BAB 64 - Terima Kasih

7.3K 255 5
                                    

A lil' bit cheesy cuz why not 😋

💖💖💖💖💖

Pagi isnin yang cerah itu, Sarah Eryna mengenakan pakaian legging untuk berjoging di tasik berdekatan dengan rumahnya. Dia membelek-belek wajahnya di hadapan cermin. Senyuman terukir di bibir. "Rugi kau, Amsyar. Aku punya cantik macam ni pun kau tolak. Memang dah kena guna-guna agaknya".

Sejurus menilik wajah dan tubuhnya di hadapan cermin panjang itu, dia terus mencapai earphone-nya yang terdampar elok pada alas katil. Dia dengan melenggang menuju ke tepi daun pintu, rak kasutnya.

Dia bercekak pinggang sambil melihat satu per satu koleksi kasut sukan yang dimilikinya. Bervariasi warna dan corak yang dia miliki. Ah, kaya sungguh!

"Yang ni lah" akhirnya Sarah Eryna mencapai kasut berwarna aqua bercorak gucci. Dia dengan pantas menyarungkannya dan mengatur langkah untuk ke tasik. Tasik itu kira-kira 1.5 kilometer sahaja dari rumahnya. Dia malas hendak menggunakan kereta mewahnya. Tiba-tiba dia ingin berjalan kaki. Mungkin dia ingin membakar kalorinya.

Tujuh minit selepas berjalan, dia sampai di satu lorong yang sunyi sepi. Hari isnin semua sedang bekerja. Kalau ada yang tidak berkerja pun mungkin sedang 'membuta' di rumah.

Dia terus menyelusuri lorong suram itu tanpa rasa takut. Dia sudah biasa. Setiap minggu dia berjalan di lorong itu seorang diri dan tiada masalah pun. Jadi dia tidak akan berfikir negatif akan tindakan beraninya berjalan seorang diri di lorong itu.

Sedang dia berlenggang-lenggok berjalan sambil mendengar lagu, tiba-tiba dia dipeluk dari belakang oleh orang berbadan tegap dan lebih tinggi darinya. Dia terkejut dan cuba melepaskan diri. "Hoi, lepaskan akulah gila! Kau gila ke peluk orang sesuka hati?!" ronta Sarah Eryna di dalam pelukan erat figura itu.

Tiba-tiba dia dapat mendengar suara orang itu sedang menghidu bau badannya. Dia sudah mula berasa seram sejuk. "Wangi. Sorang-sorang ni nak pergi mana?" soal suara garau dengan psikonya.

Sarah Eryna sudah cemas. Dia tidak tahu apa-apa ilmu mempertahankan diri. Dia juga tidak tahu apa hendak dilakukan. Otaknya kosong. Yang dia tahu hanyalah menjerit dengan sekuat hati. Dengan harapan ada orang yang akan menyelamatkannya. Walaupun peratus untuk dirinya diselamatkan adalah sangat tipis.

"Tolong! Tolong! To... "

Sedang Sarah Eryna berteriak, tiba-tiba perutnya ditumbuk dari belakang, oleh lelaki sasa itu. Pedih. Itu yang dia rasakan ketika ini. Tumbukan itu bukanlah perlahan, tetapi kuat seperti sedang bertarung dengan lelaki sasa.

Belum cukup dengan itu, lelaki itu melempang kuat pipi kanan dan kirinya. Kepala Sarah Eryna terteleng ketepi. Terus dia merasa darah panas meleleh di tepi bibirnya.

Sarah Eryna meringis kesakitan. Badannya terus terlurut ke bawah menahan sakit. Tubuhnya dihampiri lelaki itu dengan senyuman menakutkan. Tubuhnya diangkat dan dicampak sehingga terhentak ke dinding. Sungguh, dirinya langsung tidak dihormati sebagai seorang perempuan apabila diperlakukan sebegitu! Sekali lagi, lelaki itu mendekatinya dan dengan kasar memaksanya bangun dan mengeluarkan pisau tumpulnya.

"Kau ikut cakap aku, kau selamat. Kau melawan, aku bunuh" arah lelaki itu dengan suara yang keras.

Sarah Eryna hanya menangis. Sakit! Senak masih terasa pada perutnya. Kalau boleh diundur masa, dia tidak akan pernah melalui lorong ini. Tetapi malangnya, masa tidak boleh diundur.

"Kau faham ke tak?! Aku tanya tu jawab!" tengking lelaki durjana itu di tepi telinganya.

Berdesing telinga Sarah Eryna dengan jarak yang dekat itu. Dia menjawab dengan suara lirih. "F-aham.. "

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now