BAB 15 - Batu Api

12.1K 341 5
                                    

HARRIS AMSYAR sedang menyiapkan tugasannya yang masih belum selesai. Tiba-tiba dia berasa rindu dengan gelagat Sarah Nia. Dia tersengih. Masih terbuai-buai perasaannya apabila mengingati gadis unik itu. Dia berasa menyesal pula memberi kebenaran kepada Sarah Nia untuk keluar dengan ibunya. Kalau tidak sekarang ini mesti dia dapat menatap wajah Sarah Nia. 'Eh, biarlah dia pergi beli cincin dengan mama. Kalau tak beli cincin hari ni, bila lagi kan? Hmm... Kau patut bersyukur Syar'.

Sedang dia mengelamun, tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Lamunannya terus lenyap. Mendengar bunyi ketukan itu, dia terus membetulkan postur badannya lalu membuka semula folder tugasannya. Dia menekan-nekan papan kekunci laptopnya untuk menyiapkan tugasannya itu.

"Masuk" arahnya pendek.

Tasha terus melangkah masuk setelah diberi kebenaran. Dia hanya memerhati gelagat bosnya itu melalui ekor mata. Maklumat-maklumat yang sudah difailkan diletak di atas meja kaca di hadapan sofa.

"Bos, fail ni semua dah siap. Tinggal nak tunggu bos sign je" ujar Tasha.

Harris Amsyar mengangkat wajahnya dan memandang ke wajah Tasha. "Okey. You can go now" arahnya tegas. Kemudian menghadap kembali ke arah komputer ribanya.

Tasha masih berdiri kaku di situ. Dia ingin menyuarakan sesuatu, tetapi bimbang dimarahi. 'Nak tanya ke tak? Kalau tak tanya, aku kempunan nak jawapan. Tapi kalau tanya, takut kena marah. Ah, tanya je lah. Bukannya nak pergi berperang. Lagipun kalau betul Nia makan gaji buta, gerenti dia kena buang kerja! Aku pun dah lama tak puas hati dengan dia' gumam hatinya. Dia mengambil nafas dan menghembus. Dia mengukirkan senyuman kecil.

"Err... Bos"

Harris Amsyar mengeluh. 'Apa lagilah dia ni'. Dia terus memberi tumpuan kepada Tasha. Kepalanya diangkat untuk melihat wajah gadis itu. Dia teurs mengangkat kening.

"Saya nak tanya, kenapa Nia keluar waktu kerja? Bos tahu tak pasal tu?" Soal Tasha.

Harris Amsyar memandang tajam wajah Tasha. 'Dia ni saja nak api-apikan aku dengan Nia ke apa?' Dia masih lagi diam tidak menjawab soalan Tasha.

Tasha yang menerima renunangan tajam itu terus menjatuhkan pandangan ke lantai. Tidak berani bertentang mata dengan bosnya. Tak fasal-fasal nanti kena cekik sampai mati pula.

"Of course aku tahu. Kenapa kau tanya?" Soal Harris Amsyar pendek dengan nada keras.

Tasha serta-merta menjadi gugup apabila bosnya sudah ingin bertukar jadi singa lapar. "Eh, err... Tak ada apa-apa bos. Saja tanya. Lagi pun, saya takut dia makan gaji buta, tapi bos tak tahu. Itu saja" Tasha menyuarakan pendapatnya.

Harris Amsyar mencerlung tajam memandang tepat ke dalam anak mata Tasha. "Untuk pengetahuan kau, dia keluar dengan mak aku. Kami dah nak jadi suami isteri dah pun. Kenapa kau tanya macam tu? Kau cemburu ke dengan dia? Ke kau tak puas hati dengan dia sebab dapat jawatan lagi tinggi dari kau?" Dia menebak. Lain saja cara Tasha menyoalnya. Seperti ingin membuat dia marah akan Sarah Nia.

Tasha terus melopong. 'Dah nak jadi suami isteri? Oh, no! Habis Ery nak campak mana? Laut? Tak boleh jadi ni. Ery kalau tahu ni, mahu mati perempuan tu' hatinya mula membebel.

Kening Harris Amsyar berkerut. 'Dah kenapa dengan dia ni? Dia pula melebih'.

"Dah Tasha, kau boleh keluar. Setakat nak jadi batu api baik tak payah. Pergi siapkan kerja kau. Aku rasa kerja kau banyak lagi kan? Ke dah habis? Kalau dah habis, aku ada kerja nak bagi kau. Nak?" Soal Harris Amsyar sinis.

Laju sahaja Tasha menggeleng. "Eh, ta... Tak nak bos. Saya keluar dulu" dia tersengih sebelum melangkah ke pintu untuk keluar.

"Oh, ye. Lain kali jangan sibuk jaga tepi kain orang ye? Jaga tepi kain sendiri sudahlah" perli Harris Amsyar sebelum Tasha berlalu keluar.

Seusai menutup daun pintu, Tasha terus mengepal-ngepal penumpuknya. "Eh, Amsyar. Kau fikir aku tak ada maruah ke? Nasib baik kau CEO. Kalau tak, dah lama aku upah orang suruh bunuh kau. Biar lenyap terus dari muka bumi daripada terus-terusan menyakitkan hati aku. Argh!" dia mendengus kasar. 'Siap kau Amsyar! Argh!' Jeritnya di dalam hati. Di dalam hatinya sudah terpahat dendam terhadap lelaki itu.

"HAH, sedapnya badan! Dapat aku tidur kejap" Sarah Nia menggeliat lalu menguap. Mengantuk pula rasanya. Baru sahaja dia ingin melelapkan mata, kedengaran suara ibunya memanggil dari tingkat bawah.

"Nia! Nia sini tolong ibu masak. Jangan duk tidur je. Dah nak maghrib dah ni. Tak elok tidur waktu-waktu macam ni" laung Puan Zunaida dari tingkat bawah.

Sarah Nia melihat sekilas ke arah jam dinding di biliknya. 'Pukul enam setengah. Patutlah'. Dia dengan malasnya bangun dari pembaringan dan berjalan ke arah pintu bilik. Tombol pintu dipulas lalu langkah dihalakan ke arah tangga.

Dia berjalan perlahan. Tidak mahu Puan Zunaida dapat mengesan kehadirannya yang berada jarak lima meter darinya. Sesampai sahaja di belakang tubuh Puan Zunaida, baru Sarah Nia berkira-kira mahu mengenakan ibunya, tiba-tiba Puan Zunaida memusing badannya ke arah Sarah Nia dan memukul kepalanya menggunakan senduk besi.

Terus wajah Sarah Nia menyeringai sakit. Kepalanya diusap berkali-kali. "Ibu... Kenapa ibu pukul kepala Nia? Sakitlah... Sampai hati ibu" Sarah Nia memuncungkan mulut.

"Ha, siapa suruh nak terkejutkan ibu? Sebelum ni ibu dah bagi amarankan? Degil lagi," balas Puan Zunaida selamba. Kesakitan yang dirasai anaknya langsung tidak dipedulikannya. Dia terus memusing badan ke arah kuali dan menyambung masak tanpa menghiraukan anak daranya itu.

"Ala... Sampai hati ibu. Nia belum sempat nak usik, ibu dah pukul kepala Nia. Sakit tau..." Sarah Nia membuat nada sedih. Kepalanya tunduk memnadang lantai smabil kakinya menguis-nguis lantai rumah.

"Tak payah nak mengada sangat. Lebih baik ibu pukul dulu sebelum Nia kenakan ibu. Ye dok?" Puan Zunaida mengangkat-angkat kening. Dia tersenyum lebar tanda kemenangan.

Sarah Nia mendengus geram. "Ish, ye lah ibu. Dah, Nia nak pergi mandi sekejap. Lagi dua puluh minit Nia turun. Okey, bye!" Dia tersengih ke arah ibunya sebelum mendaki tangga untuk ke tingkat atas.

Puan Zunaida bercekak pinggang lalu menggeleng-gelengkan kepalanya. Senyuman kecil terukir di bibirnya. Lucu dengan telatah dan kerenah Sarah Nia.





Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now