BAB 35 - Krik Krik

5.9K 237 1
                                    

Diary Sarah Nia...

Aku tahu aku tak sempurna.
Semua tak sempurna.
Tiada yang sempurna.

Jadi, satu sahaja yang aku pinta.
Tolong percayakan aku.
Jika kau tak percayakan aku, maka musnahlah cinta dongeng kita.

_________________________________________

SARAH NIA mengetuk dahulu pintu bilik tersebut sebelum melangkah masuk. Cawan di tangannya dibawa dengan berhati-hati. Ni kalau tumpah, sia-sia je. Dia melirik ke arah Harris Amsyar yang sedang sibuk meniliti dokumen-dokumen yang memerlukan tanda tangannya selaku CEO syarikat tersebut.

"Ehem!" Sarah Nia berdehem.

Krik krik. Tiada reaksi.

Aikk... Budak ni. Boleh pulak buat tak layan. Fikir aku nak sangat ke buatkan. Okay mulut, please jangan celupar. Suami kau ni, haih! Bebel hati Sarah Nia.

Sepasang bebola mata Harris Amsyar mula merenung ke dalam anak mata Sarah Nia selepas mengangkat wajahnya. Senyuman manis dihadiahkan buat isterinya. "Letaklah situ. Saya nak settlekan dokumen-dokumen ni semua. Banyak gila! Sebab cuti 'honeymoon'. Eh, honeymoon ke?" Perlinya lalu tergelak sendiri.

Sarah Nia mengerutkan dahi. Pantas belakang tapak tangannya ditekapkan di dahi Harris Amsyar. "Awak demam eh? Jap, saya ada bawa panadol kalau awak nak" baru sahaja ingin melangkah keluar, tiba-tiba Harris Amsyar bersuara.

"Stand still there" arah Harris Amsyar.

Sarah Nia terdiam. Ah, pulak... Aku ada buat salah apa-apa ke? Omel hatinya. Risau juga dengan arahan Harris Amsyar itu. Buatnya suaminya itu tiba-tiba hilang akal untuk melucutkan jawatannya. Oh, tidak! Berdegup kencang jantungnya menanti apakah yang bakal berlaku selepas ini.

Tiba-tiba! Tiba-tiba dia terasa ada sepasang tangan sasa sedang memeluk pinggangnya. Erat. Deruan nafas Harris Amsyar menyapa di pipinya.

Cup!

Harris Amsyar mendaratkan bibir merah jambunya di pipi kiri Sarah Nia dari belakang. Selepas itu dia terus berlari semula ke meja kerjanya. Bimbang Sarah Nia akan mengamuk akibat kegatalannya.

Terus Sarah Nia membuat muka kegelian, jelik dan menyampah. Boleh dikatakan itulah gabungan perasaannya ketika ini. Dia bukannya biasa kena cium dengan lelaki ni. Eh, bukan tak biasa, tapi tak pernah! "Eeee... Gelilah! Saya tumbuk muka awak, bersepai tulang pipi awak kang" Sarah Nia menjuihkan bibir sambil mengesat pipinya. Jelas terpamer wajah kegelian dia.

Harris Amsyar hanya tertawa terkekeh-kekeh. Dia memerhati langkah kemas Sarah Nia ke kubikelnya sambil menggeleng-geleng kepala. Usaha lagi Syar! Akhir sekali, dia mesti cair jugak.

"Dia orang pertama yang berani reject aku. Dan sebab tu aku tertarik dengan kau, Nia" Harris Amsyar tersengih seperti kerang busuk sebelum menyambung tugasannya.

"WOI, rakan!" Sergah Amirul Zikrie dari belakang.

"Allahu!" Spontan Sarah Nia berpaling dan menampar Amirul Zikrie. Fuh... Tepat mengena di pipi suci lelaki kacak itu.

"Adoiiii... Kau ni asal terkejut je, lempang. Asal terkejut je, siku. Tangan tu takleh duk diam ke?" Marah Amirul Zikrie sambil mengusap-usap pipinya yang licin tanpa sebarang 'anasir-anasir' itu.

Sarah Nia tergelak kecil. "Dah kau kerja terkejutkan aku je, mana aku tak lempang, siku. Kau punya salahlah. Wekk!" Sarah Nia menjelirkan lidah.

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now