BAB 62 - Gembira, Sedih

4.6K 186 0
                                    

SEMINGGU KEMUDIAN,

"Sayang, twinkle rasa tak sedap badanlah... Kepala twinkle pening sangat ni. Kita pergi klinik eh?" ujar Sarah Nia yang terbaring lemah di atas katil. Entah mengapa dia terasa sangat lesu dan tidak berdaya. Ini bukanlah sifatnya apabila demam. Selalunya dia dapat menangani rasa peningnya tetapi kali ini susah pula.

Harris Amsyar menumpukan perhatiannya kepada Sarah Nia. Dia menatap lama wajah mulus itu seperti sedang memikirkan sesuatu. Sesaat dia tersenyum. Jika benar apa yang difikirkannya ini, inilah berita paling gembira buat mereka sekeluarga. "Okay twinkle, anything for you" balas Harris Amsyar lembut sambil mengusap-usap kepala Sarah Nia perlahan.

Sarah Nia ingin mengukirkan senyuman tetapi pening di kepala terasa bermaharajalela. Dia hanya menutup rapat tirai matanya.

"BOLEH saya tahu, bulan ni puan dah datang bulan belum?" soal doktor yang bertugas itu dengan teliti.

Sarah Nia mengerutkan kening cuba mengimbas kembali memorinya. "Dah tiga bulan saya tak datang bulan, doktor" balas Sarah Nia lurus.

"Puan ada mengidam untuk makan apa-apa tak sebelum ni?" Soal doktor itu lagi.

Laju Sarah Nia menggeleng.

Harris Amsyar segera mencuit pinggang Sarah Nia. Dia mengecilkan matanya dan kemudian Sarah Nia tergelak kecil. Harris Amsyar segera membuka mulut. "Isteri saya ni banyak mengidam doktor, nak rendang la, kfc la, durian la, macam-macam dia mengidam" celah Harris Amsyar dengan nada ala-ala tidak puas hati.

Sarah Nia mencebik. Dia memeluk tubuh dan memandang ke arah lain. Buat malu aku je!

Doktor tersebut tersenyum manis. Gelagat suami isteri sudah biasa dipertontonkan di hadapannya. "Kalau macam tu puan, sila ikut saya untuk beberapa ujian" arah doktor itu dengan sopan.

Sarah Nia terus menoleh ke arah suaminya. Dia mengangkat kening bertanyakan apa makna semua ini.

Lain yang diharapkan, lain yang dia dapat. Harris Amsyar hanya mengangkat bahu sambil tersengih sumbang.

SETELAH beberapa ujian dijalankan, doktor tersebut mengabarkan berita yang sangat menggemparkan kepada sepasang suami isteri itu, sehingga Sarah Nia sendiri terkaku kegembiraan.

"Okay macam ni, puan. Puan negatif sebarang penyakit tapi puan positif... "

Wajah Sarah Nia tergambar kelegaan apabila doktor mengabarkannya negatif sebarang penyakit. Tetapi sesudah sampai di perkataan 'positif' itu, hatinya terus resah-gelisah. "Saya positif apa?" soalnya tidak sabar. Malas menunggu.

Doktor tersebut menyimpul senyum. "Tahniah, Puan Nia disahkan positif pregnant. Kandungan Puan Nia dah empat minggu"

Keadaan terus menjadi sunyi sepi. Sungguh, rangka mulut Harris Amsyar sudah pun terjatuh sambil memandang ke arah isterinya.

Sarah Nia pula melakukan reaksi yang sama, spontan. Dia kelu. Dia memang gembira, tetapi berita sebegini benar-benar meninggalkan kesan manis yang mendalam di dalam lubuk hatinya.

"Ya Allah, twinkle! Alhamdulillah... Twinkle mengandung. Sayang dah nak jadi ayah. Terima kasih twinkle!" ujar Harris Amsyar penuh kesyukuran. Dia lantas memeluk tubuh Sarah Nia yang berada di sisinya, erat.

Sarah Nia tersenyum manis. Bersyukur dengan pemberian daripada Ilahi. Dia memanjatkan kesyukuran kepada Allah di dalam hati. Hanya Allah yang Maha Mengetahui rasa hatinya ketika ini. Di sini, di dalam dakapan Harris. Inilah saat yang dia tidak mahu lupakan. Kekalkanlah kebahagiaan kami, Ya Allah, doa hati kecilnya.

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now