SARAH NIA jalan menuruni tangga rumah Puan Zunaida. Dia mencari-cari kelibat Amirul Zikrie dan Ikhwan Hakim. Kolam renang yang terletak di belakang rumah menjadi tumpuannya sebaik sahaja gegendang telinganya mendengar bunyi riuh-rendah.
Sudah lama dia tidak menghabiskan masa di kolam renang itu walaupun air kolam itu sentiasa bersih kerana auto-clean setiap minggu. Terasa membazir pula dengan tingkahnya selama ini.
Sebaik sahaja Sarah Nia sampai di hadapan kolam renang itu, dia bercekak pinggang sambil kepala digeleng-gelengkan. "Hoi! Apa berenang tak ajak aku ni" sampuk Sarah Nia dicelah-celah suara Amirul Zikrie dan Ikhwan Hakim.
Ikhwan Hakim tersenyum. "Mehlah sini, swim sama-sama. Dah lama tak mandi kolam dengan adik" gamit Ikhwan Hakim.
Sarah Nia memuncungkan mulut. Pura-pura merajuk. Tangan disilangkan di paras dada. "Ha adik datang, baru abang nak ingat. Zike, kau pun sama" provok Sarah Nia sambil langkah mendekati tebing kolam renang.
Amirul Zikrie tersengih. Dia perlahan-lahan menghampiri Sarah Nia yang berdiri di tepi tebing kolam renang itu. "Kau tengah bermesra dengan suami kau. Aku malaslah nak kacau" balasnya.
"Alasan. Aku dengan Amsyar dekat bilik tu bukannya buat apa-apa pun. Lagipun dia tengah busy siapkan kerja dia tu. Kau tahulah dia kan..."
Tiba-tiba idea terpacul di otak Amirul Zikrie. Fikiran nakalnya berfungsi dengan lancar. Berhati-hati dia menghampiri Sarah Nia yang sedang membebel itu. Mulut Sarah Nia ini kalau sudah dibuka, memang tidak akan berhenti sehinggalah disuruh. Perempuan dan membebel memang tidak dapat dipisahkan. Dengan sengihan nakal dia pantas menarik sepasang kaki Sarah Nia dan...
Bedebush!
Sekelip mata Sarah Nia terjatuh ke dalam kolam renang. Dia yang tidak bersiap-sedia untuk apa yang bakal berlaku, terkejut. Sekarang ini, keseluruhan tubuhnya basah. Mukanya terus menjadi merah. "Amirul Zikrie!!" Jerit Sarah Nia sekuat hati. Habis bergema satu rumah.
"Hahahaha!" Ikhwan Hakim dan Amirul Zikrie, kedua-duanya mentertawakan Sarah Nia yang terkial-kial setelah ditarik jatuh ke dalam kolam renang itu.
"Eee, jangan gelak! Siaplah korang. Adik bagitahu ibu" ugut Sarah Nia geram.
"Tak kesah pun!" Semakin galak Ikhwan Hakim mengusik adik kesayangannya.
Sarah Nia mencebik dan mengabaikan dua manusia itu. Alang-alang sudah berada di dalam kolam renang tersebut, dia terus menyelam sehingga ke dasar.
"SAYANG, petang ni twinkle nak keluar dengan abang sekejap tau" ujar Sarah Nia gembira. Tidak sabar rasanya hendak membeli-belah bersama abangnya. Siapa cakap dia tidak suka membeli-belah. Itu dulu! Sekarang dia sudah suka.
Harris Amsyar mengangkat kening. Masih terkesan rasa gembiranya apabila Sarah Nia memanggilnya sayang. "Lama ke sekejap? Pukul berapa? Dekat mana?" Soalnya bertubi-tubi.
"Jap, slowlah sikit. Twinkle keluar tu tak pasti lama ke sekejap. But lama kot" ujar Sarah Nia lalu menjungkit bahu tanda tidak tahu.
"Okay, pukul berapa?"
"Pukul dua petang, lepas solat zuhur dengan sayang" Sarah Nia tersenyum manis.
Harris Amsyar mengangguk lalu bertanya lagi. "Dekat mana?" Haruslah disoal. Soalan utama bagi pasangan suami isteri.
"Midvalley"
"Ouhhh..."
Sarah Nia mengangkat kening. "So, boleh ke tak?"
Harris Amsyar membuat gaya seperti sedang berfikir. "Boleh, tapi kalau sayang nak ikut boleh tak?"
YOU ARE READING
Taming The Bad Girl
Romance"She is a bad girl but I don't care" Mata hazel yang memukau. Senyuman manis. Rambut yang cantik terletak. Cukup membuatkan dirinya menjadi perhatian ramai. Tetapi... Jangan tertipu! Dia baran. Tidak reti mengalah. Kaki taekwondo. Dialah Sarah Nia...