BAB 42 - Hutang Nyawa

4.6K 214 6
                                    

HARRIS AMSYAR terjaga dari lena. Dia masih memejamkan mata. Tangannya didepakan. Dia meraba-raba di sebelahnya. Tiada tubuh Sarah Nia. Aik, mana pulak budak ni pergi?

Dia terus bangun dari pembaringan. Matanya terpisat-pisat melihat ke setiap penjuru bilik itu. Sah! Tengah memasaklah ni.

Kakinya mencecah lantai. Perlahan-lahan dia menuruni tangga. Lagak seperti pencuri. Tidak mahu kehadiran dirinya dikesan. Kelihatan dari atas tangga, Sarah Nia sedang mengacau 'lauk' di dalam kuali itu. Benar-benar khusyuk, sehinggakan dirinya yang sudah berada di belakangnya pun dia tidak sedar.

"Hmm... sedapnya. Sayang masak apa tu?" Tiba-tiba suara gemeresik Harris Amsyar menyapa gegendang telinganya. Dalam posisi suaminya yang sedang memeluk pinggangnya dari belakang itu, dengan muka yang sengaja diletakkan di bahunya itu, dengan panggilan 'sayang' yang digunakan itu. Mahu dia tak berdebar!

Sarah Nia terpaku. Gaulannya pada kuali itu terus terhenti. Dup-dap dup-dap. Okay, perasaan apa yang menyelinap masuk dalam hati aku ni?! Boleh jadi gila aku kalau hari-hari macam ni! Dengan perasaan berdebar, dia menoleh ke wajah Harris Amsyar yang di bahu kanannya itu.

"A-awak buat apa ni?" Soalan bodoh terpacul dari mulutnya.

Harris Amsyar melirik manja. "Buat apa, apa? Nak sweet pun tak boleh ke, sayang?"

Argh, sekali lagi! Sekali lagi dia panggil aku 'sayang'. Gilalah aku macam ni. Lantas dia berdehem. Ingin menghilangkan getaran di hati. "Saya nak masak ni. Jangan kacau. Nanti hangus nasi goreng yang saya masak ni" ujarnya perlahan. Dia kembali mengacau nasi goreng di dalam kuali itu.

Mata Harris Amsyar terus terbeliak apabila mendengar perkataan 'nasi goreng'. Makanan kegemaran tu! "Wow... nasi goreng! Nak tolong boleh?"

"Tak boleh"

"Alooo... Saya nak tolong. Please" Harris Amsyar mencebik.

"Ah, takde takde. Gi main jauh-jauh" Sarah Nia memusingkan badannya dan menolak tubuh Harris Amsyar keluar dari dapur.

"Okay, okay, saya keluar" Harris Amsyar tergelak kecil. Rasa lucu pula Sarah Nia beriya-iya tak nak diganggu.

Sarah Nia tersenyum di hujung bibir. Dia kembali menyambung tugasannya yang tergendala sebentar tadi.

__________

MIRZAN menyisip air minumannya sekejap. Dia kembali memberi fokus kepada Jazlina yang sedang leka memandang wajahnya. Handsome sangat ke aku ni?

"Ha, kau boleh tolong aku tak ni?" Soal Mirzan.

Jazlina tergelak kecil. Dia menyelit rambut karatnya di belakang telinga. "Chill. Of course aku tolong my best friend ni kan. But, i want a favour" dia mengukirkan senyuman manis.

"Kau tolong aku, aku tolong kau. So kau nak aku tolong apa?"

Jazlina spontan mengangkat kening kanannya. Selepas ini kerjanya akan menjadi lebih senang dengan pertolongan Mirzan. Dia tersenyum senang. "Tolong aku jatuhkan Hakim"

"That's all?"

"That's all"

Mereka berdua berjabat tangan. Satu keputusan diputuskan. "Deal" setelah kata sepakat dibuat, tangan dileraikan.

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now