BAB 9 - Siapa Kata Tak Suka?

15.3K 542 16
                                    

La-la, la nahtajul ma-la,
Kai nazdada jama-la,
Jauharna huna,
Fil qolbi tala-la!

LAGU Kun Anta yang disetkan untuk menjadi muzik alarm kedengaran kuat di gegendang Sarah Nia.

"Huargh! Hari ahad cuti! Cuti daripada segala cengkaman Si Mamat Kerek. Ahhh! Bahagianya!" Sarah Nia menjerit kepuasan. Dia terpisat-pisat menggosok matanya sambil menggeliat. Telefon bimbit dicapai lalu butang berhenti ditekan. Dia berjalan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.

Seusai menunaikan tanggungjawab kepada Sang Pencipta, dia menuruni tangga dan menuju ke dapur untuk meninjau sarapan apa yang disediakan oleh ibunya.

Sarah Nia melihat Puan Zunaida sedang menggoreng nugget tempura sebagai sarapan pagi. Langkahnya dituju ke belakang tubuh ibunya dengan perlahan-lahan lagak seperti seorang pembunuh. Sampai sahaja di belakang tubuh ibunya, dia terus mencuit pinggang ibunya.

"Eh mak kau cacing empat puluh ekor!" latah Puan Zunaida. Perkara itu spontan berlaku apabila dia disergah sebegitu. Sudip yang digunakan untuk mengacau nugget sudah terlepas dari tangan. Nasib baik jatuh di dalam kuali. Kalau jatuh ke kaki, tak tahulah apa akan jadi.

"Hahaha!" Sarah Nia mentertawakan ibunya. Perutnya ditekan-tekan kerana terlampau lawak. Eksperesi muka yang ditayangkan kepadanya tadi sungguh menggeletek hatinya tetapi tidak Puan Zunaida. Menyampah lagi adalah!

Puan Zunaida mendegus kecil. "Hish, Nia ni kan! Sakit jantung ibu ni tau. Tapi sakit lagi hati ibu ni" memuncungkan mulut. Sudahlah terkena dengan anak sendiri, selepas itu digelakkan pula.

Sarah Nia masih tidak berhenti mentertawakan ibunya. Masih mahu menyakat ibunya. "Empat puluh ekor!" Sarah Nia menuding jari ke arah ibunya sambil tawanya kedengaran semakin kuat. Air matanya hampir sahaja terkeluar.

"Suka hati ibu lah nak cakap berapa ekor pun. Sibuk je!" Puan Zunaida terus mengetuk kepala dengan sudu besi yang terletak berhampiran dengannya itu.

Tawa Sarah Nia mulai reda. Tambah-tambah apabila diketuk ibunya tadi. Takut pula ibunya tersinggung. "Jangan marah-marah ibu. Orang dulu-dulu kata, kalau kita cepat marah, nanti cepat tua" sakatnya seraya mencubit pipi kanan ibunya. Comel, walaupun sudah berumur.

"Apa yang kamu nak risaukannya? Ibu dah tua dah pun. Ha, apa lagi yang kamu nak cakap?" balas Puan Zunaida bersahaja. Dia bercekak pinggang sambil mengangkat-angkat keningnya menunggu bicara seterusnya dari Sarah Nia.

"Er... hah! Nantikan ibu, takde mana-mana lelaki pun nak dekat Nia bila dapat tahu ibu mertua diorang tu garang" masih ingin membalas bicara ibunya.

"Aik? Dah ada calon ke Nia oii! Kamu tu calon pun takde, so janganlah risau. Dah ada calon nanti barulah ibu lembut. Takde calon, ibu jadi garang. Kalau tak, asik kena buli je dengan anak dara ibu ni. Esok-esok kalau kamu dah kahwin, suami kamu pula kena buli. Ibu dah duk relaks je" bebel Puan Zunaida panjang lebar.

"Eh, ibu ni. Nia tak nak kahwin sampai tualah. Dapat buli ibu hari-hari!" Pinggang Puan Zunaida dicuit sekali lagi sebelum melarikan diri ke ruang tamu.

"Eh mak kau terlajak tua!" Puan Zunaida melatah. "Nia!!!" Geram dia hari-hari jika terus-terusan begini. Mahu terkeluar anak tekaknya kerana menjerit nama anak gadisnya itu hari-hari.

Puan Zunaida menghembus nafas berat. Kepalanya digeleng-geleng sambil tersenyum kecil. Dia kembali menumpukan perhatian kepada nugget tempuranya yang sudah garing. Nugget tempuranya yang sudah garing diletakkan ke dalam penapis sebelum dialihkan ke dalam pinggan.

Sambil tu, Sarah Nia kembali menapak ke dapur untuk menolong ibunya. Dia membancuh air teh untuk digandingkan bersama sarapan mereka yang lagi beberapa minit akan dijamah. Sebenarnya, Sarah Nia tidaklah sekasar mana pun. Cuma mengacah kasar sahaja. Dia masih reti memasak. Tetapi, berdasarkan percakapan dan pakaian dia sahaja yang menunjukkan dia seperti tomboy. Peribadi dia, okay aje. Boleh memasak lagi kau! Choi!

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now