BAB 37 - Main Belakang

5.8K 214 1
                                    

HARRIS AMSYAR mengetuk-ngetuk jari telunjuknya di atas meja kerjanya. Matanya sedang tertancap pada kertas kerja di hadapannya tetapi fikiran sudah terbang sampai ke Paris agaknya. Seketika kemudian dia mengeluh kasar. "Apa yang aku nak buat ni?"

Ah, come on Amsyar. Takkan kau lembab sangat sampai tak tahu macam mana nak pujuk Nia? Dia kan isteri kau. Mestilah kau lebih tahu, separuh hatinya memberi semangat.

Macam mana kau nak pujuk dia, Amsyar? Kau kahwin pun selama ni, bukannya kau cuba memahami sifat semulajadi Nia tu. Apa yang kau buat, kau cuba ubah sifat dia tu. Kalau kau terima dia seadanya, dia tak perlu pun berubah untuk kau, separuh hatinya memberi pandangan lagi.

"Argh, diam!!" Harris Amsyar menjerit sekuat hati. Fikirannya runsing mengenai Sarah Nia. Nasib baiklah cermin ruangan kerjanya dicipta sebagai cermin yang soundless.

Sudahlah hari ini dia balik lambat. Nak tak nak, dia terpaksa juga stayback. Kerja tetap kerja. Itulah prinsipnya. Nampaknya dia stayback seperti biasa, tiada yang menemaninya.


"SUSAH sangat ke nak percaya aku? Apa muka aku, muka penipu ke? Hish..." Omel Sarah Nia sambil berlegar-legar di dalam bangunan My Town itu. Dia sendiri pun tidak tahu apa yang dia cari. Ketenangan mungkin?

Okay, terus-terang dia cakap. Hatinya betul-betul terguris dengan setiap bati-bait kata yang baru terpacul dari mulut Harris Amsyar. Pedih hatinya. Abahnya seorang yang baik, taat dengan perintah Allah. Perlu ke nak tuduh yang bukan-bukan? Sudahlah, hanya dengan perkataan 'abah' sudah boleh membangkitkan kesedihannya. Ini kan pula main sembur macam tu. Melelehlah hingusnya!

Sarah Nia berhenti berangan. Dia memandang lurus ke hadapan. Tetapi otaknya masih melayang. "Nasib baik kau suami aku tau! Kalau tak memang serius aku cakap, tulang pipi kau aku patahkan. Dia pun satu, tak pernah nak faham aku. Asik nak faham dia je. Dia fikir aku apa? Tiang kat jalan raya yang takde perasaan tu ke? Eee..."

Tiba-tiba dia dilanggar seorang wanita. Sekali lagi. "Eh, sorry cik, sorry-sorry" wanita itu meminta maaf.

Nasib baik dia dapat menyeimbangkan diri. Kalau tak buat malu je jatuh dekat tempat awam ni. Dia pun malas nak marah-marah. Dah langgar dah pun, bukannya boleh putar balik masa. Kalau boleh putar masa, baru dia marah. "Hmmm... Okay"

Dia mengeluh penat. Orang zaman sekarang ni mata letak kat mana? Asik-asik langgar. Asik-asik langgar. Cer try lain pulak. Maybe tersadung ke, ter

Bup!

Kakinya tersadung dengan kaki seorang lelaki. Tulah, Nia! Cakap lagi macam tu. Kau tak tahu ke mulut kau masin? Bebel hatinya.

"Aduhhh..." Sekarang ini, bukan setakat hati yang sakit. Punggung pun sakit. Perlahan-lahan dia bangun dan menghembus nafas berat.

"Mashaallah... Sorry, sorry sangat-sangat" lelaki itu memegang kepalanya. Acah menyesal lah tu.

Dia merenung tajam lelaki itu. Heii... Sabar jelah. Macam yang dia cakap tadi, dah langgar dah pun, bukannya boleh putar balik masa. Kalau boleh putar balik masa, baru dia marah. Lalu dengan baik hatinya dia membalas "It's okay"

Iman menggaru kepala seraya berkata, "Meh saya belanja minum. Boleh kenal-kenal dulu tanda saya minta maaf?" Ujarnya teragak-agak. Kau rasa singa nak ke ikut pelawaan tikus macam dia? Lainlah kalau dia sejenis, sama-sama garang. Hohoho!

"Nope, thanks" Sarah Nia membalas dingin dan terus mengangkat kaki.

Iman mengangkat bahu sebelum baru tersedar untuk bertanya soalan yang paling penting baginya setiap kali berjumpa dengan kenalan baru. Manalah tahu kalau ada jodoh, jumpa lagi. Ecehh! "Eh, awak! Boleh saya tahu nama awak?"

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now