BAB 43 - Minat Yang Sama

4.6K 217 20
                                    

"AWAK, petang ni jom keluar shopping nak tak?" Ujar Harris Amsyar selepas Sarah Nia melabuhkan punggung di sofa sebelahnya.

   Sarah Nia mengerutkan kening. "Buang tabiat apa?" Bila fikir balik, mana ada lelaki yang suka membeli-belah ni. Selalunya perempuan yang suka membeli-belah. Ni dah terbalik pula.

   "Beli barang awak, bukan barang saya" Harris Amsyar memberitahu seperti dapat membaca minda Sarah Nia.

   "Barang saya?" Sarah Nia terkejut.

   "Yes" dari wajah Harris Amsyar sahaja sudah dapat menjelaskan betapa excitednya dia hendak membeli-belah.

   Sarah Nia tersenyum sinis. "Boleh blah!"

   Terus wajah Harris Amsyar bertukar muram. Tak apa, cuba lagi! "Alaa... jomlah, twinkle! Saya boringlah duduk rumah je"

   Sarah Nia membuat muka toya. "Boring? Pergilah shopping sorang-sorang. Saya nak main dengan Kembang" tersimpul senyuman di hujung bibirnya.

   "Kembang mana pulak ni?" Kening Harris Amsyar terangkat.

   "Tu..." Sarah Nia menjuihkan bibir ke arah kucing bertompok putih yang berbadan sedikit kembang itu.

   Harris Amsyar menghalakan matanya ke arah juihan bibir Sarah Nia itu. Laaa... kucing rupanya. Dia mengeluh perlahan. Dah orang tak sudi, nak buat macam mana kan?

   "Hmm... okaylah. Orang dah ajak, dia tak nak. Saya pergi dengan Eryna lah kalau macam tu" sambil telefon bimbit di sebelahnya dicapai.

   Mata Sarah Nia melirik ke arah telefon bimbit di genggaman suaminya itu. Harris Amsyar mana pernah suka berdamping dengan Sarah Eryna, kalau tak, masakan mereka boleh menjadi suami isteri kan? Lalu dengan bersahaja dia membalas, "pergilah. Tak kesah pun"

   Automatik Harris Amsyar tersenyum lebar. "Betul ni? Okay! Thanks bagi greenlight" sejurus itu jari-jemari Harris Amsyar laju menekan papan kekunci di telefon bimbitnya.

   Sarah Nia menggigit bibir bawah. Dia menjeling wajah Harris Amsyar di sebelahnya. Haih... dia fikir Amsyar hanya mahu mengacahnya, tetapi lain pula yang jadi.

   "Hello... Ha Ery, ni Amsyar. Petang ni nak tak teman saya..."

   Tidak sempat Harris Amsyar menghabiskan ayatnya, Sarah Nia terus merampas telefon bimbit dari tangan suaminya.

   Terkejut Harris Amsyar jadinya. Dia terus menoleh memandang riak wajah Sarah Nia untuk meminta kepastian. "Eh, bagilah balik telefon saya tu. Tadi kata boleh. Baru nak ajak" dia memuncungkan bibirnya sedepa.

   Terasa jelik pula muncung itu di kaca mata Sarah Nia. Kalau muncung sebab dia, tak apalah juga. Ni sebab Eryna. "Ah, takde takde. Awak tu dah kahwin, mana boleh sesuka hati keluar dengan perempuan lain. Tak tahu malu ke? Macam mana kalau orang kenal awak? CEO Herz Holdings yang sudah berkahwin keluar dengan perempuan lain. Tak ke naya" bebel Sarah Nia dengan perasaan yang berkecamuk.

   Harris Amsyar tergelak kecil. "Dah awak yang tak nak teman, saya ajaklah perempuan lain"

   Sarah Nia mengecilkan mata. "Fine, saya teman awak. Puas?"

   "Puas sangat!" Balas Sarah Nia dengan nada yang sengaja dibuat-buat gembira.

   "Cer awak tengok telefon saya tu. Awak tak end call lagi daripada tadi. Mesti Ery dengar kan apa yang kita 'bincang' tadi?" sambil matanya memandang ke arah skrin telefon bimbitnya.

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now