BAB 61 - Kau Faham Ke Tak

5.2K 192 6
                                    

Dua bulan kemudian,

KEADAAN yang huru-hara di dalam keluarga Sarah Nia dan Harris Amsyar akhirnya sudah kembali seperti biasa. Mereka sudah menerima kenyataan. Perkara yang sudah lepas tidak usahlah dikenang. Kini, Puan Suhaila tinggal bersama-sama dengan Puan Zunaida. Katanya tidak mahu mengacau pengantin 'baru', iaitu Harris Amsyar dan Sarah Nia. Walaupun sudah banyak kali diajak Sarah Nia, dia tetap mahu menetap bersama Puan Zunaida dan akhirnya Sarah Nia akur. Harris Amsyar pula hanya tersenyum memerhati gelagat isterinya dan mamanya ketika itu. Mamanya pula sudah reda dengan ketentuan ILAHI. Dia reda dengan apa yang tertulis untuknya. Begitu juga Harris Amsyar. Kini mereka hidup tanpa sebarang gangguan.

Harris Amsyar yang sedang tidur di atas katil tiba-tiba terjaga. Perutnya berkeroncong minta diisi. Dia mengerling ke arah jam. Oh, patutlah! Sudah pukul 12 tengah hari. Selepas solat subuh bersama Sarah Nia, dia terus menyambung tidur kerana kepenatan. Dia memandang sisinya, tiada Sarah Nia. Dia memerhati sekeliling, tiada juga Sarah Nia. Dia terpisat-pisat mengusap matanya lalu bangun dari pembaringan. Dia pergi ke bilik air untuk mencuci muka dan menggosok gigi. Malas hendak mandi. Seusai itu, dia terus menuruni tangga dan mencari bayang Sarah Nia. "Mana pulak budak cekenit ni" gumamnya perlahan. Dia memerhati ke arah dapur, tiada. Aik... Sudah! Mana pula isteri aku ni? "Twinkle, oh twinkle!" Jerit Harris Amsyar di atas tangga.

Tiada sahutan. Dia mengangkat kening. Hairan sungguh! Selalunya waktu begini Sarah Nia berada di dapur ataupun ruang tamu, tetapi tiada pula. Dia segera menuruni tangga dan menghampiri bilik kerja di tangkat bawah. Di dalam rumah tersebut, terdapat empat bilik, tiga bilik air, dan dua ruang. Bilik pertama adalah bilik tidur dia dan isterinya di tingkat atas, bilik kedua adalah bilik kerja di tingkat bawah, bilik ketiga adalah bilik theathre di tingkat atas dan bilik keempat adalah gym di tingkat atas. Dua ruang pula adalah ruang utama dan perpustakaan kecil yang dia sendiri sediakan di bawah tanah. Secara kesuluruhannya, rumah mereka boleh tahan mewah juga. Berpangkat CEO, wajarlah rumah sebegitu besar walaupun hanya dua tingkat!

Kelemahan rumah besar sebegini, kalau main sorok-sorok pasti akan memakan masa yang lama. Ingin mencari orang yang diingini pun lama. Tengoklah sekarang ini, siapa juga yang susah, dia juga. Huhuhu...

Dia lihat pintu bilik kerja yang berada di hadapannya itu. Dia perlahan-lahan meletakkan tangannya di atas tombol pintu itu. Baru sahaja dia hendak pulas, tiba-tiba pintu tersebut terbuka dari dalam dan wajah Sarah Nia terpacul di muka pintu.

"Oi Pak Ali krantang tang tang!" Latah Sarah Nia spontan.

Harris Amsyar yang terkejut sebentar tadi terus tergelak apabila terdengar latah Sarah Nia. Pak Ali krantang tang tang? Apa tu? Dia bantai menggelakkan Sarah Nia. Sengal terasa di perutnya. Mahu terkeluar air matanya.

Wajah Sarah Nia bertukar masam. Masam lagi wajahnya dari asam boi! Dia mengecilkan matanya sambil bercekak pinggang. Headphone di kepalanya ditanggalkan. "Sayang kenapa tiba-tiba ada depan pintu? Saja nak terkejutkan twinkle" ujarnya dengan muncung itik itu.

Harris Amsyar masih belum habis gelak. Masih ada sisa-sisa gelaknya di dalam percakapan. "Sayang dah panggil twinkle tapi twinkle tak sahut. Sayang baru nak bukak pintu, twinkle dah bukak" terangnya dengan wajah kelucuan.

Senyuman terbit di bibir Sarah Nia. Lucu pula apabila melihat wajah bersungguh-sungguh Harris Amsyar mentertawakannya. Dia tergelak kecil. "Diamlah!" Dengan wajah marah bercampur suka, dia meninggalkan Harris Amsyar dan menonong ke dapur.

Harris Amsyar membuntuti langkah Sarah Nia ke dapur. Akhirnya tamat juga ketawanya. Dia memerhati Sarah Nia dari belakang dengan mata nakalnya. Dia tersengih. Entah apa yang disengihkan pun tak tahulah.

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now