BAB 58 - Kenyataan Yang Memedihkan

3.8K 174 11
                                    

SETELAH mendapat keizinan Harris Amsyar, berjaya juga dia berjumpa dengan abang-abangnya itu. Dia menghampiri meja yang diduduki Amirul Zikrie dan Ikhwan Hakim dengan sengihan. Dia tahu dia sudah terlewat 10 minit.

Sarah Nia menoleh sekilas ke arah kereta BMW Harris Amsyar lalu melambaikan tangan. Harris Amsyar benar-benar ingin memastikan dia selamat sampai jadi dia sendiri yang menawarkan diri untuk menghantar Sarah Nia ke restoran lima bintang tersebut. Restoran tersebut sudah ditempah hanya untuk mereka bertiga. Tidak dibenarkan sesiapa masuk sehinggalah mereka bertiga beredar.

"Sampai pun cik adik ni" tegur Amirul Zikrie dengan senyuman mengusik.

Sarah Nia menarik kerusi sambil tersengih serba salah. "Sorry ye lambat" ujarnya sambil merapatkan kedua-dua tapak tangannya. Ini kerana Harris Amsyar lah ni. Sempat pula suaminya itu buat drama romantik di rumah sebentar tadi.

"Dimaafkan. Okay, duduklah" ujar Ikhwan Hakim sambil tergelak kecil.

"So, macam mana? Ada dapat maklumat baru untuk jejak suspek?" Soal Sarah Nia terus ke pokok perjumpaan. Dia memandang wajah Amirul Zikrie dan Amirul Zikrie menggeleng lemah. Dia melihat wajah Ikhwan Hakim dan Ikhwan Hakim mengangguk. Tetapi anggukan lemah.

"Apa yang abang jumpa?"

Ikhwan Hakim mengeluh berat. Seusai itu dia meletakkan sampul coklat di atas meja. Wajahnya sudah bertukar serius. Sekejap betul emosinya berubah.

Amirul Zikrie dan Sarah Nia berpandangan sebentar. Hati mereka tertanya-tanya adakah Ikhwan Hakim juga mengupah orang untuk mengesan pembunuh Encik Hasry?

"Apa ni?" Sarah Nia menyoal tidak sabar. Tangannya pantas mengambil sampul tersebut dan mengeluarkan isi kandungannya. Dengan mata membulat besar dia memandang wajah Ikhwan Hakim. "Are you telling me that papa was murdered abah?!" Dia sungguh terkejut sekarang ini. Tetapi apakah sebab relevan Dato' Hisham membunuh abahnya?

"Hah?!" Kali ini Amirul Zikrie pula yang terkejut beruk. Laju sahaja dia merampas sampul coklat di tangan Sarah Nia untuk melihat sendiri maklumat itu dengan mata kepalanya. Dia meraup kasar rambutnya. "Kenapa dia nak bunuh abah? Mana kau dapat maklumat ni? Sahih ke tak?"

Ikhwan Hakim turut terbeban dengan jawapan ini. Dia mengeluh berat. "Maklumat ni sahih sebab aku jumpa sendiri dengan orang yang dia upah tu dan aku ugut dia. Aku suruh dia bagitahu siapa yang upah dia kalau tak nak aku bunuh dia. Lepastu dia bagitahu yang Dato' Hisham yang upah dia. Balik tu, aku terus check semua data mengenai Dato' Hisham. Malah aku sendiri yang upah orang untuk cari semua bukti untuk pembunuhan tu" terang Ikhwan Hakim keras. Terselit sedikit getaran di dalam suaranya.

Amirul Zikrie dan Sarah Nia sekali lagi berpandangan. "Aku dan Nia dah cuba cari petunjuk untuk kesan suspek. Tapi tak jumpa sampai sekarang. Nia hanya jumpa kotak rokok Insignia dan ada gambar kahwin ibu dan abah dalam kotak rokok tu. Aku pula dapat hint suspek adalah dalam kalangan sedara-mara atau kawan rapat. Kau pula jumpa petunjuk apa?" Soal Amirul Zikrie dengan nada serius.

"Aku jumpa bekas letak peluru pistol jenis Beretta 92 dan ada cap jari dekat bekas letak peluru tersebut. Aku suruh polis yang aku upah untuk check kesamaan cap jari pada bekas letak peluru tersebut dengan cap jari pada passport Dato' Hisham. And boom! Sama dan ini menguatkan lagi bukti bila aku ternampak sendiri yang Dato' Hisham simpan pistol Beretta 92 dekat dalam tuksedo dia dan aku juga selalu nampak dia guna rokok jenis Insignia" terang Ikhwan Hakim sambil memandang wajah Sarah Nia sekilas. Dia melihat wanita itu sedari tadi hanya menunduk ke bawah dengan wajah amarah.

"But how? You never meet him" bidas Sarah Nia cuba menolak kenyataan.

"Siapa cakap? Abang selalu terserempak dengan dia dekat ofis. Dia kan CEO's father of Herz Holdings. Of course dia selalu datang ofis dan abang pula kan ada projek dengan HH. Masa abang jalan dari arah depan, dia terselak sikit tuksedo dia dan abang nampak pistol dan abang yakin tu pistol jenis Beretta 92"

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now