BAB 47 - Berterus Terang

4.6K 230 5
                                    

Diary Sarah Nia...

Argh, rasa ini menyesakkan dadaku!

Aku tidak pasti sampai bila aku mampu bertahan. Adakah sudah sampai masanya untuk aku lepaskan hasratku?

Aku tidak mampu menolak rasa ini. Aku harus berterus terang. Secepat mungkin.

___________________________________________

HARRIS AMSYAR menghampiri Sarah Nia dan tersengih. "Awak, boleh tak tolong pakaikan saya tie ni" pintanya sambil menyuakan tali leher tersebut kepada Sarah Nia.

"Eee... mengadanya" omel Sarah Nia tetapi tetap juga mengambil huluran Harris Amsyar itu.

"Heleh, tapi dia nak pakaikan juga" ejek Harris Amsyar.

Sarah Nia terus bercekak pinggang. Dia merenung jauh ke dalam anak mata Harris Amsyar. "Dah tu, takkan awak nak pergi kerja selekeh-selekeh macam tu? Nanti orang tanya saya tak jaga suami saya ke" balasnya spontan.

Harris Amsyar tergelak kecil. Dia melekapkan tapak tangannya di kedua-dua belah pipi Sarah Nia sambil membalas tikaman mata isterinya itu. "Siapa yang berani tanya macam tu saya pecat dia"

Senyuman kecil terukir di hujung bibir Sarah Nia. "E poyo la awak ni"

Harris Amsyar tersenyum. Terhibur dengan kata-kata Sarah Nia. "Yela, saya jela poyo. Awak tak poyo" dia beralah.

"Ha betul tu" ketika mereka berdua terdiam, perlahan-lahan Sarah Nia mendekatkan tubuhnya dengan tubuh Harris Amsyar. Kakinya dijengketkan sedikit untuk separas dengan dagu jejaka tampan itu. Dia memanjangkan lengannya dan dengan dramatiknya dia melingkari leher Harris Amsyar dan memakaikan tali leher itu di leher suaminya dengan kemas.

Harris Amsyar berhenti bernafas. Jantungnya berubah rentak apabila terkena sentuhan daripada Sarah Nia. Dia memerhatikan setiap pergerakan yang dilakukan oleh isterinya. Inilah sebab bagaimana dia terpukau dengan Sarah Nia. Wanita di hadapannya ini mempunyai daya tarikannya sendiri. Dia bukanlah perempuan yang jenis terhegeh-hegeh menagih cintanya malah dialah perempuan pertama yang menolak cintanya.

Selesai dipakaikan tali leher, Harris Amsyar terus memotong situasi janggal itu. "Dah, cepatlah saya bos kena awal. Awak tu assistant, lambat pun tak apa"

Sarah Nia mengangkat kening sambil dahi berkerut. Dia menoleh ke arah jam dinding dan mengeluh. "Alahai lah dia ni. Ni awal sangat, baru pukul 6 pagi. Awak buat apa datang ofis awal-awal?" Hairan juga dengan lelaki dihadapannya itu, terlampau rajin!

"Eh, saya kenalah datang awal. Nak check document semua dah lengkap ke belum, nak recheck fail-fail yang dah siap" terang Harris Amsyar satu per satu.

Sarah Nia diam sejenak seperti sedang berfikir sesuatu dan dia kembali bersuara. "Kita gerak sekali tau. So awak kena tunggu saya siap jap" sengihnya.

Sepasang mata milik Harris Amsyar terbuka luas. Tidak pernah Sarah Nia ingin gerak sekali ke ofis bersamanya. Selalunya Sarah Nia lebih suka menaiki Ducatinya. Perempuan ini lain macam sahaja sejak-semenjak ini.

"Awak belum mandi, awak belum makan. Selalunya awak mandi 20 minit, awak makan 15 minit dan awak siap 25 minit termasuk dengan lilit selendang. Maknanya saya kena tunggu awak lagi sejam. Im really sorry but i can't wait for you. I'll be late" terang Harris Amsyar dengan teliti. Wajahnya terus bertukar risau apabila memikirkan durasi yang akan dihabiskan oleh Sarah Nia.

Sarah Nia mencebik manja lalu mengerdip-ngerdipkan matanya. "Alaaa... bolehlah, lagi pun awakkan kena ikut apa je yang saya nak selama dua hari satu malam. No demand. Ingat tak?" tambah Sarah Nia, menguatkan lagi peluangnya untuk gerak ke ofis bersama Harris Amsyar.

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now