sweet! Nyanyian yang sangat merdu. Nanti nyanyikan untuk saya pulak ye" gurau Cikgu Razif.

"Tak semerdu Mak Jemah" balas Sarah Nia sambil tersengih.

Mak Jemah yang sedang menyapu sampah di tepi dewan terus memandang ke arah pentas. "Amboi... Budak bertuah ni. Perli-perli Mak Jemah pulak ye! Tahulah suara Mak Jemah sedap macam siapa tu? Yang penyanyi dangdut tu. Cita Cita tu. Haa... Jeleslah tu!" balas Mak Senah kuat sampai seisi dewan mendengarnya.

"Cita Citata, lah Mak Jemah!" Sarah Nia tersengih. Terhibur pula.

Satu dewan tergelak mendengar perbualan antara mereka berdua.

Sarah Nia yang berbaju kurung sekolah itu menghalakan pandangannya ke arah Puan Zunaida dan Encik Hasry hanya tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya.

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now