BAB 60 - Semimembranosus

5K 196 5
                                    

SARAH NIA bergegas masuk ke dalam bilik wad Amirul Zikrie diikuti Harris Amsyar dan Puan Suhaila setelah pembedahan selesai dijalankan. Dia benar-benar risau dengan keadaan abang susuannya itu. Disebabkan tiada belas ihsan, Dato' Hisham tanpa rasa serba salah menembak peha lelaki itu. Ikhwan Hakim pula sedang selesaikan kes Dato' Hisham di balai.

Dengan mata yang masih sembab dan hidung yang sedikit kemerahan, Sarah Nia menghampiri katil Amirul Zikrie. Di kaki kiri Amirul Zikrie, sudah dibalut dengan kain putih. Dia masih tidak sedarkan diri akibat kehilangan banyak darah. Doktor kata, mungkin esok dia akan terjaga setelah dimasukkan air ke dalam badan Amirul Zikrie.

"Ibu, ibu baliklah ye. Biar Nia yang jaga Zike" sapa Sarah Nia lembut dari arah belakang setelah memasuki pintu. Dia melihat Puan Zunaida yang tersengguk-sengguk di tepi katil Amirul Zikrie.

Puan Zunaida terus berpaling ke arah Sarah Nia lalu tersenyum nipis. "Tak apalah, Nia. Biar ibu yang jaga Amirul. Nia baliklah, berehat" tolaknya lembut.

Sarah Nia tersenyum. Ibunya memang baik. Dia menggeleng perlahan dan menyentuh bahu kanan Puan Zunaida. "Nia tak kisah bu, Nia tak penat lagi. Lagipun, Nia dengan Amsyar baru sampai. Memang niat nak jaga Zike malam ni. Ibu baliklah dulu. Ibu mesti mengantuk" balas Sarah Nia pula.

Mendengar ujaran Sarah Nia, Puan Zunaida tergelak kecil sambil menggeleng-geleng kepala. "Tak apalah, kita bereempat jaga Amirul ye?"

Sarah Nia tersenyum. "Okay bu, boleh je" Dia teringat kata-kata doktor kepadanya setelah dia sampai ke hospital ini. Dia semakin kasihan dan sedih apabila mendapat tahu kecederaan teruk yang dialami Amirul Zikrie ketika ini.

"Doktor, abang saya tak apa-apa?" Soal Sarah Nia risau kepada doktor yang ditugaskan menjaga Amirul Zikrie. Di samping Sarah Nia juga masih berdiri setia Harris Amsyar.

Doktor tersebut diam seketika lalu mengeluh berat. "Macam ni puan, seperti yang kita tahu, peluru tersebut amat berbahaya dan boleh membayakan nyawa seseorang dan syukur peluru itu hanya terkena pada bahagian peha. Tapi... Akibat tembakan tersebut, salah satu otot utama pada kaki pesakit telah koyak teruk, iaitu otot semimembranosus. Lutut pesakit mungkin tidak boleh dibengkokkan melebihi 30° atau 40°. Pesakit juga mungkin akan merasai sakit ketika hendak meluruskan kaki" terang doktor itu teliti. Dia ingin Sarah Nia dan keluarganya memahami keadaan pesakit dan tidak memaksa pesakit untuk melakukan aktiviti yang tidak sepatutnya.

Sarah Nia menekup mulutnya. Kasihannya Amirul Zikrie! Bergenang air matanya. Dia tidak boleh lemah. Dia harus kuat demi Amirul Zikrie. Dia mengambil nafas dalam-dalam dan bertanya. "Baiklah doktor, saya faham. Sebelum saya beredar, boleh saya tahu pantang larang pesakit selepas pembedahan ni?"

Doktor tersebut mengangguk kepala dan membalas. "Selepas pembedahan dijalankan, pesakit tidak digalakkan untuk melakukan aktiviti lasak dan berat bagi mengelakkan kecederaan berulang pada otot. Pesakit boleh mulakan dengan aktiviti ringan dahulu. Untuk berjalan, pesakit amat digalakkan untuk menggunakan tongkat ketiak"

Sarah Nia dan Harris Amsyar hanya mengangguk faham. Mereka telah habis bicara. Lalu doktor meminta diri dan mereka terus bergegas masuk ke dalam bilik wad Amirul Zikrie.

KEESOKKAN harinya, suasana di dalam bilik wad itu sunyi sepi. Tubuh Sarah Nia yang tertidur di sisi katil Amirul Zikrie manakala tubuh Puan Zunaida pula nyenyak tidur di atas sofa panjang di dalam wad persendirian itu mungkin kerana kepenatan. Harris Amsyar pula keluar seketika untuk membeli makanan dan Puan Suhaila masih di surau meratapi pengakhiran kisah cintanya. Memang awal pagi ini masih tiada orang yang berada di surau.

Tiba-tiba Sarah Nia terjaga. Dia memandang sekeliling. Ibunya sedang tidur. Dia mencari bayang suaminya. Tiada. Di manakah Harris Amsyar? Dahinya berkerut memikirkan kemungkinan tempat lelaki itu berada ketika ini. Puan Suhaila juga tiada di situ. Ke mana mereka pergi? Tangannya masih erat menggenggam tangan Amirul Zikrie. Sedang dia berfikir, tiba-tiba dia merasakan pergerakan pada jari Amirul Zikrie.

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now