BAB 50 - Senyuman Psiko

4.2K 187 2
                                    

Dua hari kemudian,

Nada dering telefon bimbit Sarah Eryna memecahkan suasana hening di dalam bilik. Pantas telinganya menghantar reseptor ke otak dan diproses.

"Huarghh!" Sarah Eryna menggeliat sambil memisat-misat matanya. Dia memandang ke arah telefon bimbitnya. Siapa pula yang telefonnya awal pagi macam ini ni? Tanpa melihat nama di skrin telefon bimbitnya, dia terus menyambungkan talian.

"Hm, hello..." Mendengar sahaja suara itu jelas sekali menunjukkan Sarah Eryna baru sahaja bangun dari tidur.

"Woii, Ery! Kau dah send tak gambar Nia tu? Kau tahu tak kau dah lewat berapa hari? Dua hari!" Tanpa beri salam, Tasha terus menerjah halwa telinga Sarah Eryna. Mahu pekak dibuatnya.

Sarah Eryna mengeluh kasar. Dia terlupa mengenai hal itu. Nasib baiklah Tasha mengingatkannya. "Yes, aku ingat dah sekarang. Lepas ni aku send"

Kedengaran suara Tasha mengeluh di hujung talian. Memang nasib dialah dapat kawan yang jenis bertangguh ini. Dia ingin menghantarkan gambar itu kepada Harris Amsyar, tetapi risau pula jika dia dibuang kerja.

"Kau jangan lupa send tau!" Pesan Tasha sebelum memutuskan talian.

Sarah Eryna memandang skrin telefonnya. Sebab tu je dia call aku? Bertuah punya kawan. Dia dengan pantas mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Bersihkan hati? Mustahil dia ingin melakukannya sekarang.

Sejurus sahaja dia menyarungkan dress separas betis berwarna biru aqua di tubuhnya, dia terus mengenakan make-up natural pada wajahnya. Dia tahu Harris Amsyar tidak sukakan make-up tebal jadi untuk menawan kembali hati Harris Amsyar, dia perlulah bijak mengikut kehendak jejaka itu kalau tidak mahu terlepas.

Seusai sahaja menilik tubuhnya di hadapan cermin dan yakin dengan gayanya, dia terus melangkah laju menuruni tangga rumah agam itu. Ah, nama sahaja agam! Tetapi yang selalu ada di rumah hanyalah dia sahaja. Di mana perginya manusia lain di dalam rumah ini? Pupus mungkin. Ibunya yang kaki lelaki dan ayahnya yang kaki perempuan. Dua-dua sama sahaja.

Rak kasut yang menyimpan 1001 jenis kasut bertumit tinggi tersusun di tepi pintu utama rumah itu. Dia terus memilih kasut bertumit tinggi yang berwarna krim yang
dapat dipadankan dengan dressnya. Lalu kakinya disarungkan dengan kasut itu. Dengan pantas dia mengunci rumah dan terus memandu keretanya ke rumah Harris Amsyar. Ya, dia tahu di mana terletaknya rumah lelaki itu walaupun lelaki itu sendiri tidak tahu bahawa dia mengetahuinya.

Setelah sampai di hadapan rumah itu, dia terus mengeluarkan sampul berwarna coklat cerah itu dan dimasukkan ke dalam ruangan peti surat rumah itu. Dia puas, kali ini pasti Sarah Nia akan dimarahi Harris Amsyar dan dibenci. Mungkinkah Harris Amsyar akan menceraikan wanita murah itu? Tak sabarnya! Hati Sarah Eryna menjerit keriangan.

Dia kemudiannya kembali semula ke kereta Mitsubishinya dan menghalakan panduannya ke bangunan Herz Holdings. Ya, di mana lagi kalau bukan bangunan itu?


"NIA, masuk ofis saya" Harris Amsyar mengarah Sarah Nia melalui interkom. Rindu pula dengan isterinya itu.

"Yes, bos! Nak apa?" Sarah Nia terus menerjah masuk tanpa mengetuk pintu dahulu seperti biasa. Maklumlah, kan sekarang ini mereka berdua sudah berdamai?

"Duduk depan saya" arah Harris Amsyar dengan wajah kereknya. Bila sampai di ofis sahaja perwatakan lelaki ini juga berubah. Di rumah bukan main lagi tergedik-gedik mengikut dia ke mana sahaja. Tetapi di ofis lain pula.

"Nak bincang pasal apa?"

"Pasal projek yang akan kita jalankan dekat Seremban tu. Awak dah kenal pasti anggota yang akan terlibat sama?"

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now