BAB 11 - Rindu

14.6K 562 0
                                    

SARAH NIA menghempas pintu biliknya sekuat hati. Namun begitu, hempasan tersebut tidaklah setanding dengan kesakitan di hatinya saat ini. Dia benar-benar tidak mahu berkahwin. Apatah lagi berkahwin dengan Harris Amsyar. Jangankan kahwin, bertunang pun dia tak nak. "Arghhh!!" Dia mengusutkan rambutnya. Tidak pernah terlintas yang dia akan berkahwin dengan Harris Amsyar. Dia perlu lakukan sesuatu untuk menggagalkan majlisnya. Ya!

Dia pantas melabuhkan punggung di hadapan cermin meja soleknya. Sebenarnya, nama sahaja meja solek, namun namanya langsung tidak sama dengan kegunaan Sarah Nia di meja itu. Tiada langsung sebarang peralatan solek di atas meja itu.

Jarinya diketuk-ketuk di permukaan meja itu. Ligat otaknya merencanakan rancangan untuk menggagalkan pinangan pada hari sabtu ini. Namun, tiada satu pun idea yang timbul. Dia buntu. Rengusan kasar daripada mulut Sarah Nia cukup menggambarkan betapa runsingnya kepalanya saat itu.

PUAN ZUNAIDA melangkah masuk ke dalam rumah. Sunyi sahaja. Selalunya masa-masa begini Sarah Nia akan habiskan dengan menonton televisyen. Tak pun, bermain piano.

Dia meletakkan beg tangannya di atas meja kaca di ruang tamu. Hairan apabila kelibat anaknya langsung tidak kelihatan. "Dekat bilik kut" gumamnya.

Langkahnya diatur menaiki tangga. Sampai sahaja di hadapan bilik tidur Sarah Nia, dia terus mengetuk beberapa kali. Tiada sahutan. Dia memutuskan untuk menguak sahaja. Masuk-masuk sahaja ke dalam bilik, terjegil biji matanya.
"Ya Allah, Nia! Kenapa bilik bersepah ni? Bangun, bangun! Apa kamu buat ni Nia. Ya Allah... " kepalanya sudah tergeleng-geleng.

Sarah Nia yang berkelubung di dalam selimut, hanya mendiamkan diri. Malas hendak beriaksi. Masalahnya sekarang lebih runsing daripada biliknya yang bersepah itu.

Puan Zunaida yang melihat kedegilan anaknya itu segera merentap kasar selimut yang menyelubungi anaknya itu. Hairan juga apabila anaknya hanya mendiamkan diri. Ada masalah ke? Detik hatinya.

"Nia? Nia kenapa ni? Tak sihat ke sayang?" Puan Zunaida melembutkan suaranya apabila melihat bengkak di bawah mata anaknya.

Sarah Nia menoleh memandang wajah ibunya sekilas. Kemudian, dia terus memposisikan tubuhnya kepada duduk bersila. Wajah ibunya ditenung lama.

Puan Zunaida hairan melihat gelagat anaknya itu. "Yang Nia pandang ibu macam tu kenapa?"

Terus kedua-dua tangan Puan Zunaida diraih Sarah Nia. "Bu, kenapa ibu setuju nak pinangkan Nia dengan Harris? Kenapa?"

Puan Zunaida menghela nafas berat. Rupa-rupanya itu yang membuatkan anaknya berkeadaan seperti itu. "Macam mana Nia tahu?"

"Tak penting bu. Please jawab soalan Nia, ibu" Sarah Nia merenung dalam mata ibunya.

"Nia sayang, ibu buat tu semua sebab ibu nak Nia kahwin. Ibu pun dah tua. Ibu tak tahu berapa lama lagi ibu akan hidup di dunia ni Nia. Tolong ye Nia? Terima Harris ye sayang?" Puan Zunaida memujuk anak gadisnya. Berharap sangat permintaan kali ini dapat dituruti.

Sarah Nia tertunduk. Sungguh, dia lemah apabila ibunya menimbulkan hal-hal kematian seperti itu. "Ibu, please jangan cakap macam tu. Nia bukan tak nak kahwin. Tapi Nia tak ready lagi. Nia... Nia tak yakin Nia mampu jadi isteri yang baik. Nia takut baran Nia akan buat Harris makin benci dekat Nia" luahnya dengan nada bergetar. Dia sedih apabila ibunya membangkitkan hal kematian. Sedih juga apabila terpaksa disatukan dengan lelaki yang paling dibencinya itu.

"Nia, dengar sini sayang" Puan Zunaida mengusap lembut pipi kanan Sarah Nia. "Ibu tak nak paksa Nia. Tapi, Nia fikirkanlah dulu. Hari sabtu ni, keluarga Harris akan datang meminang. Seboleh-bolehnya, ibu harap sangat Nia terima dia. Tapi, kalau Nia tak nak, ibu tak paksa. Ibu faham. Tolong beritahu keputusan Nia sebelum hari sabtu ni ye sayang?" Selepas menuturkan kata-kata itu, dia terus melangkah keluar dari bilik tidur itu.

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now