BAB 59 - Sakit, Perit, Pedih!

5.6K 216 10
                                    

Anda sangat digalakkan untuk mendengar lagu di atas ketika part Sarah Nia sedih masa kenduri malam tu. Untuk mendapat feeling yang sama macam Sarah Nia ;') *sedih* (even lagu takde mengena ngn situasi, tp music dia lebih membuatkan korang rse nak melalak)

♥♥♥♥♥

PAGI itu, Sarah Nia menghubungi keluarganya dan keluarga Harris Amsyar untuk datang ke rumahnya. Dia ingin mengadakan majlis makan-makan seperti yang telah dirancang bersama abang-abangnya semalam.

Seusai dia menghubungi ahli keluarga yang ingin dijemputnya, dia berdiri di balkoni. Pandangannya lurus ke hadapan. Sibuk memikirkan kebenaran yang tersingkap. Lama-kelamaan hatinya menjadi sakit. Dia berharap agar tiada lagi kebenaran yang akan menggoncang pendiriannya.

"Twinkle, termenung apa tu?" Sapa Harris Amsyar yang sedang berjalan ke arahnya. Dia pelik mengapa perangai isterinya berubah sejak semalam. Mungkinkah dia ada masalah yang disembunyikan?

Sarah Nia tersentak. Lamunannya terus melayang terbang. Dia memusingkan badannya menghadap Harris Amsyar dan mengukirkan senyuman. Senyuman yang dia sendiri tidak pasti adakah ikhlas atau sebaliknya. "Twinkle teringat masa kita sebelum kahwin je" bohongnya untuk kesekian kali. Aduhai, banyaknya dosa menipu aku!

Harris Amsyar tersenyum manis. Dia menghampiri tubuh Sarah Nia dan memeluk pinggang isterinya lalu dia menundukkan wajahnya sedikit. "Terkejut kan, rupa-rupanya lelaki yang selama ni twinkle tolak akhirnya jadi suami twinkle jugak" usiknya lalu tergelak kecil.

Sarah Nia menumbuk dada Harris Amsyar perlahan. "Dulu yelah benci. Sekarang tak dah" balas Sarah Nia malu-malu kucing.

Harris Amsyar menjungkitkan kening kanannya. "Habis sekarang twinkle rasa apa?" Ujinya dengan sengihan seperti kerang terlebih busuk.

"Twinkle rasa sayang je..." Balas Sarah Nia perlahan kerana terlampau malu. Haih, sejak bila pula dia seorang yang pemalu dan romantik ni? Sejak hatinya dilembutkan oleh suaminya laa...

Senyuman lebar terukir di bibir Harris Amsyar. Dia mengeratkan lagi pelukannya di pinggang Sarah Nia. Seolah-olah tidak mahu memberi peluang untuk isterinya bernafas. "Twinkle tahu tak susah betul sayang nak dapatkan twinkle? Sampai sayang kena guna taktik kotor dengan libatkan mama" dia tergelak kecil apabila mengimbau kembali peristiwa itu.

"Yelah! Jahat betul. Tapi takpe, kalau sayang tak guna macam tu, twinkle takkan ada di sisi sayang sekarang ni. Di sisi sayang sebagai isteri yang sah" Sarah Nia tersengih comel. Cuba berlagak romantik sedaya-upaya.

Hidung Harris Amsyar kembang-kempis menahan rasa malu dan suka yang menular di setiap pembuluh darahnya. Dia suka Sarah Nia yang sekarang. Pemalu! Tetapi satu sahaja yang dia tidak gemar, iaitu sikap memendam. Wanita ini memang suka memendam sejak daripada kecil lagi. Perlahan, dia membelai pipi kanan Sarah Nia. "Kalau twinkle sedar yang kita ni suami isteri yang sah, apa salahnya kalau twinkle cerita apa masalah twinkle? Sayang sebagai suami akan cuba bantu twinkle dan sama-sama hadapi masalah twinkle. Tapi kalau twinkle tak nak cerita, macam mana sayang nak tolong..." Pujuknya dengan penuh berhati-hati. Tersilap bicara, mengamuklah Sarah Nia.

Wajah Sarah Nia bertukar muram. "Twinkle mana ada masalah. Memandai je sayang ni" sejurus itu Sarah Nia terus mengalihkan pandangan ke arah lain. Memutuskan pandangan mata antara mereka berdua.

"Sayang tahu twinkle ada masalah. Tapi takpe, sayang faham. Kalau twinkle dah ready, bagilah tahu sayang ye?" Pujuk Harris Amsyar lembut. Ingin menjaga hati Sarah Nia.

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now