BAB 21 - Kau Pernah Dahulu

7.7K 304 4
                                    

Kau pernah menghadirkan rasa ini dahulu.

Kau pernah buat aku tak tidur lena dahulu.

Kau pernah juga buat aku dilamun rindu dahulu.

Kau juga yang pertama menghadirkan rasa ini buat sang adam.

Tapi itu dulu.

Sekarang?

Entahlah. Masihkah ada perasaan itu?

◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆ ~~~ ◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆

Adakah...ini cinta?
Adakah cuma mainan semata?
Kosong tanpa satu hajatku,
Dua, kau lengkapi kita.
Kosong tanpamu satu hajatku,
Dua, kau lengkapi kita.

SARAH NIA menyanyi riang di dalam bilik sambil mengemas baju-baju di dalam almarinya. Sedang khusyuk melipat baju-baju.

Mengikut telahannya, Harris Amsyar sedang menonton televisyen di tingkat bawah. Itu fasal dia tidak segan-silu untuk menyanyi. Ibu serta mertuanya sedang berbual-bual di ruang tamu. Dia tidak mahu mengganggu perbualan orang-orang yang lebih tua darinya.

Engkau...milikku,
Moga kita sampai jannah,
Cinta kita sampai jannah!

Sedang Sarah Nia leka bernyanyi, tiba-tiba dia terdengar suara ibunya di luar bilik sedang melatah.

"Apocot datuk kau hensem, eh datuk-datuk kau putih, eh pakai d herbs" latah Puan Zunaida apabila melihat Harris Amsyar yang sedang mengendap Sarah Nia disebalik pintu.

"Astagfirullahala'zim! Kus semangat. Apa yang kamu duk ngendap si Nia tu, Syar? Tak de kerja ke. Buat ibu terkejut jelah" bebel Puan Zunaida sambil mengurut-urut dada.

Harris Amsyar tersengih sumbing memandang ibu mertuanya. Habislah, mesti kantoi ngan Nia!

Sarah Nia sedang memasang telinga. Dia yang masih lagi hairan apa yang sedang berlaku, terus mencerna ayat ibunya. Tiba-tiba otaknya lambat pula memproses. "Ngendap si Nia..." Sarah Nia mengulang kembali ayat ibunya.

Perlahan-lahan keningnya bertaut. Giginya berlaga-laga. Menunjukkan betapa marahnya dia ketika itu. "Ohh... Cik suami ngendap cik isteri ye... Tak apa, tengoklah nanti apa cik isteri nak buat ye," senyuman jahat terukir di bibir mungilnya. Dia kembali menyambung melipat baju-bajunya seperti tiada apa-apa yang sudah didengarinya.

PUAN ZUNAIDA menggeleng-gelengkan kepala sambil bercekak pinggang. "Aihh... Budak bertuah ni. Dah tak sabar sangat ke sampai tak boleh tunggu?" Soal Puan Zunaida kepada Harris Amsyar tanpa bertapis.

"Eh, err... Mana ada bu! Syar tengah tengok Nia buat apa je. Tak naklah menganggu dia kalau-kalau tengah busy ke kan. Hehe..." Harris Amsyar tersengih hambar.

"Ha, pandailah kamu kelentong ibu kan! Dah sana, turun bawah. Pergi tolong apa yang patut" tegas Puan Zunaida sambil menyilangkan tangannya.

Harris Amsyar menggaru kepala. "Err... Tapi tadi ibu bukan suruh Syar tanya Nia dekat mana sudip ke?"

Puan Zunaida mengerutkan kening. "Laa... Bila masa pulak ibu suruh ni? Kamu salah dengar kut..." Aku ada suruh budak ni tanya Nia ke?

"Eh, adalah tadi ibu suruh. Tadi kan ibu cakap macam ni, ehem!" Harris Amsyar membetulkan suaranya. "Kamu tak tahu natang apa ni? Natang ni, namanya sudip. Pergi tanya isteri kamu tu kalau tak percaya" Harrus Amsyar membuat suara lembut kemudian berdehem kembali. "Ha, macam tulah ayat ibu tadi. Ingat tak?"

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now