Diary Sarah Nia.
Aku akui, dia menyusahkan.
Aku akui, dia banyak buat hati aku terseksa.
Aku akui, cinta bukan senang untuk hadir.
Aku juga akui, bahawa aku pernah berjanji ke atas diriku untuk tidak menghadirkan rasa cinta buat lelaki.Tapi janji hanya sekadar janji.
Akhirnya dimungkiri jua.
Susahkah untuk tepati janji, wahai Nia?
◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆ ~~~ ◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆
SELESAI sahaja majlis pernikahan dan bersanding, Sarah Nia naik ke bilik untuk menukar pakaian pengantin kepada pakaian biasa. Tudung turut disarungkan ke kepala kerana sudah mula berhijab. Tambahan pula kerana masih ada lagi tetamu lelaki iaitu sahabat-sahabat perniagaan Dato' Yusoff.
Dia berjalan menuruni tangga dan berhenti seketika di ruang tamu lalu matanya dililau-lilaukan ke sekeliling rumah. "Hmm... Mana mamat sengkek tu eh? Dah lari ke?" Omel Sarah Nia sendirian. Sebaik sahaja dia memusingkan badannya, tiba-tiba disergah.
"Bahh!" Harris Amsyar membuat muka seram.
"Arhhhh!!" Spontan Sarah Nia tertampar pipi kanan Harris Amsyar dengan kuat.
Harris Amsyar terkaku seketika. Perlahan-lahan dia menyentuh pipinya. "Adoiii! Sakitnya... Awak nak balas dendam ke apa ni?"
Sarah Nia mendongak sekilas untuk memandang wajah suaminya. Dia tergelak kecil lalu menutup mulut. Dia segera berjalan ke arah dapur untuk menolong apa yang patut. Sebenarnya dia ingin mengatakan sesuatu kepada Harris Amsyar, tetapi dia mengubah fikiran dan terus berjalan laju ke dapur.
"Awak! Tunggulah saya! Saya nak cakap sesuatu dengan awak ni" Harris Amsyar terjerit kecil sambil mengejar langkah Sarah Nia.
Sarah Nia terus berhenti melangkah apabila Harris Amsyar berkata begitu. Dia hanya menunggu apa yang ingin dikeluarkan dari mulut suaminya.
Harris Amsyar tersenyum kecil. Dia berdiri di hadapan Sarah Nia. Dia bercekak pinggang lalu mata dikecilkan sambil memandang wajah comel isterinya.
Sarah Nia membuat mimik muka menyampah lalu memalingkan wajah. Tidak sanggup rasanya menerima panahan mata Harris Amsyar lama-lama.
"Awak... Pandanglah saya. Saya nak tanya sesuatu ni" ujar Harris Amsyar dengan nada manja.
Sarah Nia masih memalingkan wajahnya. "Nak cakap, cakap jelah! Tak payah nak pandang-pandang sangatlah. Gedik!" Balas Sarah Nia dengan nada menyampah.
Harris Amsyar memuncungkan mulut. Kakinya dikuis-kuis. Berpura-pura merajuk. "Sampai hati awak cakap macam tu dekat saya. Awak tahu tak yang awak dah jadi isteri saya? Maknanya, walaupun awak tinggikan suara sikit... Je, tapi awak tetap berdosa. Awak nak jadi isteri derhaka ke?" Harris Amsyar menggunakan nada rendah bercampur sayu.
Sarah Nia mendongak memandang wajah suaminya. Dia menggaru-garu kepala. Adoii... Terasa ke? Parahlah kau Nia! Aku tak nak jadi isteri derhaka. Ibu... Tolong Nia bu! Huaa...
"Err... Awak terasa eh? Sorry... Tekak saya sakit tadi. Tu yang tertinggikan suara dekat awak. Hehe..." Sarah Nia tersengih seperti kerang busuk.
Harris Amsyar masih tidak menghilangkan riak wajah sayu di wajahnya. "Sakit tekak sekalipun, janganlah tinggikan suara dekat saya. Berdosa tau! Masuk api neraka" Harris Amsyar tersengih kecil.
Terus wajah Sarah Nia bertukar sedih. Pura-pura aje. "Alaa... Maafkan saya eh? Insyaallah lain kali saya tak ulang lagi" Sarah Nia mengangkat ikrar.
YOU ARE READING
Taming The Bad Girl
Roman d'amour"She is a bad girl but I don't care" Mata hazel yang memukau. Senyuman manis. Rambut yang cantik terletak. Cukup membuatkan dirinya menjadi perhatian ramai. Tetapi... Jangan tertipu! Dia baran. Tidak reti mengalah. Kaki taekwondo. Dialah Sarah Nia...