BAB 40 - 6 Hari Lagi

5.3K 213 8
                                    

"JAZLINA, kau nak pergi mana tu?!" Jerkah Datin Hairiah, ibu kandungnya. Suara lantang Datin Hairiah kedengaran. Macam nak bagi gegar satu rumah je.

"Jumpa kawan" balas Jazlina dingin. Dia terus melangkah keluar dari rumah itu walaupun masih kedengaran suara Datin Hairiah sedang membebel.

Tch! Menyusahkan. Hari-hari membebel je kerja. Mulut tu tak penat ke pot-pet pot-pet 24 jam? Umpat hatinya. Jam dikerling. Pukul 12 malam. Lek, awal lagi.

Hazlina yang berada di tingkat atas terus terjaga akibat suara lantang Datin Hairiah. Dah kalau kuat macam tu, mustahil mimpi indahnya tidak terganggu. Dia terus bangun dari katil dan menuruni tangga untuk mendapatkan ibunya. "Mummy, kenapa bising-bising ni?" Soal Hazlina sambil mengusap-ngusap matanya.

"Kakak Alin tu lah! Macam mana mummy tak bising, kalau hari-hari kakak Alin asik keluar malam je? Kamu cuba tegur sikit dia tu!" Panas di hati Datin Hairiah masih belum surut. Kalau nak diikutkan, mahu sahaja dia menghalau Jazlina keluar dari rumah itu. Tetapi disebabkan kasih seorang ibu, dia masih bertolak ansur.

Hazlina merapatkan dirinya dengan Datin Hairiah. "Mummy jangan marah-marah ye? Nanti Alin tegur Kak Jaz. Alin pun baru tahu Kak Jaz selalu keluar malam. Kalau Alin tahu, dah lama Alin tegur. Dah, sekarang mummy tidur je. Berehat ye mum. Nanti penyakit darah tinggi mummy naik pulak" balas Hazlina tenang. Belakang badan Datin Hairiah diusap-usap lembut. Kalau nak dibandingkan perangai Hazlina dan Jazlina, memang seperti langit dan bumi!

Hati Datin Hairiah sejuk apabila ada juga anak yang pandai berbicara dengan sopan ini. Tidak yang macam lagi sorang tu. Asik menyakitkan hati je. Huh!

"BEB, mummy kau tak marah ke kau keluar malam-malam macam ni?" Gelak Mizan.

Kedengaran rentak Disco kuat di dalam ruangan itu. Jazlina dan Mizan sedang duduk di kerusi tinggi di tepi lantai menari. Mata Mizan meliar-liar melihat wanita seksi yang sedang menari di hadapannya.

Jazlinan turut tergelak. "Dah kalau umur macam tu, membebel jelah kerja. Sakit telinga aku asik dengar dia berleter" balasnya tanpa sedikit pun rasa bersalah apabila telah mengumpat ibu sendiri.

"Jap, kau cakap nak bagitahu benda penting kan?" Ujar Mizan sambil meraup rambutnya ke belakang. Sempat lagi dia mengerdipkan mata ke perempuan seksi di hadapannya. Perempuan tu pun apa lagi, menggeletis lah!

"Still remember Sarah Nia?" Soal Jazlina dengan senyuman sinis.

Dahi Mizan berkerut. "Oh, that girl. Kau ada jumpa dia?" Teka Mizan sambil menegeuk 'air setan' itu. Perempuan itu. Perempuan yang amat dirinduinya.

"Guess what, dia baru kahwin last month" balas Jazlina sambil menolak rambutnya ke belakang bahu.

"What?!" Mata Mizan terbeliak. Jantungnya rasa bagai terhenti. Tak mungkin. Tak mungkin Sarah Nia telah berkahwin. Mustahil!

"And, kau tahu tak dia kahwin dengan siapa!" ujar Jazlina dengan nada terkejut.

Mizan mengangkat kening. Jantungnya sudah rasa macam nak meletup sekarang ini. Takkanlah...

"Harris Amsyar, CEO Herz Hodings merangkap ex-classmate kau dulu"

Sekali lagi jantung Mizan rasa macam nak berhenti berdetak. Matanya terjegil. Benar-benar terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Jazlina itu. Dia menggeleng-geleng kepalanya laju. Tak mungkin! "Ma-mana kau tahu?" Ada getaran di dalam suara lelaki itu.

"I'm Jazlina okay! Semua benda pasal Nia aku tahu. Kau fikir aku apa? Aku ada pasang spy!" Ujar Jazlina bangga sambil mengangkat-angkat kening. Masih tidak perasan dengan perubahan emosi Mizan.

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now