BAB 28 - Putih dan Darlie

5.3K 227 4
                                    

Diary Sarah Nia...

Putih. Bermaksud aman.
Apa yang dapat aku lihat dekat kau, kau suka perhatikan gigi aku.

Ok fine. Aku tahu gigi aku putih, tapi macam yang kau cakap, gigi aku tak seputih duta darlie.

But baby, next time aku akan pastikan gigi aku lagi putih dari duta darlie.

Sorry, for the first time, aku melalut dalam diary aku.

_________________________________________

KASUT kulitnya diletakkan di rak kasut rumah Puan Zunaida. Sejurus itu dia mengetuk pintu utama rumah itu tiga kali sambil mengucapkan salam. "Assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam..." Harris Amsyar terdengar sahutan dari dalam rumah. Automatik senyuman tersungging di bibirnya.

Krekk...

"Cak!" Sarah Nia mempamerkan perangai 360 darjahnya sambil gigi putih bersihnya dihadiahkan kepada suaminya.

   "Cak!" Sarah Nia mempamerkan perangai 360 darjahnya sambil gigi putih bersihnya dihadiahkan kepada suaminya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Reaction Harris Amsyar)

Sejurus itu Harris Amsyar menaikkan bibirnya, pura-pura menyampah. "Tahulah gigi tu putih, tapi still tak dapat kalahkan keputihan gigi duta darlie tu" Harris Amsyar menjelirkan lidahnya kemudian berjalan meninggalkan Sarah Nia di tepi pintu.

Pintu yang terkuak terus ditutup rapat. Sarah Nia mencebik. "Ee... mamat botak ni, buat penat aku je jatuhkan maruah pergi buat benda-benda macam tu. Kalau aku tahu tadi, baik aku pergi tengok tv. Lagi best" Sarah Nia membebel seorang diri sambil bercekak pinggang menghadap langkah yang dituju Harris Amsyar sebentar tadi.

Puan Zunaida yang mengintai dari dalam bilik hanya ketawa terkekeh-kekeh. Lucu pula anak dan menantunya dulu. Teringat pula zaman perkahwinannya dengan Encik Hasry, suaminya. Perlahan-lahan dia menutup pintu biliknya.

Harris Amsyar di dalam bilik sedang membuka ikatan tali leher serta kemejanya dengan suka hati. Suka hati sebab apa? Sarah Nia punya fasallah! Tak pernah-pernah buang tabiat macam tadi. Hahahaa... hatinya berdekah-dekah apabila Sarah Nia buat 'cak' sebentar tadi. Tapi dia hanya menahan sahaja. Nasib baik tak terlepas. Kalau tidak, tak jadilah rajuk dia tu.

Dia menghenjut lalu membaringkan tubuh badannya di atas katil empuk biliknya. Jam tangan yang elok terletak di pergelangan tangannya dibiarkan. Malas pula. Kedua-dua tangannya disilang ke belakang, posisi tangan di bawah kepala. Bebola matanya melilau-lilau melihat siling biliknya yang berwarna ungu cair itu. Entah apa yang menarik pun tak tahulah. Yang pasti, kipas yang tidak berupa itu sedang ditenungnya seperti cinta pandang pertama.

"Senyuman dia, muka dia. Dari dulu tak pernah berubah. Still aku admire" sengih Harris Amsyar.

Dari luar pintu, seperti ibunya juga, Sarah Nia sedang mengintai. Anak-beranak, faham-faham jelah. Dia menekup mulutnya menawan tawa.

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now