TEPAT jam dua suka petang, kereta Toyota Altis kepunyaan Amirul Zikrie sudah berada di hadapan rumah teres Puan Zunaida.
Amirul Zikrie membunyikan hon sebanyak dua kali untul memberi isyarat kepada Sarah Nia akan keberadaannya di luar rumah itu.
Sarah Nia yang terdengar bunyi hon itu segera menyelak langsir di sebelah daun pintu utama rumah itu. Setelah pasti bahawa kereta Toyota Altis tersebut adalah kepunyaan Amirul Zikrie, dia terus memperkemaskan dirinya. Topi merah jambunya disengetkan ke kiri sedikit. Dia terus membuka daun pintu dan menapak ke luar rumah. Kasut sukan jenama Nike diambil dan disarung ke kaki. Lalu dia memangga pagar rumahnya sebelum menapak masuk ke dalam kereta Amirul Zikrie.
Puan Zunaida telah berlalu pergi lima minit sebelum Amirul Zikrie tiba di hadapan rumah. Jadi, tiadalah pecah tembelang.
Labuh sahaja punggung Sarah Nia di tempat duduk penumpang, terus Amirul Zikrie menyoal apa yang bersarang di mindanya sejak pagi tadi lagi.
"Sare, kau ada hal emergency apa ni?" Kening Amirul Zikrie berkerut memikirkannya.
"Nanti aku bagitahu. Yang penting sekarang, kau bawa dulu aku pergi One Utama Mall, Damansara. Cepat!" Sarah Nia memberi arahan.
Amirul Zikrie mengeluh kecil sebelum menekan pedal. Keretanya sedang memandu di jalan raya. Apabila lampu trafik bertukar merah, Amirul Zikrie terus menyoal kembali. "Okey, dah. Sekarang, tell me. Hal emergency apa ni?"
Sarah Nia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Rambutnya yang melurut ke hadapan terus disisir ke belakang. "Em... hal ibu aku. Aku syaklah kan, ibu aku ada boyfriendlah!" Runsing kepalanya mengenai hal itu.
Amirul Zikrie yang sedang memandu hanya memadang sekilas raut wajah Sarah Nia. Jelas kelihatan kerut di dahi Sarah Nia. "Are you sure? Kita kena siasat dulu. Jangan main tuduh melulu tanpa bukti" pesannya. Tidak mahu kepala sahabatnya itu bertambah berserabut.
Sarah Nia terus menggaru-garu kepalanya kasar. Dia mendengus kecil. "Aku tahu. Tapi elok apa kalau aku berjaga-jaga. Kalau betullah ibu aku nak kahwin lagi, aku akan gagalkan. Aku bukan nak jadi anak derhaka, tapi aku tak boleh nak terima ayah lain. Aku tetap sayang ayah aku. Takkan ada pengganti lain untuk ayah aku" dia mengeluh berat.
"Aku faham perasaan kau Sare. Kalau aku jadi kau pun, aku susah nak terima orang baru. Tapi, kalau dah jodoh ibu kau, nak buat macam mana kan?" Pujuk Amirul Zikrie. Dia mengerling wajah Sarah Nia melalui ekor matanya.
"Tak! Aku takkan biarkan ibu aku kahwin lagi. Never! Ayah aku, tetap yang satu. Tiada pengganti bagi aku" suara Sarah Nia bergetar. Matanya mula berkaca. Dadanya berasa sesak apabila bayangan ayah kesayangannya muncul di kotak fikiran.
Amirul Zikrie menggigir bibir bawahnya. Satu sahaja kelemahannya. Dia tidak mampu melihat kesedihan di wajah sahabat karibnya itu. Jika Sarah Nia berduka, dia juga turut berduka. Umpama cubit peha kiri, peha kanan juga terasa.
KERETA Subaru BRZ Datin Suhaila meluncur laju di atas jalan raya. Dia langsung tidak perasan ada sebuah kereta mewah yang mengekorinya sejak tadi. Iaitu kereta BMW milik anak lelakinya, Harris Amsyar.
Harris Amsyar memerhati tajam kereta milik ibunya. Tidak mahu terlepas pandang. Sudahlah dia tidak tahu kemana halu tujunya. Kalau terlepas, sesatlah jawabnya.
Selepas lima belas minit, kereta Datin Suhaila diparkir di perkarangan One Utama Mall. Harris Amsyar terus memarkir keretanya jarak beberapa kotak parkir dari kereta ibunya. Tidak mahu terkantoi!
Dilihatnya, Datin Suhaila sedang berjalan keluar dari keretanya dan menapak ke pintu utama pusat membeli-belah itu. Kelihatan seorang wanita yang berwajah sebaya dengan ibunya sedang melambai-lambai ke arah ibunya. "Ni ke ibu Nia?" Gumam Harris Amsyar. Dia berjalan perlahan-lahan. Baru beberapa meter dari belakang tubuh wanita-wanita berusia separuh abad itu, tiba-tiba Datin Suhaila menoleh. Harris Amsyar terkejut. Cepat-cepat dia menyembunyikan diri di belakang tiang bangunan itu. Dia meninjau-ninjau sedikit reaksi ibunya. Sepertinya Datin Suhaila langsung tidak perasan akan keberadaannya itu. Datin Suhaila sedang ramah berbual bersama ibu Sarah Nia.
YOU ARE READING
Taming The Bad Girl
Romance"She is a bad girl but I don't care" Mata hazel yang memukau. Senyuman manis. Rambut yang cantik terletak. Cukup membuatkan dirinya menjadi perhatian ramai. Tetapi... Jangan tertipu! Dia baran. Tidak reti mengalah. Kaki taekwondo. Dialah Sarah Nia...