BAB 25 - Muntah Pelangi

6.2K 250 5
                                    

Diary Sarah Nia...

Semua manusia diciptakan berpasang-pasangan, atau sendirian.

Aku. Hatiku diciptakan untuk terasa sendirian. Tetapi hakikatnya aku kini tergolong dalam berpasang-pasangan.

Aku inginkan kebahagiaan. Aku inginkan kasih sayang.

Semua orang inginkan, tetapi tidak semua orang dapat memilikinya.

Aku, pernah disayangi dan dibahagiakan. Kini, hanya menjadi memori untuk diingati.

Sekali lagi, aku disayangi dan dibahagiakan. Aku harap ini bukanlah sementara. Tetapi... selamanya!

_________________________________________________________

SARAH NIA awal-awal pagi lagi sudah terjaga disebabkan alarm yang di-setkannya sendiri. Hari ini dia dan Harris Amsyar akan mulai kerja semula setelah cuti perkahwinan selama seminggu. Lagipun masing-masing mempunyai tugas untuk disiapkan. Jadi mereka tidak boleh mengambil cuti yang agak lama. Tidak elok tinggalkan syarikat begitu sahaja.

Dapur ditingkat bawah ditujunya. Anginnya agak baik untuk menyediakan makanan kegemaran suaminya iaitu nasi goreng. Walaupun agak tidak sesuai untuk dijadikan sebagai sarapan, tetapi Harris Amsyar amat menggemarinya.

Telefon bimbitnya yang berjenama Vivo dibawa ke dapur sekali untuk menjadi penghibur sampingan. Lagu kegemarannya didendangkan supaya keadaan tidak terlalu sunyi dan bosan. Lagipun waktu itu baru pukul 6 pagi.

"Tak apa kut. Bukannya kuat mana pun aku pasang" memikirkan suasana yang hening ketika ini, risau juga kalau-kalau mengganggu ketenteraman jiran tetangga.

Setelah mempertimbangkannya, akhirnya dia meneruskan niatnya untuk memutarkan lagu ke udara. Lagu Bukan Cinta 1 Atau 2 nyanyian Gamma1 menjadi pilihannya.

"So hari ini, menu kita adalah nasi goreng ayam. Jadi bahan-bahan akan disediakan oleh Chef Nia sebentar lagi" ujar Sarah Nia dengan membahasakan dirinya sebagai chef.

HARRIS AMSYAR yang sedang tidur melayari mimpi tiba-tiba terjaga. Tangannya terpisat-pisat mencari sekujur tubuh isterinya tetapi tiada. Dia mengerutkan kening. Segera tubuhnya disandarkan ke kepala katil empuknya.

"Mana pulak budak ni pergi? Mandi ke apa?" omelnya sendirian.

Huargh...

Harris Amsyar menguap seketika. Belakang tapak tangannya segera ditekap ke mulut menandakan dia masih tidak cukup tidur pada pagi itu.

Langkahnya dihalakan ke bilik mandi di dalam bilik itu. "Eh, tak ada bunyi pun" dia kehairanan. "Haa... ni mesti tengah masak" dengan langkah terhuyung-hayang, dia menuruni tangga. Saki-baki kantuk masih terasa di tubir matanya.

Sampai sahaja di hujung tangga, dia sudah dapat menangkap bunyi riuh di dapur. "Aik, sejak bila pula rumah ni ada pasang speaker kat dapur?" dengan wajah blur dia mengomel sendirian.

Setapak demi setapak, wajah kehairanan dipampangkan ketika dia merenung ke arah dapur. Kelihatan sesusuk tubuh sedang khusyuk bercakap seorang diri. Perkara itu sungguh membuatkan rasa ingin tahunya membuak-buak.

"Okay, tuan-puan, ini adalah bahan-bahan untuk membuat nasi goreng ayam. Cili, bawang, ikan bilis, ayam, nasi dan telur sebagai hiasan atau menyerikan lagi hidangan kita pada hari ini ya" terang Sarah Nia seolah-olah sedang di atas pentas di khalayak penonton.

Harris Amsyar tergelak kecil namun segera mulutnya ditekup untuk menghalang suaranya dari didengari Sarah Nia. "Menarik" sepatah perkataan keluar dari mulut Harris Amsyar. Dia tersenyum kecil melihat Sarah Nia yang dirasakan sungguh comel pada pandangannya ketika ini.

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now