BAB 7 - Macam Lelaki

15.9K 650 6
                                    

SARAH ERYNA berjalan laju ke dalam bangunan Herz Holdings tersebut. Tubuhnya yang tinggi lampai, badan setaraf model antabarangsa, berkulit putih melepak memang sepadan dengan wajah putih mulusnya. Lelaki yang ternampak pasti akan menoleh untuk kali kedua. Potongan baju yang singkat paras lutut memang menjolok mata. Dengan penuh bergaya dan lenggok, dia terus berjalan ke bilik Harris Amsyar.

Tasha yang terlihat Sarah Eryna, terus beriak teruja. Sudah lama dia tidak berjumpa sahabat karibnya itu. "Oh my gosh, Eryna! You look more pretty! Im so jealous"

Sarah Eryna tersenyum lebar. Bangga apabila menerima pujian dari sahabat karibnya itu. "Thanks darling! Eh, aku nak tanya ni, Amsyar ada?" Sengihnya.

Tasha terus tersengih nakal. "Sure. Dia ada dekat dalam tu" dia menjuihkan bibir ke arah bilik CEO.

"Okay, Sha. Aku masuk dulu. Bye!" Sarah Eryna tersenyum simpul berjalan ke bilik Harris Amsyar.

Sarah Eryna sudah berada di depan pintu bilik Harris Amsyar. Tunggu masa sahaja untuk dikuak. Tiba-tiba, dia terdengar perbualan antara Harris Amsyar dengan seseorang. Siapa tu? Dia menekap telinga di pintu tersebut. Melalui penilaiannya, itu suara perempuan. Tetapi kenapa kasar sangat cara dia bercakap?

"Please, Nia. Aku nak kau jadi isteri aku. Please terima. Aku cintakan kau sepenuh hati aku. Tolong... " rayu Harris Amsyar. Kali ini dia terpaksa merendahkan ego asalkan dia dapat memiliki Sarah Nia.

Sarah Nia mendengus kasar. "Kau tak faham bahasa ke? Aku cakap tak nak, tak naklah! Jangan paksa-paksa aku boleh tak? Aku tak sukakan kau lah! Aku tak suka lelaki. Aku benci. Kau faham tak?" Dia menggenggam penumbuk.

"Tapi kau tak boleh benci semua lelaki. Tak semua lelaki sama. Ada lelaki yang tak setia, ada lelaki yang setia. Setiap manusia dicipta lain-lain. Please, Nia. Kau tak boleh seksa perasaan aku macam ni" Harris Amsyar mengeluh berat.

Sarah Nia mula berfikir. Betul jugak. Tak semua lelaki sama. Hatinya berbisik. Sedikit sebanyak dia termakan dengan pujukan Harris Amsyar. Tetapi susah untuk menerima kehadiran lelaki di dalam hidupnya kembali. Maaf Harris. "Aku tetap tak nak kahwin dengan kau. Kau boleh pilih perempuan lain. Bukan aku. Dahlah, banyak lagi kerja yang aku kena buat. Aku keluar dulu" Sarah Nia menundukkan sedikit tubuhnya ketika sedang berjalan di hadapan Harris Amsyar sebagai tanda hormat.

Sarah Eryna yang terdengar perbualan itu terus mendengus kecil. Amsyar nak kahwin? Kahwin dengan perempuan lain? Oh, no! Aku tak boleh biarkan. Gumamnya.

Sarah Nia yang sedang menguak pintu langsung tidak perasan akan kehadiran Sarah Eryna yang berada di sebelah pintu itu. Baru sahaja dia ingin melangkah meninggalkan ruang itu, tiba-tiba tubuhnya ditolak kasar ke dinding. Dahinya berkerut. Siapa berani tolak aku ni? Memang carik nahas betullah! Dia mengetap giginya. Seraut wajah di hadapannya dijeling tajam. Eh, jap. Aku rasa macam kenallah dia ni. Dekat mana eh?

Dahi Sarah Eryna juga berkerut. Perempuan ni. Kejap, dia bukan anak mak long ke? Sarah Nia. Yes, nama dia. Nia. Fikir hatinya. Senyuman terus terukir di bibir. Lebih kepada senyuman sinis.

"Hello... my name is Sarah Eryna. Remember me?" Dia tersenyum mengejek. Pipi kanan Sarah Nia ditepuk-tepuk.

Sarah Nia menggempal kedua-dua tangannya. Fuh! Sabar Nia, sabar. Perempuan ni memang macam ni dari dulu. Perempuan ni mesti tak tahu yang aku ni pandai berlawan. Baik aku duk diam je. Nanti mencabar kesabaran aku pulak. Okey, calm down. Bicara hatinya. Dia tidak menunggu lama. Tanpa sebarang jawapan, dia terus menepis tangan Sarah Eryna yang menghalang jalannya. Dia melangkah meninggalkan perempuan yang bernama Sarah Eryna itu terkial-kial keseorangan.

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now