DI lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur, seorang lelaki berkaca mata, berbadan tegap, berbaju biru sedang berjalan megah ke arah kereta Volkswagen kepunyaannya yang berwarna kelabu. Pak Fuad yang berada di tempat duduk pemandu tersenyum manis ke arah lelaki itu. Hari ini dia diminta lelaki itu untuk menjemputnya di lapangan terbang. Dia hanya menurut.
Ikhwan Hakim membalas senyuman Pak Fuad. Dia mengambil tempat duduk penumpang di bahagian belakang. Hari ini dia baru pulang dari khursus di Beijing, China selama tiga tahun untuk kenaikan pangkat sebagai Chief Executive Officer.
"Tuan nak Pak Fuad hantar ke rumah atau ke ofis?"
"Pak Fuad hantar saya ke rumah je. Saya penat hari ni. Esok baru saya masuk kerja" balas Ikhwan Hakim dengan tutur sopan.
"HAH, penatnya!" Ikhwan Hakim menggeliat kemudian membaringkan tubuhnya di atas katil empuk bercadar biru kepunyaannya. Dia memerhati segenap ruang bilik itu. Tiada perubahan. Sama sahaja seperti tiga tahun lepas. Tiada juga sebarang habuk kerana sudah dijaga rapi oleh Mak Munah, ketua pembantu di rumahnya.
Dia mengeluarkan telefon bimbitnya yang berada di dalam poket seluar di bahagian kanan. Wajah seorang gadis yang amat dirinduinya ditatap lama di skrin telefon bimbitnya. "Bilalah kita nak jumpa lagi?" Gumamnya perlahan. Dia sedih apabila teringat kembali kenangan mereka dahulu. Kenapa mereka dipisahkan?
Tiba-tiba lamunannya terhenti apabila suara Mak Munah kedengaran di luar pintu biliknya. "Tuan, ada kawan tuan datang ingin berjumpa dengan tuan" ujar Mak Munah.
Ikhwan Hakim mengeluh perlahan. Rambutnya diraup ke atas. Dia segera melangkah ke arah pintu lalu tombol pintu dipulas. "Okey, Mak Munah. Mak Munah tolong sediakan air oren ye," arahnya kemudian menuruni tangga. Belum buka lagi daun pintu utama, dia sudah tahu gerangan siapakah yang datang ingin berjumpanya itu.
Daun pintu utama dibuka. "Bahh!" Sergah Iman sesudah sahaja pintu dibuka. Dia ingin melihat wajah terkejut sahabatnya setelah sekian lama tidak melihatnya.
Ikhwan Hakim hanya membuat muka toya. Langsung tidak terkejut dengan sergahan Iman terhadapnya. "Dari tiga tahun lepas, sampailah sekarang, tak ada apa-apa perubahan. Sama aje. Suka terkejutkan orang" ujar Ikhwan Hakim dengan suara mendatar lalu melangkah masuk dan duduk di sofa. Lagak seperti tiada sesiapa yang datang ke rumahnya untuk dijemput masuk.
Terus cemberut wajah Iman apabila Ikhwan Hakim berkata sebegitu kepadanya. Dia turut melangkah ke arah sofa dan mengambil tempat duduk di hadapan sahabatnya.
"Kau ni, dahlah tak pelawa aku masuk, lepas tu cakap aku macam tu pula. Aku bukannya apa... Aku rindu nak tengok muka beruk kau tu je!"
"Aku ni, duduk dekat China tu, dah banyak sangat dah orang sejenis macam kau. Asik terkejutkan aku je, sampai aku pun dah tak terkejut dah" balas Ikhwan Hakim.
"Hmm... dan-dan je kau ni"
Mak Munah sedang menatang dua gelas dan jag ke arah meja di hadapan mereka berdua. Dia meletakkan dulang tersebut lalu menuangkan air ke dalam dua gelas tersebut. "Jemput minumlah ye" ujar Mak Munah sambil tersenyum manis ke arah Iman.
Iman membalas senyuman tersebut. Setelah Mak Munah berlalu, dia segera menampar kuat peha kiri Ikhwan Hakim.
Wajah Ikhwan Hakim menyeringai menahan pedih di peha. Pehanya diusap-usap. "Kau nak apa ni?" Soalnya geram.
Iman hanya tersengih. "Aku nak tanya ni"
"Nak tanya, tanya je. Tangan kau tu tak payah nak gerak-gerak" perli Ikhwan Hakim.
Iman mengambil gelas berisi air oren itu lalu diteguk. Dia menjeling sekilas wajah sahabatnya. Lalu gelas tersebut diletakkan kembali ke atas meja. "Aku nak tanya, kau dah dapat apa-apa maklumat tak pasal ibu dengan buah hati kau tu?"
YOU ARE READING
Taming The Bad Girl
Romance"She is a bad girl but I don't care" Mata hazel yang memukau. Senyuman manis. Rambut yang cantik terletak. Cukup membuatkan dirinya menjadi perhatian ramai. Tetapi... Jangan tertipu! Dia baran. Tidak reti mengalah. Kaki taekwondo. Dialah Sarah Nia...